Kepentingan Mempelajari Sejarah: Isi Penting & Contoh Karangan

Murid yang ingin menjawab soalan penulisan berkenaan tajuk kepentingan mempelajari sejarah, berikut merupakan isi penting dan contoh karangan.

Isi penting dan contoh karangan ini boleh dijadikan rujukan bagi menjawab soalan berkaitan tajuk ini.

Pengenalan

Ramai yang menganggap bahawa Sejarah adalah subjek yang membosankan. Tapi tahukah adik-adik kenapa sebenarnya kita PERLU belajar Sejarah?

Kita perlu belajar Sejarah untuk menghargai yang kita boleh hidup aman masa kini tanpa peperangan.

Kita perlu belajar Sejarah untuk menghargai diri kita sebagai warganegara Malaysia.

Kita perlu belajar Sejarah untuk menghargai pengorbanan orang-orang terdahulu.

Kita perlu belajar Sejarah untuk kita lebih JELAS dengan KEPENTINGAN MENJADI ORANG YANG BERILMU.

Ayuh, kami kongsikan lebih lanjut tentang kepentingan mempelajari Sejarah, bukan saja untuk lulus peperiksaan, tetapi sebagai satu pengisian kepada setiap individu rakyat Malaysia.

Isi Penting Karangan Kepentingan Mempelajari Sejarah

1. Memupuk Semangat Patriotik

  • Keadaan pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah.
  • Seharusnya mengingati jasa dan sumbangan tokoh-tokoh tanah air seperti Tunku Abdul Rahman, Tun H.S Lee dan Tun Dr. Ismail.
  • Negarawan-negarawan ini telah berhempas pulas mencari jalan supaya kita dapat menikmati kemakmuran dan kedamaian untuk hidup dalam masyarakat hari ini.
  • Semangat patriotisme perlu dipupuk dalam jiwa generasi muda bagi memastikan mereka sentiasa bersyukur dan memberi penghargaan terhadap pengorbanan pejuang tanah air terdahulu.

2. Menyemai Perpaduan Antara Kaum

  • Sistem pendidikan yang terasing sedikit sebanyak merencatkan perkembangan perpaduan antara kaum.
  • Dengan mempelajari sejarah, elemen perpaduan itu akan dipupuk secara tidak langsung.
  • Kestabilan negara boleh diibaratkan seperti negara kita adalah pokok dan rakyat ibarat akar, pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar.
  • Jika rakyat mengutamakan nilai perpaduan, keamanan dan kestabilan negara pasti akan terjamin.

3. Mengambil Iktibar Masa Lalu

  • Peristiwa-peristiwa sejarah yang terdahulu mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat.
  • Contoh, peristiwa Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh penjajah British memberi pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu mudah mempercayai orang asing.
  • Generasi muda terutamanya yang mempelajari sejarah dapat memperbaiki kesilapan masa lalu dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang.
  • Mungkin mengulangi kesilapan lampau jika tidak mengambil iktibar masa lalu.

4. Menghargai Budaya, Warisan, dan Tradisi

  • Contoh, pasukan bola sepak negara pernah layak untuk beraksi di kejohanan Olimpik pada satu ketika dahulu.
  • Pasukan tersebut yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India telah tercatat dalam sejarah sebagai pasukan terulung dalam arena bola sepak tanah air.
  • Namun, sejak kebelakangan ini, timbul isu rasisme daripada penyokong terhadap pemain yang bermain di atas padang.
  • Sekiranya generasi muda mempelajari sejarah, mereka akan bersikap terbuka dan toleransi serta berusaha menghidupkan budaya negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.
  • Tradisi seperti pertunjukkan wayang kulit, permainan wau dan gasing perlu dipelajari oleh generasi muda.

Contoh Karangan Kepentingan Mempelajari Sejarah

i) PENDAHULUAN

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini generasi muda semakin melupakan sejarah yang tercipta demi kemudahan hidup pada masa kini. Sejarah merupakan penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau Iampau. la juga bermaksud tempoh maca yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Bagi memastikan masa hadapan masyarakat dan negara terus mencapai kemajuan, generasi muda yang bakal mengambil tempat pemimipin hari ini seharusnya mempelajari sejarah. Ini kerana banyak kepentingan yang akan diperoleh sekiranya generasi muda hari ini mempelajari sejarah.

ii) ISI 1: MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK

Antara kepentingan dalam mempelajari sejarah adalah memupuk semangat patriotik. Jika kita lihat keadaan pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Kita seharusnya mengingati jasa dan sumbangan tokoh-tokoh tanah air seperti Tunku Abdul Rahman, Tun H.S Lee dan Tun Dr. Ismail. Negarawan-negarawan ini telah berhempas pulas mencari jalan supaya kita dapat menikmati kemakmuran dan kedamaian untuk hidup dalam masyarakat hari ini. Oleh sebab itu, semangat patriotisme perlu dipupuk bagi memastikan mereka sentiasa bersyukur dan memberi penghargaan terhadap pengorbanan pejuang tanah air terdahulu.

iii) ISI 2: MENYEMAI PERPADUAN ANTARA KAUM

Selain itu, mempelajari sejarah akan menyemai perpaduan antara kaum. Sistem pendidikan yang terasing sedikit sebanyak merencatkan perkembangan perpaduan antara kaum pada hari ini. Namun begitu, dengan mempelajari sejarah, elemen perpaduan itu akan dipupuk secara tidak langsung. Kestabilan negara boleh diibaratkan seperti negara kita adalah pokok dan rakyat ibarat akar, pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara kita. Jika rakyat mengutamakan nilai perpaduan, keamanan dan kestabilan negara pasti akan terjamin. Negara kita pernah mencatatkan sejarah hitam selepas merdeka iaitu tragedi salah faham antara kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa dan perpaduan negara itu diibaratkan “seperti telur di hujung tanduk.” Selepas terjadinya peristiwa hitam ini, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa hubungan antara kaum dipelihara agar tragedi tidak berulang kembali.

iv) ISI 3: MENGAMBIL IKTIBAR PERISTIWA MASA DAHULU

Pada masa yang sama, mempelajari sejarah akan dapat membantu generasi muda dalam mengambil iktibar daripada peristiwa masa dahulu. Ini kerana peristiwa-peristiwa sejarah yang terdahulu mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat. Contohnya, peristiwa Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh penjajah British memberi pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu mudah mempercayai orang asing. Penjajah digambarkan dengan licik dan jahat pada masa itu kerana sanggup menggunakan tipu muslihat atau taktik kotor untuk meluaskan kawasan jajahan mereka di tanah air kita. Generasi muda yang mempelajari sejarah dapat memperbaiki kesilapan masa lalu dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa mempelajari kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara.

v) ISI 4:MENGHARGAI BUDAYA, WARISAN, DAN TRADISI

Kepentingan generasi muda untuk mempelajari sejarah adalah supaya mereka menghargai budaya, warisan dan tradisi yang dimiliki oleh tanah air ini. Sebagai contoh, pasukan bola sepak negara pernah layak untuk beraksi di kejohanan Olimpik pada satu ketika dahulu. Pasukan tersebut yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India telah tercatat dalam sejarah sebagai pasukan terulung dalam arena bola sepak tanah air. Namun, sejak kebelakangan ini, timbul isu rasisme daripada penyokong terhadap pemain yang bermain di atas padang. Oleh itu, sekiranya generasi muda mempelajari sejarah, mereka akan bersikap terbuka dan toleransi serta berusaha menghidupkan budaya negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Selain itu, tradisi seperti pertunjukkan wayang kulit, permainan wau dan gasing perlu dipelajari oleh generasi muda. Ini kerana kalau bukan mereka yang akan memelihara tradisi tersebut, siapa yang akan melakukannya.

vi) PENUTUP

Tuntasnya, pelbagai kepentingan yang diperoleh apabila kita mempelajari sejarah. Setiap di antara kita memainkan peranan penting dalam memupuk minat generasi muda dalam mempelajari sejarah. Peribahasa Melayu ada menyatakan “bagai kacang lupakan kulit” perlu kita jauhi agar generasi muda terutamanya sedar mereka akan menggalas tanggungjawab dalam memacu negara ke tahap kemajuan yang lebih baik.

Dapatkan Buku Rujukan SPM: Wow Grafik SPM KSSM (Tingkatan 4 & 5) Edisi 2023 – Sasbadi di SINI.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!