Kembara Mahkota Johor 2023 – Senarai Program & Laluan

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 bermula pada hari ini sehingga 8 Ogos, setelah 3 tahun tidak dijalankan susulan pandemik Covid-19.

Dalam beberapa hari ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Keluarga Diraja Johor akan turun ke kesemuanya 10 daerah di Johor untuk menyantuni Bangsa Johor.

Pengenalan Kembara Mahkota Johor 2023

Buat julung kalinya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memimpin Jelajah Kembara Mahkota Johor 2023 yang juga merupakan edisi ke-23.

Kali terakhir, Kembara Mahkota Johor 2023 dilangsungkan adalah pada 2019 sebelum terhenti akibat covid-19.

Objektif program ini adalah untuk merapaktkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor, selain merapatkan hubungan antara kaum di negeri Johor.

Konvoi Diraja yang diketuai oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim akan menjelajah di 10 daerah seluruh negeri Johor selama 4 hari bermula pada 5 hingga 8 Ogos 2023.

Raikan dan alami kemeriahannya dengan pelbagai pengisian acara-acara menarik yang dibawakan khas oleh Kerajaan Negeri Johor.

Nantikan keberangkatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim bersama rombongan Kembara Mahkota Johor 2023.

Sumber: Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 

Jadual Program & Senarai Laluan

Jelajah kali ini merentasi 10 daerah negeri ini melibatkan jarak perjalanan kira-kira 879 kilometer.

Kulim Eco Trail Retreat di Ulu Tiram, Johor Bahru menjadi lokasi pertama ketibaan kumpulan konvoi Keluarga Diraja Johor itu.

Berikut adalah tentatif program dan laluan KMJ 2023:

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023
KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023
KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023

FAKTA MENARIK

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Kembara Mahkota Johor (KMJ), antaranya:-

  • Diilhamkan oleh DYMM Sultan Ibrahim sejak tahun 2001 ketika menjadi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (DYAM TMJ);
  • KMJ ini bermatlamatkan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini;
  • Mendekatkan institusi istana dengan rakyat disamping menjadi program amal bagi membantu golongan kurang bernasib baik;
  • Seluruh Keluarga DiRaja Johor akan terlibat dalam program mesra rakyat ini;
  • Turut disertai Menteri Besar dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, bagi melaksanakan pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan konvoi di semua 10 daerah di negeri Johor (RUJUK LAMPIRAN ATURCARA)
Sumber: MBJB

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!