Bantuan Warga Emas RM600 Sebulan (BWE JKM) 2026

bantuan warga emas
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas yang kurang berkemampuan di Malaysia. Mohon bantuan melalui portal eBantuan JKM.

Melalui bantuan ini, kerajaan menyalurkan RM600 sebulan kepada warga emas yang layak, meningkat daripada RM500 sebelum ini seperti diumumkan dalam pembentangan Bajet.

Bantuan BWE bertujuan membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan menjaga kebajikan mereka dalam komuniti.

Sekiranya anda mempunyai ibu bapa, saudara atau kenalan warga emas yang memenuhi syarat, permohonan boleh dibuat bagi pihak mereka melalui JKM.

Kriteria kelayakan Bantuan Warga Emas (BWE)

bantuan warga emas

Hanya warga emas atau orang tua yang memenuhi kriteria berikut akan dipertimbangkan setelah permohonan dibuat:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; 
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas; 
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau 
  4. Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa / PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan 
  5. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
  6. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).

NOTA: Pengiraan umur warga emas adalah berasaskan tahun kelahiran. 

Cara Permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) 2026

Permohonan bantuan warga emas

1. Permohonan Secara Manual Menggunakan Borang Bantuan JKM18

Permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat secara manual menggunakan Borang JKM18.

A. Terima Permohonan

    • Petugas Kaunter/ Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) yang bertugas di kaunter menerima borang permohonan berserta  dokumen sokongan. 

    B. Semak Borang Permohonan dan Dokumen

    • Sekiranya maklumat lengkap, kes akan diagihkan kepada Pegawai Kes untuk tindakan siasatan.
    • Sekiranya borang dan dokumen tidak lengkap Petugas Kaunter/ PYB/ Pegawai Kes hendaklah meminta pemohon/ perujuk melengkapkan dokumen atau maklumat yang diperlukan berdasarkan senarai semak permohonan bantuan kewangan JKM.

    C. Agihan Kes

    • Setelah permohonan lengkap diterima, Petugas Kaunter/ PYB hendaklah mendaftarkan permohonan dalam Sistem eBantuanJKM dan mengagihkan kepada Pegawai Kes berkenaan.

      2. Permohonan Secara Dalam Talian (online)

      i. Permohonan secara online adalah satu kaedah yang disediakan kepada orang awam melalui laman sesawang https://ebantuanjkm.jkm.gov.my.

      ii. Permohonan akan diagihkan secara automatik melalui sistem mengikut butiran negeri/ daerah yang dipilih oleh pemohon.

      iii. Perakuan penerimaan permohonan dipaparkan melalui sistem dan pemohon/ wakil hendaklah mengemukakan dokumen sokongan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat kepada PKMD berkenaan.

      iv. Setiap permohonan atas talian yang disiasat dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

      v. Keputusan hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh permohonan.

      vi. Sekiranya dokumen lengkap tidak diterima dalam tempoh 10 hari bekerja maka permohonan tersebut terbatal secara automatik di dalam sistem eBantuanJKM.

      a. Proses kerja permohonan seperti berikut:

      • Semakan permohonan pemohon oleh petugas kaunter/ PYB boleh dibuat melalui sistem eBantuanJKM menggunakan:
        • Nombor kad pengenalan.
        • Nama pemohon.
        • Nombor rujukan pemohon.

      b. Setelah menyemak permohonan dalam sistem eBantuan, Petugas Kaunter/ PYB hendaklah mencetak borang (JKM18-e) dan menyerahkan slip akuan terima permohonan.

      c. Sekiranya permohonan tersebut wujud dalam sistem eBantuanJKM, Petugas Kaunter/ PYB hendaklah menyemak dokumen sokongan yang dikemukakan adalah lengkap dan hendaklah mendaftarkan permohonan tersebut. Kes akan diagihkan kepada PYB dan seterusnya siasatan akan dijalankan.

      d. Sekiranya dokumen sokongan tidak lengkap PYB hendaklah meminta pemohon/ perujuk melengkapkan dokumen atau maklumat yang diperlukan berdasarkan senarai semak dokumen sokongan permohonan bantuan kewangan JKM.

      e. Sekiranya memerlukan siasatan lanjut, surat janji temu kepada pemohon perlu dijana dan dicetak.

      bantuan warga emas

        Dokumen Sokongan Permohonan Bantuan Warga Emas (BWE)

        Selain borang di atas, bagi membolehkan permohonan bantuan warga emas anda diproses dan dibuat penilaian, anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

        1. Salinan MyKad pemohon,
        2. Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama,
        3. Surat Penyata pendapatan daripada majikan; atau
        4. Akaun pendapatan daripada penghulu / penggawa, / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran: Borang pengesahan pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
        5. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri); atau
        6. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
        7. Salinan Penyata akuan bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan 
        8. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)

        BWE adalah sebuah bantuan tunai yang menyasarkan warga emas miskin tegar (warganegara) yang berkelayakan dalam usaha memastikan kelangsungan & kesejahteraan hidup mereka.

        Semak Status Permohonan

        Untuk semak status permohonan online anda, andalah seperti berikut:

        1. Layari portal eBantuan JKM
        2. Klik “Semakan Status Permohonan Talian”
        3. Masukkan No. Kad Pengenalan
        4. Klik butang “Semak”
        5. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima

        Maklumat Lanjut Bantuan Warga Emas (BWE)

        Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):

        JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Aras 6, 9-18
        No 55, Persiaran Perdana,
        Presint 4,
        62100 Putrajaya

        Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Warga Emas (BWE)

        1. Apakah itu Bantuan Warga Emas (BWE)?

        Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan bulanan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

        2. Berapakah jumlah bantuan BWE yang diberikan pada tahun 2026?

        Jumlah bantuan yang diberikan di bawah Bantuan Warga Emas 2026 ialah RM600 sebulan.

        3. Bagaimana cara untuk memohon BWE 2026?

        Secara dalam talian: Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi eBantuan JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

        Secara manual: Permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat secara manual menggunakan Borang JKM18

        4. Adakah warga emas yang tinggal bersama anak masih layak?

        Ya, jika anak tidak mampu menyara kehidupan warga emas dan pendapatan isi rumah masih di bawah PGK

        5. Bagaimanakah cara semak status permohonan?

        Untuk semak status permohonan online anda, andalah seperti berikut:

        – Layari portal eBantuan JKM
        – Klik “Semakan Status Permohonan Talian”
        – Masukkan No. Kad Pengenalan
        – Klik butang “Semak”
        – Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima

        6. Adakah bantuan ini dibayar setiap bulan?

        Ya, BWE dibayar secara bulanan. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau boleh ditunaikan secara tunai di Pejabat JKM yang berhampiran jika pemohon tidak mempunyai akaun bank.

        Baca juga:

        Follow eCentral di WhatsApp Channel
        Ikut