Antara mandi sunat yang biasa diamalkan oleh Rasulullah ialah mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya.
Berdasarkan hadis riwayat al-Baihaqi :
Ali bin Abi Thalib pernah ditanya mengenai mandi. โAdakah diharuskan mandi setiap hari?โ Beliau menjawab: โTidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.โ
โ Hadis Riwayat al-Baihaqi
Pengenalan
Islam merupakan satu agama yang amat menitikberatkan akan kebersihan dan Allah SWT amat suka akan hamba-hamba-Nya yang bersih.
Mandi juga merupakan salah satu daripada cara-cara untuk membersihkan diri.
Mandi boleh menjadikan tubuh badan cergas dan aktif, hilang rasa lesu dan malas terutamanya selepas berlaku sebab-sebab yang mewajibkannya mandi seperti jimaโ.
Tahukah anda, terdapat beberapa jenis mandi sunat iaitu:
- Mandi kerana hendak solat Jumaat
- Mandi sunat Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha
- Mandi selepas memandikan jenazah
- Mandi selepas sembuh daripada penyakit gila
- Mandi kerana hendak berihram
- Mandi kerana hendak memasuki kota Makkah
- Mandi kerana hendak berwukuf di Arafah
- Mandi selepas berbekam
Dalam perkongsian ini, kami akan kongsikan tentang mandi sunnah yang dilakukan pada Hari Raya Aidil Fitri.
Jom baca selanjutnya.
NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI / AIDILADHA
Lafaz Niat:
MANDI SUNAT AIDILADHA
NAWAITUL GHUSLA LI IโDIL ADHA SUNNATALLILAHI TAAโLA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya adha kerana Allah S.W.T. Taaโlaโ.
MANDI SUNAT AIDILFITRI
ูููุช ุงูุบุณู ูุนูุฏ ุงููุทุฑ ุณูุฉ ููู ุชุนูู
NAWAITUL GHUSLA LI IโDIL FITRI SUNNATALLILAHI TAAโLA
โSahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taaโlaโ.
Panduan Ringkas
Mandi sunat boleh dilakukan seperti biasa, dengan melakukan perkara berikut:
- Dimulakan dengan “Bismillah”
- Membersihkan kotoran
- Berwuduk sebelum mandi
- Menyelati jari kaki, tangan dan rambut
- Mendahulukan anggota badan
- Berdoa selepas mandi
Tempoh Waktu Mandi Sunat Aidilfitri
Tempoh waktu mandi sunat hari raya ialah bermula dari pertengahan malam dan disunatkan untuk dilewatkan sehingga hampir solat Hari Raya.
[VIDEO] Penjelasan, Panduan & Tatacara Mandi Sunat
Sila rujuk penjelasan lanjut tentang mandi sunat dalam Tanya Ustaz (2023) di bawah.
- Topik: Mandi Sunat
- Bintang Ilmuwan: Ustaz Dr. Nur Muhammad Hadi Zahalan
- Hos: Da’i Hakim
- Terdapat pelbagai perkara sunat yang boleh dilakukan oleh umat muslimin untuk mendapatkan pahala lebih, antaranya adalah mandi sunat. Dengarkan kupasan lanjut mengenai topik mandi sunat oleh bintang ilmuwan Ustaz Dr. Nur Muhammad Hadi Zahalan bersama hos Da’i Hakim.
Lain-lain Sunnah Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha
Antara lain-lain perkara sunat hari raya adalah seperti berikut :
- Mandi Sunat Hari Raya
- Pakai pakaian yang terbaik
- Menunaikan solat sunat Hari Raya
- Mendengar khutbah raya
- Sunat makan sedikit sebelum solat sunat Aidilfitri, manakala sebaliknya bagi Aidiladha, sunat TIDAK MAKAN sehingga selepas solat sunat hari raya.
SUNNAH YANG BOLEH DILAKUKAN DI PAGI RAYA
ุงูููููู ุฃูููุจูุฑู ุงูููููู ุฃูููุจูุฑู ุงูููููู ุฃูููุจูุฑู ููููููููู ุงููุญูู ูุฏู
Antara sunnah-sunnah yang boleh kita amalkan adalah:
- MEMPERBANYAKKAN TAKBIR
Antara syiar yang disunatkan bagi kita untuk melaksanakannya ketika Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha adalah memperbanyakkan bertakbir.
Terdapat beberapa perbezaan antara takbir aidilfitri dan aidiladha :
WAKTU UNTUK BERTAKBIR
Waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri bermula daripada terbenamnya matahari malam raya (waktu maghrib 1 Syawal) sehingga takbiratul ihram solat sunat Aidilfitri.
Manakala bagi Hari Raya Aidiladha, takbir bermula pada 9 Zulhijjah (Subuh) hingga 13 Zulhijjah (Asar).
LAFAZ TAKBIR
ุงูููููู ุฃูููุจูุฑู ุงูููููู ุฃูููุจูุฑู ุงูููููู ุฃูููุจูุฑู ููุง ุฅูููู ุฅูููุง ุงูููููู ููุงููููููู ุฃูููุจูุฑู ุงูููููู ุฃูููุจูุฑู ููููููููู ุงููุญูู ูุฏู
Maksudnya: โAllah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.โ
ุงูููููู ุฃูููุจูุฑู ููุจููุฑูุง ููุงููุญูู
ูุฏู ููููููู ููุซููุฑูุง ููุณูุจูุญูุงูู ุงูููููู ุจูููุฑูุฉู ููุฃูุตููููุง ููุง ุฅูููู ุฅูููุง ุงูููููู ููููุง ููุนูุจูุฏู ุฅูููุง ุฅูููุงูู ู
ูุฎูููุตูููู ูููู ุงูุฏููููู ูููููู ููุฑููู ุงููููุงููุฑูููู
ููุง ุฅูููู ุฅูููุง ุงูููููู ููุญูุฏููู ุตูุฏููู ููุนูุฏููู ููููุตูุฑู ุนูุจูุฏููู ููุฃูุนูุฒูู ุฌูููุฏููู ููููุฒูู
ู ุงููุฃูุญูุฒูุงุจู ููุญูุฏููู ููุง ุฅูููู ุฅูููุง ุงูููููู ููุงููููููู ุฃูููุจูุฑู ุงูููููู ุฃูููุจูุฑู ููููููููู ุงููุญูู
ูุฏู
Maksudnya: โAllah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya dan memuliakan tentera-Nya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian. Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.โ
- MANDI SUNAT HARI RAYA
Digalakkan untuk mandi sunat pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sama ada menghadiri solat sunat raya ataupun tidak. Dalilnya diambil berdasarkan amalan para sahabat:
ุนููู ููุงููุนู ุฃูููู ุนูุจูุฏู ุงูููููู ุจููู ุนูู ูุฑู ููุงูู ููุบูุชูุณููู ููููู ู ุงููููุทูุฑู ููุจููู ุฃููู ููุบูุฏููู ุฅูููู ุงููู ูุตููููู
Maksudnya: โDaripada Nafi’ bahawa Abdullah bin Umar r.a. mandi pada Hari Raya Aidilfitri sebelum pergi ke tempat solat.โ
(HR Muwattaโ, Isnad Sahih)
- MEMAKAI PAKAIAN YANG TERBAIK
Imam Syafie menjelaskan dalam kitab al-Umm:
Maksudnya: โAku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.โ
4. SARAPAN
Bagi hari raya AIDILADHA, SUNAT TIDAK MAKAN sebelum solat sunat hari raya.
Manakala sebaliknya pula bagi hari raya aidilfitri.
Daripada Anas bin Malik r.a. beliau berkata:
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุง ููุบูุฏูู ููููู ู ุงููููุทูุฑู ุญูุชููู ููุฃููููู ุชูู ูุฑูุงุชู
Maksudnya: “Pada Hari Raya Aidilfitri Rasulullah SAW tidak berangkat untuk melaksanakan solat hingga beliau makan beberapa butir kurma.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan untuk makan sebelum melaksanakan solat sunat raya. Hal ini bagi mengelakkan segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada 1 Syawal.
- MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Daripada Abu Sa’id Al Khudri r.a., ia berkata:
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุฎูุฑูุฌู ููููู ู ุงููููุทูุฑู ููุงููุฃูุถูุญูู ุฅูููู ุงููู ูุตููููู ููุฃูููููู ุดูููุกู ููุจูุฏูุฃู ุจููู ุงูุตููููุงุฉู
Maksudnya: “Pada Aidilfitri dan Aidiladha Rasulullah SAW keluar menuju tempat solat (lapangan), dan pertama kali yang beliau kerjakan adalah solat hingga selesai.โ
(HR Bukhari, hadis sahih])
- MENGGUNAKAN JALAN YANG BERLAINAN KETIKA PERGI DAN PULANG DARI MASJID
Daripada Jabir bin ‘Abdullah r.a., ia berkata:
ููุงูู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฅูุฐูุง ููุงูู ููููู ู ุนููุฏู ุฎูุงูููู ุงูุทููุฑูููู
Maksudnya: “Ketika hari raya, Rasulullah SAW mengambil jalan yang berbeza (antara pergi dan kembali ke tempat solat).”
(HR Bukhari, hadis sahih)
- SALING MENDOAKAN
Ucapan doa:
ุชูููุจูููู ุงูููููู ู ููููุง ููู ูููู
Maksudnya: โSemoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadah Ramadhan) kami dan kamu.โ
Daripada Jubair bin Nufair r.a. Katanya:
ููุงูู ุฃูุตูุญูุงุจู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฅูุฐูุง ุงูููุชูููููุง ููููู ู ุงููุนููุฏู ููููููู ุจูุนูุถูููู ู ููุจูุนูุถู : ุชูููุจูููู ุงูููููู ู ููููุง ููู ูููู
Maksudnya: โApabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu).โ
(Rujukan: Kitab Fathul Bari, sanad hasan)
- BERGEMBIRA
Daripada Anas r.a., ia berkata:
ููุฏูู ู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุงููู ูุฏููููุฉู ููููููู ู ููููู ูุงูู ููููุนูุจูููู ูููููู ูุง ููููุงูู ู ูุง ููุฐูุงูู ุงููููููู ูุงูู ููุงูููุง ูููููุง ููููุนูุจู ูููููู ูุง ููู ุงููุฌูุงูููููููุฉู ููููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฅูููู ุงูููููู ููุฏู ุฃูุจูุฏูููููู ู ุจูููู ูุง ุฎูููุฑูุง ู ูููููู ูุง ููููู ู ุงููุฃูุถูุญูู ููููููู ู ุงููููุทูุฑู
Maksudnya: “Rasulullah SAW tiba di Madinah, sedangkan penduduknya memiliki dua hari khusus untuk permainan, maka beliau bersabda, “Apakah maksud dari dua hari ini?” mereka menjawab, “Kami biasa mengadakan permainan pada dua hari tersebut semasa masih jahiliah.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari kedua hari tersebut, iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.”
(HR Abu Daud, Isnad Sahih]
As-Sonโani menjelaskan bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan ketika dua hari raya adalah disunatkan dan ia adalah syariat Allah kepada hamba-Nya.
- MENGERATKAN SILATURAHIM
Daripada Anas bin Malik r.a., ia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
ู ููู ุณูุฑูููู ุฃููู ููุจูุณูุทู ูููู ููู ุฑูุฒููููู ุฃููู ููููุณูุฃู ูููู ููู ุฃูุซูุฑููู ููููููุตููู ุฑูุญูู ููู
Maksudnya: “Siapa yang ingin diluaskan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya, hendaklah dia menyambung silaturahim.”
(HR Bukhari, Sahih)
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Mari bersama hiasi Aidilfitri / Aidiladha kita dengan mengikuti sunnah-sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
ุชูููุจููู ุงููููฐูู ู
ููููุง ููู
ูููููู
ู
ููููู ุนูุงู
ูู ููุงูููุชูู
ู ุจูุฎูููุฑู
Sebagai penutup, suka untuk saya berkongsi petikan nasihat Ibnu Rejab al-Hanbali untuk sama-sama kita bermuhasabah diri.
ููููุณู ุงููุนููุฏู ููู ููู ููุจูุณู ุงููุฌูุฏููุฏู *** ุฅููููู ูุง ุงููุนููุฏู ููู ููู ุทูุงุนูุงุชููู ุชูุฒููุฏู
Maksudnya: โBukanlah hari raya itu bagi orang yang memakai baju baru, *** Tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya.โ
ููููุณู ุงููุนููุฏู ููู ููู ุชูุฌูู ููู ุจูุงููููุจูุงุณู ููุงูุฑูููููุจู *** ุฅููููู ูุง ุงููุนููุฏู ููู ููู ุบูููุฑูุชู ูููู ุงูุฐูููููุจู
Maksudnya: โBukanlah hari raya itu bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya, *** Tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahannya.”
Rujukan:
- Sahih Bukhari, Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari.
- Sahih Muslim, Imam Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi.
- Sunan Abi Daud, Imam Abi Daud Sulaiman bin al-Ash’ath as-Sijistani.
- Fathul Bari bi Syarh Sahih Bukhari, Imam Ahmad bin Ali bin Hajar al-‘Asqalani.
- Fiqh Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam as-Syafie, Dr. Mustafa Bugha.
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.