LRT3 Rasmi Dibuka! Nikmati Tambang Percuma Selama Sebulan Hingga 31 Julai 2026

jajaran lrt3
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Berita baik buat pengguna pengangkutan awam! LRT3 kini rasmi beroperasi dan orang ramai boleh menikmati tambang percuma selama sebulan sehingga 31 Julai 2026.

Laluan baharu yang menghubungkan Bandar Utama, Shah Alam dan Johan Setia, Klang ini dijangka memudahkan perjalanan harian serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

Berikut ialah tarikh operasi, senarai stesen dan fakta menarik mengenai LRT3.

Baca juga: Rapid Bulanan Pass RM150 – Tak Payah Beratur Lagi, Guna TNG eWallet Je!

Apa itu LRT3?

Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) atau juga dikenali sebagai Laluan Shah Alam yang menghubungkan Bandar Utama, Shah Alam dan Johan Setia, Klang. Sebelum ini, projek ini dikenali sebagai LRT Bandar Utama–Klang Line atau LRT Johan Setia Line.

LRT3 merupakan laluan LRT ketiga dan sistem rel automatik tanpa pemandu (driverless) keempat di Lembah Klang.

Laluan ini mempunyai 25 stesen tetap, manakala lima lagi stesen disediakan sebagai stesen sementara untuk pembangunan pada masa hadapan.

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Tarikh Operasi

LRT3 secara rasmi dibuka beroperasi untuk orang ramai bermula 29 Jun 2026 (Isnin).

Waktu operasi LRT3 adalah dari 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, manakala kekerapan tren adalah lapan minit pada waktu puncak dan 10 hingga 15 minit pada waktu luar puncak.

Senarai Stesen LRT3

LRT3 merangkumi laluan sepanjang 37.8 km dengan 20 stesen yang beroperasi, termasuk 2.5 kilometer jajaran bawah tanah.

  • Stesen 1: SA01 Bandar Utama
  • Stesen 2: SA02 Kayu Ara
  • Stesen 3: SA03 BU 11
  • Stesen 4: SA05 Damansara Idaman
  • Stesen 5: SA06 Subang
  • Stesen 6: SA07 Glenmarie 2
  • Stesen 7: SA09 Kerjaya
  • Stesen 8: SA10 Stadium Shah Alam
  • Stesen 9: SA12 Dato Menteri
  • Stesen 10: SA14 UiTM Shah Alam
  • Stesen 11: SA15 Seksyen 7 Shah Alam
  • Stesen 12: SA17 Bandar Baru Klang
  • Stesen 13: SA18 Pasar Klang
  • Stesen 14: SA19 Jalan Meru
  • Stesen 15: SA20 Jambatan Kota
  • Stesen 16: SA21 Taman Selatan
  • Stesen 17: SA22 Seri Andalas
  • Stesen 18: SA23 Klang Jaya
  • Stesen 19: SA24 Bandar Bukit Tinggi
  • Stesen 20: SA26 Johan Setia

    Stesen Integrasi

    Terdapat dua stesen integrasi utama dalam rangkaian LRT3 yang menghubungkan laluan ini dengan sistem pengangkutan lain di Lembah Klang:

    • Stesen Bandar Utama: Menghubungkan LRT3 dengan laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK). Ini membolehkan penumpang menukar laluan dengan mudah bagi perjalanan ke destinasi lain seperti Kajang, Sungai Buloh, dan pusat bandar Kuala Lumpur.
    • Stesen Glenmarie: Berfungsi sebagai stesen integrasi dengan laluan LRT Kelana Jaya, membolehkan penumpang bertukar tren ke destinasi seperti KL Sentral, Subang Jaya, dan Gombak tanpa perlu keluar dari sistem pengangkutan awam.

    Stesen-stesen integrasi ini direka untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan memudahkan pergerakan penumpang di sekitar Lembah Klang.

    Tambang Percuma Selama Sebulan

    Perdana Menteri telah mengumumkan perkhidmatan percuma bagi LRT Laluan Shah Alam selama sebulan bermula hari ini, 29 Jun 2026 sehingga 31 Julai 2026.

    Bukan itu sahaja, tambang percuma itu turut diberikan bagi perkhidmatan bas perantara kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di sepanjang Laluan Shah Alam.

    Laluan tersebut dikatakan antara yang paling sesak dalam negara kita.

    Kredit: RapidKL
    Kredit: Tiktok @anwaribrahimofficial

    Fakta Menarik LRT3

    LRT3 menawarkan lebih daripada sekadar perjalanan yang lebih pantas. Berikut ialah beberapa fakta menarik mengenai laluan baharu ini.

    1. Memberi manfaat kepada lebih 2 juta penduduk

    LRT3 dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk di koridor barat Lembah Klang dengan menyediakan pengangkutan awam yang lebih pantas dan selesa.

    2. Laluan sepanjang 37.8 km

    Laluan Shah Alam menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia sejauh 37.8 kilometer, termasuk kira-kira 2.5 kilometer laluan bawah tanah.

    3. Perjalanan hanya sekitar 70 minit

    Masa perjalanan dari satu hujung ke hujung yang lain dianggarkan sekitar 70 minit, sekali gus membantu mengurangkan masa perjalanan berbanding menggunakan jalan raya ketika waktu puncak.

    4. Bersambung dengan MRT dan LRT sedia ada

    LRT3 dihubungkan dengan Laluan Kelana Jaya di Stesen Glenmarie 2 serta Laluan Kajang MRT di Stesen Bandar Utama, memudahkan pengguna bertukar ke rangkaian rel lain.

    5. Menggunakan teknologi moden dan mesra alam

    LRT3 merupakan projek rel pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi U-Trough untuk mengurangkan bunyi. Selain itu, sistem brek regeneratif, lampu LED dan penyaman udara pintar turut digunakan bagi menjimatkan tenaga.

    6. Kemudahan lengkap untuk semua pengguna

    Setiap stesen dilengkapi kemudahan Park & Ride, akses mesra OKU, lif, tandas khas serta bas perantara dan Rapid On-Demand bagi memudahkan perjalanan ke destinasi akhir.

    7. Tren tanpa pemandu berkapasiti tinggi

    LRT3 menggunakan 22 tren automatik tanpa pemandu yang mampu membawa sehingga 624 penumpang bagi setiap tren, dengan kelajuan operasi maksimum 80 km/j. Ini membolehkan perkhidmatan yang lebih cekap dan selesa kepada pengguna.

    Maklumat Lanjut

    Bagi memudahkan perancangan perjalanan, layari myrapid.com untuk mengakses Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang serta Jadual Tambang Laluan Shah Alam yang terkini.

    Soalan Lazim (FAQ) LRT3

    Bilakah LRT3 mula beroperasi?

    LRT3 mula beroperasi secara rasmi kepada orang ramai pada 29 Jun 2026 (Isnin).

    Adakah tambang LRT3 percuma?

    Ya. Kerajaan menawarkan tambang percuma selama sebulan, bermula 29 Jun hingga 31 Julai 2026. Tawaran ini turut meliputi bas perantara Rapid KL di sepanjang Laluan Shah Alam.

    Apakah waktu operasi LRT3?

    LRT3 beroperasi setiap hari dari 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Kekerapan tren adalah setiap lapan minit pada waktu puncak dan 10 hingga 15 minit pada waktu luar puncak.

    Berapakah jumlah stesen LRT3?

    Laluan LRT3 mempunyai 20 stesen yang beroperasi sepanjang laluan 37.8 kilometer, manakala beberapa stesen lain akan dibuka pada masa hadapan.

    Di manakah stesen integrasi LRT3?

    LRT3 mempunyai dua stesen integrasi utama iaitu:

    Stesen Bandar Utama – sambungan ke Laluan MRT Kajang (SBK).
    Stesen Glenmarie 2 – sambungan ke Laluan LRT Kelana Jaya.

    Berapa lama perjalanan dari Bandar Utama ke Johan Setia?

    Perjalanan dari satu hujung ke hujung laluan dianggarkan mengambil masa sekitar 70 minit.

    Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai LRT3?

    Maklumat seperti peta laluan, jadual tambang dan perancangan perjalanan boleh disemak melalui laman web rasmi Rapid Rail di myrapid.com.my

    Baca juga: Rapid On-Demand: Harga, Senarai Laluan & Cara Tempahan

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut
    Avatar image of Hannani Juhari