Pengguna kini boleh menggunakan satu lagi mod pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Rapid Bus iaitu Rapid On-Demand.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkhidmatan ini.

Mengenai Rapid On-Demand
Perkhidmatan ini yang yang dahulunya dikenali sebagai Demand Responsive Transit atau Rapid DRT telah yang telah dijenamakan semula dengan panggilan Rapid On-Demand.
Rapid On-Demand secara umumnya ialah perkhidmatan yang mudah, jimat, selesa, fleksibel serta efisien berkonsepkan atas permintaan atau On-Demand dengan menggunakan van sebagai mod pengangkutan.
Konsep perkhidmatan ini adalah operasi yang berasaskan tempahan dan memberi kebebasan kepada pelanggan untuk merancang perjalanan mereka.
Ia merupakan perkhidmatan yang disediakan yang boleh ditempah melalui aplikasi tunggal dengan menawarkan perjalanan berdasarkan tempahan dan bukan jadual tetap.
Perkhidmatan ini telah diperkenalkan pada Mei 2023 dengan tumpuan awal diberikan kepada laluan di Lembah Klang.
Mulai 1 November 2025, perkhidmatan Rapid KL On-Demand di bawah zon Mobi & Trek Rides hanya perlu menggunakan satu aplikasi iaitu Rapid On-Demand sahaja.

Waktu Operasi
Waktu operasi perkhidmatan ini adalah 6.00 pagi sehingga 11.30 malam.
Senarai Laluan
Senarai laluan yang termasuk dalam perkhidmatan ini adalah seperti berikut:
- MRT Semantan – KTM Segambut
- MRT Bukit Dukung – Sg Sekamat
- MRT Sg Buloh – Bandar Rahman Putra
- MRT Serdang Raya Selatan – Taman Bukit Serdang
- MRT Metro Prima – Taman Botani Kepong (FRIM)
- MRT Kentonmen – Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC)
- MRT Sg Jernih – Taman Puncak Saujana
- MRT Serdang Raya Utara – Pavilion Bukit Jalil
- MRT Taman Equine – Lestari Perdana
- MRT Metro Prima – Taman Bukit Maluri
- MRT Sri Delima – Sri Segambut
- MRT Kwasa Sentral – Subang Bestari/Subang Skypark Terminal
- MRT Semantan – Menara DBKL
- MRT Metro Prima – Taman Beringin
- MRT Putrajaya Sentral – Presint 1
- MRT Cyberjaya City Centre – Cyberjaya
- CBD Kuala Lumpur
- MRT UPM – IOI City Mall
- LRT Kelana Jaya – Taman SEA/Damansara Jaya
- LRT Gombak – Taman Selaseh/IIUM
- Dato Menteri – KTM Shah Alam
- KTM Padang Jawa – Terminal 17
- KTM Padang Jawa – Seksyen 7
- U12 Cahaya Alam
- Bandar Baru Klang
- KTM Klang – Batu Belah
- Taman Summit
- KTM Klang – Teluk Gadong
- Sri Andalas
- Klang Jaya
- Bandar Bukit Tinggi
- Bandar Puteri
- LRT Sri Rampai – Giant Ulu Kelang
- Danau Kota – Jalan Genting Kelang
- LRT Wangsa Maju – Sri Rampai
- Titiwangsa – Chow Kit
- Taman Genting Setapak – Setapak
- MRT Putrajaya Sentral – Presint 11
- Taman Medan – Jalan Klang Lama
- LRT Alam Megah – Alam Megah
- LRT Taman Bahagia – SS6
- LRT Taman Paramount – Kampung Baiduri
- MRT Putrajaya Sentral – Putrajaya International Convention Centre (PICC)
- MRT Putrajaya Sentral – Cybersouth / Dengkil
- Desa Pinggiran Putra – Dataran Gemilang Putrajaya
- MRT Putrajaya Sentral – Presint 14 & 16
- MRT 16 Sierra – Taman D’Alpinia
- LRT Putra Heights – Rimbayu/Bandar Saujana Putra
- Stesen Salak Tinggi KLIA Transit – Kota Warisan
- Kota Kemuning – Gamuda Walk Mall
- Taman Melati – Gombak Setia
- Bukit Antarabangsa – Setiawangsa
- Bandar Tun Razak – Taman Midah
- LRT Sri Petaling – Bandar Sri Petaling
- Bandar Kinrara – Jalan Puchong
- Taman Desa – Jalan Klang Lama
- Taman OUG – Kuchai Lama
- Pantai Sentral – LRT Universiti
- LRT Bangsar – Taman Bandaraya
- Kampung Ampang Indah – Taman Sri Watan
- Terminal Puchong Utama – Puchong Prima
- Ampang Hilir – Kampung Datuk Keramat
- LRT Ampang – Ampang Jaya
- Bangi – UNITEN
- Putra Heights – LRT Putra Heights
- Saujana Utama/Elmina – Jalan Kuala Selangor
- LRT Glenmarie – MSU, Stadium Shah Alam
- LRT USJ 21 – One City
- PJ Sentral – Seksyen 7 & 17
- MRT Bandar Tun Hussein Onn – Taman Desa Baiduri
- KTM Kajang – Jalan Reko
- KTM UKM – UKM
- Bandar Tasik Kesuma – Bandar Rinching
- KTM Bangi – Bandar Bukit Mahkota
- Sg Way – LRT Taman Paramount
- KTM Batu Caves – Hab Wira Damai
- Country Homes Rawang – KTM Rawang
- KTM Rawang – Taman Garing
- UiTM Puncak Alam – Puncak Alam
- Alam Budiman/Setia Alam – Setia City Mall
Harga Tambang
Hraga tambang yang ditawarkan adalah RM1.00 bagi tambang promosi untuk setiap perjalanan.
Mod Pembayaran
Mod pembayaran perkhidmatan ini boleh dibuat menerusi:
- Pas Perjalanan Tanpa Had (My50, Pas MyCity, Pas MyTourist, Pas Famili & OKU SMILE)
- Kad Touch ‘n Go
- Kad Konsesi MyRapid
- Kad Debit/ Kredit
- DuitNow QR
- E-Dompet
Cara Tempahan
Untuk membuat tempahan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi Rapid On-Demand di Apple App Store dan Google Play Store.
- Buat tempahan.
- Pilih lokasi untuk naik dan turun.
- Sahkan tempahan.
- Tunggu di lokasi tempahan.
- Bayar tambang menerusi pilihan mod pembayaran yang disediakan.

Soalan Lazim
Harga tambang promosi bagi perkhidmatan ini adalah RM1.00 untuk setiap perjalanan.
Waktu operasi perkhidmatan ini adalah pada 6.00 pagi sehingga 11.30 malam.
Cara pembayaran adalah sama ada:
– Pas Perjalanan Tanpa Had (My50, Pas MyCity, Pas MyTourist, Pas Famili & OKU SMILE)
– Kad Touch ‘n Go
– Kad Konsesi MyRapid
– Kad Debit/ Kredit
– DuitNow QR
– E-Dompet
Aplikasi ini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila layari laman web https://myrapid.com.my/bus-train/rapid-kl/on-demand/.
Baca juga: Pas MyTourist RapidKL : Harga, Diskaun Bas & Tren ‘Unlimited’




