Malaria Monyet : Punca, Gejala & Langkah Pencegahan – KKM

malaria monyet
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan penularan wabak penyakit yang semakin membimbangkan pada ketika ini iaitu Malaria Monyet.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit ini?

Pengenalan Malaria Monyet

Malaria monyet ialah penyakit zoonotik yang disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi.

Ia bukan merebak terus daripada monyet kepada manusia, tetapi melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti selepas menggigit monyet seperti kera atau beruk.

Selepas menggigit kera atau beruk, nyamuk tersebut akan terinfeksi yang boleh menyebarkan jangkitan kepada manusia.

Di Malaysia, penyakit ini lazimnya dikesan dan kerap dilaporkan terutamanya di kawasan hutan atau pinggir hutan.

Punca Utama

Nyamuk berkenaan yang telah menggigit monyet, beruk, atau kera yang dijangkiti disebabkan monyet tersebut bertindak sebagai perumah semula jadi parasit ini. 

Berbanding malaria biasa, jangkitan penyakit ini boleh menjadi lebih cepat serius kerana parasit ini membiak dengan pantas dalam darah.

Jika lambat dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti kegagalan organ, masalah pernafasan dan kematian.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ratusan kes direkodkan setakat Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini termasuk satu kematian dicatatkan dan penyakit ini kini dilihat sebagai ancaman kesihatan awam.

Gejala Pesakit

Pesakit yang menerima penyakit ini akan mengalami gejala seperti:

  • Demam tinggi secara tiba-tiba – Suhu badan naik mendadak, boleh datang berulang (biasanya setiap hari)
  • Menggigil dan berpeluh kuat – Badan menggigil teruk diikuti peluh berlebihan
  • Sakit kepala yang kuat
  • Sakit otot dan sendi – Rasa seperti demam teruk atau selesema berat
  • Loya dan muntah
  • Keletihan melampau – Badan terasa sangat lemah
  • Sesak nafas (kes serius)
  • Kencing berwarna gelap atau kurang kencing – Tanda komplikasi pada buah pinggang

Individu Berisiko

Individu yang berisiko dijangkiti penyakit ini adalah seperti berikut:

  • Individu yang tinggal / bekerja berhampiran hutan
  • Pekebun dan pekerja ladang
  • Aktiviti jungle trekking / camping
  • Kawasan banyak nyamuk

Langkah Segera Jika Terjadinya Simptom

Jika terjadinya simptom atau gejala penyakit ini, individu tersebut mestilah:

  • Begera ke klinik atau hospital
  • Maklumkan kepada doktor jika ada pergi ke kawasan hutan / ladang
  • Buat ujian darah diperlukan untuk pengesahan

Pesakit akan dikenakan inkubasi antara tujuh hingga 15 hari selepas gigitan nyamuk dan rawatan awal seperti ubat antimalaria biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari.

Langkah Pencegahan

Berikut merupakan langkah pencegahan yang boleh diambil:

  • Pakai baju lengan panjang di kawasan hutan.
  • Gunakan repelan nyamuk.
  • Elakkan aktiviti luar waktu senja dan malam.
  • Pasang kelambu jika bermalam di kawasan berisiko.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Malaria Monyet?

Malaria monyet ialah penyakit zoonotik yang disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti selepas menggigit monyet seperti kera atau beruk.

Apakah punca utama penyakit ini wujud?

Ia disebabkan melalui gigitan nyamuk daripada monyet kepada manusia menerusi parasit Plasmodium knowlesi.

Apakah gejala utama penyakit ini?

– Demam tinggi secara tiba-tiba
– Menggigil dan berpeluh kuat
– Sakit kepala yang kuat
– Sakit otot dan sendi
– Loya dan muntah
– Keletihan melampau
– Sesak nafas (kes serius)
– Kencing berwarna gelap atau kurang kencing

Apakah rawatan yang akan diberikan kepada mereka yang menghidap penyakit ini?

Pesakit akan dikenakan inkubasi antara tujuh hingga 15 hari selepas gigitan nyamuk dan rawatan awal seperti ubat antimalaria biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari.

Apakah langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan penyakit ini?

– Pakai baju lengan panjang di kawasan hutan.
– Gunakan repelan nyamuk.
– Elakkan aktiviti luar waktu senja dan malam.
– Pasang kelambu jika bermalam di kawasan berisiko.

Garis Panduan Pengurusan Malaria Monyet di Malaysia

Baca juga: Strok Haba : Tanda, Gejala, Kesan & Cara Pencegahan – KKM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut