Biodata Dato’ Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Dato’ Mohamed Khaled Nordin telah diumumkan sebagai Menteri Pengajian Tinggi dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Merangkap Naib Presiden UMNO, beliau juga merupakan antara ahli yang mewakili parti Barisan Nasional dalam kabinet baharu ini. Dalam PRU15 yang lalu, beliau memenangi kerusi kawasan Kota Tinggi dengan majoriti 8,390 undi.  

Dato’ Mohamed Khaled bukan figura asing dalam dunia politik dan kerajaan.

Kariernya sebagai Ahli Parlimen bermula tahun 1990 apabila memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru selama tiga penggal berturut-turut sehingga beralih ke kerusi Parlimen Pasir Gudang yang baharu dibentuk hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Selain aktif berpolitik, beliau juga giat melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan pernah dilantik sebagai Presiden Belia Negeri Johor, Presiden Persatuan Ragbi Johor, Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor serta Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.

Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri di peringkat persekutuan dari 2004 hingga 2013 dan Menteri Besar Johor dari 2013 hingga 2018.

Khaled Nordin

Di sini kami ingin kongsikan serba sedikit mengenai latar belakang serta biodata Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Biodata Dato’ Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Nama : Khaled bin Nordin

Tarikh Lahir : 30 November 1958

Tempat Lahir : Muar, Johor

Parti : UMNO

Pendidikan :

  • Sekolah Rendah Ledang, Muar
  • Sekolah Tinggi Muar
  • Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya (1982)

Kerjaya :

  • Pegawai Undang-Undang, PETRONAS (1982)
  • Pengerusi Boustead Holdings Berhad (2020-2021)

Kerusi Bertanding Parlimen :

  • PRU11- P159 PASIR GUDANG
  • PRU12- P159 PASIR GUDANG
  • PRU14- P159 PASIR GUDANG
  • PRU15- P156 KOTA TINGGI

Kerusi Bertanding DUN:

  • PRU13- P159 PASIR GUDANG N43 PERMAS
  • PRU14- P159 PASIR GUDANG N43 PERMAS

Jawatan Dalam Kabinet dan Politik :

  • Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987)
  • Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986)
  • Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993)
  • Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993)
  • Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995)
  • Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998)
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998)
  • Timbalan Menteri Kerja Raya (1999)
  •  Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2004)
  • Naib Presiden UMNO (2013-kini)
  • Menteri Pengajian Tinggi (2008-2013)
  • Menteri Besar Johor (2013-2018)
  • Menteri Pendidikan Tinggi (2022)

Permulaan Dalam Bidang Politik

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO bagi cawangan tersebut.

Sejak itu, kariernya dalam politik mula berkembang sehingga memegang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).

Khaled Nordin

Semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor, beliau telah memperkenalkan gagasan Johor Berkemajuan yang mahu menjadikan Johor sebuah negeri maju beracuan sendiri yang mengimbangi pembangunan ekonomi dan budaya tinggi.

Di bawah pentadbiran beliau, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Johor melepasi kadar purata nasional apabila mencatat 5.9 peratus, berbanding KDNK Malaysia 5.1 peratus.

Pada masa sama, beliau turut mengusahakan agenda Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa.

Mohamed Khaled sentiasa melakar pemikiran jauhnya melalui teks ucapan. Malah beliau dianggap pemimpin politik unik yang mempunyai buku koleksi teks ucapan sejak bergelar menteri sehinggalah menteri besar.

Malah, teks ucapan beliau semasa bertugas sebagai Menteri Pengajian Tinggi dianalisis bagi mencungkil identiti kepemimpinannya melalui bahasa yang digunakan.

Sumber : Sinar Harian , Malaysia Gazette (Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM))

Baca Juga :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!