Makanan Kucing : Jenis, Jenama Terbaik dan Kekerapan Beri Makan

Sebagai pemilik kucing, anda pasti mahukan makanan kucing yang terbaik untuk si comel kesayangan.

Namun, disebabkan terdapat lambakan produk di pasaran, anda mungkin keliru untuk membelikan makanan yang boleh sesuai dengan kucing.

Dalam artikel ini, kami ingin berkongsikan jenis makanan kucing dan beberapa jenama yang boleh anda cuba untuk beri makan si comel.

Jenis Makanan Kucing

Secara umumnya, terdapat dua kategori makanan kucing iaitu dry food (makanan kering) atau makanan basah (wet food).

Setiap satu darinya pula mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Dry Food

Dijumpai dalam bentuk biskut dan juga dipanggil kibble kucing.

Kelebihan

  • Harganya lebih mudah berbanding wet food
  • Dijual dalam kuantiti yang banyak.
  • Lebih tahan kama dan tidak cepat rosak
  • Mudah untuk diberikan pada kucing
  • Sesuai untuk kucing dewasa

Kekurangan

  • Kandungan air yang rendah
  • Tekstur keras dan lebih sukar untuk dikunyah
makanan kucing

Wet Food

Kelebihan

  • Tinggi kandungan air dan mudah dikunyah
  • Boleh membantu beberapa masalah kesihatan kucing seperti sembelit atau berat badan berlebihan
  • Sesuai untuk semua peringkat usia kucing

Kekurangan

  • Harga lebih mahal
  • Tidak tahan lama selepas dibuka  
  • Biasanya dijual dalam pek kecil
makanan kucing

8 Jenama Makanan Kucing Terbaik

1. Sheba

Terkenal dengan kualiti premium, Sheba mengandungi bahan seperti daging bakar dan ketulan ayam.

Sesuai untuk anak kucing dan dewasa, makanan kucing ini juga bebas lemak dan diperkaya dengan taurin, fiber dan protein.

makanan kucing

2. Cindy’s Recipe

Diperbuat daripada 100% ikan sumber protein asli dengan gred setara bagi pengambilan manusia (human grade), Cindy’s Recipe mempunyai lebih daripada 12 pilihan dan terbahagi kepada dua asas protein iaitu tuna dan ayam.

Ia juga bebas bahan pengawet dan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral untuk keperluan si comel. Teksturnya pula lembut dan mudah untuk dimakan oleh kucing.

makanan kucing

 3. Royal Canin

Royal Canin merupakan satu lagi makanan premium untuk si comel.

Selain protein, makanan kucing dari Royal Canine juga kaya dengan kkhasiat omega-3 dan 6, vitamin D3 dan zat besi.

Selain mempunyai makanan khusus untuk kucing kacukan, ia juga mempunyai beberapa variasi untuk keperluan kesihatan dan citarasa kucing seperti Urinary Care, Hair & Skin Care dan Exigent Aroma.

makanan kucing

4. Brit Premium

Makanan kucing ini pula dikatakan mempunyai ketulan daging yang lebih besar tetapi lembut.

Brit Premium menawarkan aneka protein untuk kucing seperti hirisan ayam, salmon, ayam belanda dan ikan kod.

Harganya pula berpatutan dan mengandungi pelbagai khasiat untuk kucing seperti vitamin D3, vitamin E, copper, taurine dan zink.

makanan kucing

5. Purina One Healthy Adult with Salmon & Tuna

Makanan kucing ini pula sesuai untuk anda yang ingin berikan perlindungan imuniti tambahan kepada kucing.

Ia mengandungi 3 bahan utama bagi menyokong sistem pertahanan badan kucing iaitu vitamin E dan C, omega 3 dan 6 dan beta glukan.

makanan kucing

6. Purina PRO PLAN Adult Sensitive with Chicken Gravy

Makanan kucing istimewa daripada Purina ini sesuai bagi kucing yang mengalami masalah penghadaman yang sensitif.

Ia mengandungi probiotik dan diperbuat daripada bahan yang mudah dihadam dan mesra perut kucing.

7. Snappy Tom

Snappy Tom pula menawarkan makanan kucing jenis wet food dengan tekstur jeli

. Bebas perasa tambahan dan bijirin, Snappy Tom diperbuat daripada bahan semula jadi dan sesuai untuk dimakan oleh kucing dewasa.  

8. Powercat

Satu-satunya jenama yang mempunyai sijil halal, Powercat merupakan produk makanan kucing keluaran bumiputera.

Jenama ini menawarkan dry food dan wet food dan diperkaya dengan omega-3 dan 6 untuk kesihatan kucing.

Berapa Kali Perlu Beri Makan Kucing?

Pakar mengesyorkan supaya anak kucing yang berusia di bawah enam bulan diberikan makan sebanyak tiga hingga empat kali sehari.

Kucing berusia enam bulan hingga dewasa pula sudah memadai jika diberi makan sebanyak dua kali sehari.

Pastikan anda hanya beri makan sebanyak 25 gram sahaja, ya. Ini penting untuk memastikan berat badan kucing terkawal.

Sumber : iVET Petcare

Terdapat pelbagai jenama makanan kucing yang padat dengan nutrisi dan kebaikan untuk perkembangan kucing.

Jenama yang dipercayai ini juga bebas daripada bahan pengawet dan tinggi kandungan protein.

Terdapat juga produk makanan yang dikhususkan bagi mengatasi masalah kesihatan yang dialami kucing seperti keguguran bulu, lemah sistem imuniti dan sebagainya.

Anda juga boleh dapatkan saranan daripada doktor sekiranya masih ragu untuk memilih makanan yang terbaik untuk kucing.

Sumber : oyen.my (1), (2), (3), iVET Petcare

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!