Kurma butter, makanan viral Ramadan yang popular di Malaysia ialah gabungan kurma yang diisi mentega tulin (pure butter) di tengahnya.
Ia memberi tenaga segera tetapi tinggi kalori, jadi sesuai dimakan dalam kuantiti kecil ketika berbuka puasa. Layari portal rasmi Bahagian Pemakanan KKM untuk info pemakanan sihat di https://hq.moh.gov.my/nutrition/
Menu ini menggabungkan tenaga segera dari gula ringkas kurma dengan lemak sihat dari mentega. Untuk rasa terbaik dan manfaat kesihatan, pastikan menggunakan pure butter dan bukannya marjerin.
Resepi ini sangat mudah, cepat dan paling penting memang mengenyangkan.
Apakah khasiat kurma butter ini?
Rujuk info penuh di bawah.
Apa Itu Kurma Butter?
Kurma butter ialah kurma yang diisi mentega dan dimakan sebagai sumber tenaga segera ketika berbuka.
Kombinasi ini menjadi viral kerana memberikan keseimbangan rasa yang unik; manis karamel daripada kurma dan lemak masin (creamy) daripada mentega.
Resepi Kurma Butter Viral
Cara penyediaan kurma butter ini sangat ringkas. Rujuk cara-caranya di bawah:
- Kurma dibelah dan dibuang biji
- Diletakkan mentega di tengah
- Nak lagi sedap, tambah pula dengan badam / kekacang yang rangup!
Tujuannya adalah memberi tenaga pantas ketika berbuka sebelum makan berat.
Adakah Kurma Butter Sunnah Rasullulah?
Ya. Berdasarkan hadis Sunan Abu Daud dan Ibn Majah, Nabi SAW pernah memakan kurma bersama mentega.
Menurut sumber dari Maktabah Al-Bakri, tamar (kurma kering) dan mentega memang kegemaran Rasulullah SAW!
Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:
دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر»
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” – (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Dalam perkongsian di laman web Mufti WP (IRSYAD HUKUM EDISI KHAS RAMADAN SIRI KE 259: KURMA MENTEGA MAKANAN SUNNAH?), Mufti WPmenulis:
Setiap makanan dan pemakanan Nabi SAW adalah sesuatu perkara yang merujuk kepada tabiat Nabi SAW sebagai seorang manusia dan ia termasuk dalam kategori Sunnah Ghayr Tasyriʻiyyah yang bersifat luas.
Antara sunnah Nabi SAW ialah memakan makanan yang sihat. Kurma dan mentega merupakan makanan yang pernah dimakan oleh Nabi SAW.
Namun mungkin sifat mentega pada zaman Rasulullah SAW sedikit berbeza dengan yang berada di pasaran sekarang.
Sesiapa yang memakan kurma dan mentega dengan niat mengikut Nabi SAW maka ia mendapat pahala dengan sebab kecintaannya kepada Nabi SAW.
Kalori & Khasiat Kurma Butter
Berapa kalori Kurma + Butter?
Jika dibandingkan dengan nilai kurma butter ini dengan kalori nasi putih, ia hampir sama dengan 1 senduk nasi!
Berikut adalah kalori bagi sebiji kurma + butter berdasarkan info yang dikongsikan oleh Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah):
- 1 sajian kurma (3 biji sederhana 30g) = 90 kcal
- 1 sudu teh butter / mentega = 50 kcal
- 1 sudu besar butter / mentega = 100 kcal
Jumlah jika diambil bersama (3 biji) = 140 kcal – 190 kcal.
Gabungan kurma dan mentega sememangnya membantu memberikan tenaga yang anda perlukan.
Namun, perlu diingatkan pengambilannya juga haruslah secara sederhana dan tidak berlebihan terutamanya dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang kebanyakkannya kurang aktif.
Cadangan Hidangan Kurma + Butter (KKM)
Berdasarkan saranan pemakanan sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, makanan tinggi gula dan lemak masih boleh diambil ketika Ramadan tetapi perlu dikawal dari segi kuantiti dan kekerapan.
Kurma butter tergolong dalam kategori makanan padat tenaga kerana mengandungi gula semula jadi (kurma) dan lemak (mentega). Oleh itu ia sesuai sebagai starter tenaga, bukan hidangan utama berbuka.
Berapa Kuantiti Hidangan Kurma + Butter yang Disyorkan?
- Hadkan kepada 1-3 biji sahaja sekali makan.
- Satu biji kurma bersama secalit mentega tulin sudah membekalkan tenaga yang mencukupi untuk memulakan berbuka puasa.
- Pastikan anda menggunakan Pure Butter (mengandungi lemak susu asli) bukan marjerin atau butter blend yang tinggi Lemak Trans (Trans Fat).
- Makan bersama air kosong dahulu. Jangan gabung dengan minuman manis.
- Kalori: 1 biji kurma (~20-30 kcal) + 1 sudu teh butter (~35 kcal) = 55-65 kcal per biji.
Untuk menjadikan hidangan ini lebih seimbang mengikut piramid makanan, anda boleh menambah elemen serat dan protein:
- Kekacang Panggang: Masukkan sebiji badam (almond), gajus, atau pistachio di tengah mentega. Ini menambah lemak tak tepu dan serat yang membantu melambatkan penyerapan gula.
- Biji Bijian: Taburkan sedikit chia seeds atau flaxseeds untuk omega-3 tambahan.

Kesan Kurma Butter Jika Makan Berlebihan
Berikut adalah kesan utama jika anda mengambil kurma butter secara BERLEBIHAN:
- Lonjakan Kalori (Peningkatan Berat Badan)
- Pengumpulan Lemak Tepu (Risiko Kolesterol)
- Ketidaktentuan Gula Darah (Insulin Spike)
- Gangguan Sistem Penghadaman
Siapa Perlu Berhati-hati?
Individu berikut perlu hadkan pengambilan:
- Diabetes
- Berat badan berlebihan
- Kolesterol tinggi
- Mudah mengantuk selepas berbuka
Boleh je nak makan macam ni, tapi jangan makan berlebihan. 1-2 biji pun dah cukup.
Tips Pengambilan Semasa Berbuka & Sahur
Waktu Berbuka:
- Mulakan dengan 1 biji kurma butter dan segelas air kosong. Ini memberikan tenaga segera kepada otak dan otot tanpa membebankan sistem penghadaman.
Waktu Sahur:
- Kurma butter boleh membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama (satiety) kerana kandungan lemaknya melambatkan pengosongan perut. Namun, pastikan ia diambil bersama sumber karbohidrat kompleks lain (seperti oat atau nasi perang).
Ringkasan Pengambilan Kurma Butter
| Perkara | Cadangan Sihat | Risiko Jika Berlebihan |
| Bilangan | 1 – 3 biji | Lonjakan kalori & berat badan meningkat |
| Jenis Lemak | Pure Butter (SCS, Anchor, dll) | Lemak trans (dalam marjerin) sumbat salur darah |
| Jenis Kurma | Kurma asli (tiada tambahan gula/sirap) | Kurma bersalut gula tingkatkan risiko kencing manis |
| Kekerapan | Sekali sehari (berbuka/sahur) | Pengambilan berulang kali tingkatkan lemak tepu |
Ringkasnya, kurma butter sesuai sebagai tenaga segera tetapi perlu dihadkan kepada 1–3 biji.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai pemakanan sihat, sila layari portal rasmi Bahagian Pemakanan KKM untuk info pemakanan sihat di https://hq.moh.gov.my/nutrition/
Soalan Lazim Kurma Butter Viral
Hidangan ringkas yang menggabungkan buah kurma (glukosa/tenaga segera) dengan mentega tulin atau pure butter (lemak sihat) untuk keseimbangan rasa manis dan berlemak.
Jenis kurma yang terbaik adalah yang mempunyai isi yang tebal, kenyal, dan tidak terlalu lembik contohnya: Kurma Mariami, Kurma Ajwa, Kurma Medjool
Satu biji kurma butter mengandungi anggaran 55 hingga 65 kalori. Tiga biji kurma butter bersamaan dengan 140 – 190 kalori, iaitu hampir sama dengan satu senduk nasi putih.
Pure butter mengandungi lemak susu asli yang lebih sihat, manakala marjerin mengandungi lemak trans yang tinggi risiko penyakit jantung.
Tidak disyorkan. Marjerin diperbuat daripada minyak sayuran yang dihidrogenasikan dan mengandungi lemak trans yang tinggi. Gabungan kurma dengan marjerin bukan sahaja kurang enak (rasa berminyak yang kuat), malah tidak sihat untuk jantung. Pastikan anda menggunakan Pure Butter (Mentega Tulin).
Boleh, tetapi dalam kuantiti terhad (1-2 biji sahaja). Lemak daripada pure butter membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama (satiety), namun kalori mentega adalah tinggi. Pastikan ia tidak diambil secara berlebihan bagi mengelakkan lebihan kalori harian.
Selepas disediakan, simpan kurma butter di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk. Ini bagi memastikan mentega kekal pejal dan tidak cair. Ia boleh bertahan selama 1 hingga 2 minggu jika disimpan dengan betul.
Ya. Terdapat riwayat dalam Hadis Sunan Abi Dawud dan Ibnu Majah yang menyatakan bahawa Abdullah bin Busr dan saudaranya melihat Nabi SAW memakan kurma bersama mentega susu (Al-Zubdah). Jadi, mengamalkannya dengan niat mengikut sunnah adalah digalakkan.
Penambahan sea salt bertujuan untuk menaikkan lagi rasa lemak manis (enhance flavor), manakala kekacang seperti badam atau pistachio memberikan tekstur rangup (crunchy) yang mengimbangi kelembutan kurma dan mentega.
BACA JUGA:






