Karangan Kitar Semula: Isi Penting & Contoh Karangan

Bagi karangan kitar semula, berikut merupakan isi penting dan contoh karangan.

Karangan mengenai tajuk ini merupakan antara tajuk yang popular dan sering ditanya di dalam peperiksaan.

Pengenalan

Ada banyak kebaikan menderma pakaian atau barangan yang tidak digunakan lagi seperti perabot, barang dapur dan mainan.

Barang yang kita sumbangkan akan digunakan oleh orang lain dan barang yang tidak boleh dipakai akan di kitar semula.

Selain menjaga alam sekitar dengan melaksanakan teknik 3R, kita juga boleh membantu orang yang memerlukan.

Tahukah anda Trash to Cash merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk menyemarakkan lagi semangat kitar semula seterusnya menjana pendapatan tambahan melalui amalan ini.

Isi Penting Karangan Kitar Semula

1. Menangani Masalah Kekurangan Tapak Pelupusan Sampah

  • Negara dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.
  • Kuantiti sampah di Malaysia semakin meningkat.
  • Rakyat Malaysia membuang sebanyak 36,699 tan sampah setiap hari.
  • Setiap rakyat Malaysia membuang sebanyak 1.17kg sisa pepejal secara purata.

2. Memberikan Keuntungan

  • Kebanyakan penduduk berpendapatan rendah boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada bahan yang tidak lagi digunakan.
  • Contoh, surat khabar boleh diinovasikan sebagai sebuah bakul yang cantik dan menarik.
  • Kraf tangan lain juga boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama.
  • Boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

3. Mengurangkan Masalah Kesan Rumah Hijau

  • Penghasilan barang barang danpada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang barang baharu daripada barang terbuang.
  • Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida, sulphur oksida, dan metana marupakan punca kesan rumah hijau.
  • Menjurus kepada masalah pemanasan global.

4. Mengurangkan Bahan Mentah Baharu

  • Kebanyakan bahan mentah diperoleh danpada sumber hutan.
  • Kertas diperbuat danpada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah.
  • Negara bakal ketandusan sumber hutan jika bahan mentah baharu sentiasa digunakan.
  • Mengakibatkan habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan besar akan pupus. Haiwan-haiwan tersebut juga boleh membahayakan nyawa manusia kerana mereka akan berkeharan di kawasan kediaman manusia untuk mencan makanan.

Contoh Karangan Kitar Semula

i) PENDAHULUAN

Kitar semula ialah proses menghasilkan sesuatu produk yang baru atau boleh dikategorikan sebagai inovasi, hasil danpada bahan-bahan yang tidak lagi digunakan, Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah tin kosong, plastik, kertas, dan tayar-tayar lama. Bagi menggalakkan rakyat mengamalkan kitar semula, pelbagat program telah diaturkan untuk membuka mata masyarakat tentang kebalkan kitar semula. Malangnya, program-program sebegini kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.

ii) ISI 1: MENANGANI MASALAH KEKURANGAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Banyak kebaikan yang bakal diperoleh menerusi amalan kitar semula. Kitar semula dapat menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah di negara kita. Negara kita kini dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Ini kerana, saban hari kuantiti sampah di Malaysia semakin meningkat. Menurut kajian, rakyat Malaysia membuang sebanyak 36,699 tan sampah setiap hari. Ini bermakna, setiap rakyat Malaysia membuang sebanyak 1.17kg sisa pepejal secara purata. Jika ini tidak ditangani, tidak mustahil kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan pusat pelupusan sampah suatu hari nanti.

iii) ISI 2: MEMBERIKAN KEUNTUNGAN

Selain itu, amalan kitar semula juga boleh memberikan keuntungan kepada orang ramai. Kebanyakan penduduk berpendapatan rendah boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada bahan yang tidak lagi digunakan. Sebagai contoh, surat khabar boleh diinovasikan sebagai sebuah bakul yang cantik dan menarik. Berbagai-bagai kraf tangan lain juga boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan. Ini sekaligus dapat menambah pendapatan mereka menerusi produk-produk tersebut.

iv) ISI 3: MENGURANGKAN MASALAH KESAN RUMAH HIJAU

Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui amalan kitar semula. Menurut kajian, penghasilan barang barang danpada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang barang baharu daripada barang terbuang. Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida, sulphur oksida, dan metana marupakan punca kesan rumah hijau sekaligus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.

v) ISI 4: MENGURANGKAN BAHAN MENTAH BAHARU

Seterusnya kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu. Kebanyakan bahan mentah diperoleh danpada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat danpada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal ketandusan sumber hutan. Ini mengakibatkan habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan besar akan pupus. Haiwan-haiwan tersebut juga boleh membahayakan nyawa manusia kerana mereka akan berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.

vi) PENUTUP

Tuntasnya, amalan kitar semula membawa begitu banyak kebaikan kepada manusia haiwan dan alam sekitar. Semua pihak harus bekerjasama bagi menjayakan amalan kitar semula yang telah terbukti memberikan banyak kebaikan kepada kita semua. Amalan ini penting bagi kelestarian generasi akan datang.

Dapat buku mengenai Kitar Semula di SINI.

Bantu kami share artikel ini: