Tawaran Kemasukan PERDA-TECH Ambilan Julai 2022 Bagi Peringkat Sijil dan Diploma

Tawaran Kemasukan PERDA-TECH Ambilan Julai 2022 Bagi Peringkat Sijil dan Diploma ~ Sukacita dimaklumkan tawaran kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) kini dibuka untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

PERDA-TECH merupakan institusi di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang bertempat di Bukit Panchor, Nibong Tebal menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat Sijil dan Diploma.

Untuk makluman anda, institusi ini telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Baca Juga : Tawaran Kemasukan Ke Kolej Yayasan Felda Ambilan Mei & Jun 2022 Untuk Lepasan SPM

Tarik Tutup Permohonan

Calon yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian sebelum 30 Jun 2022.

Kemudahan Yang Disediakan di Institut PERDA-TECH

Kemudahan yang disediakan di Institut PERDA-TECH ini untuk pelajar adalah seperti berikut:

  • Yuran pengajian adalah PERCUMA (ditanggung oleh Kerajaan)
  • Elaun sara diri – RM250.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (kecuali peringkat diploma)
  • Penginapan & pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma)

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian di institut ini adalah seperti berikut:

i) Peringkat Diploma

  • Diploma Multimedia Kreatif (DCP)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk (DPD)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU (DPM)
  • Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DAT)
  • Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan) (DKK)

ii) Peringkat Sijil

  • Sijil Teknologi Elektrik (CEE)
  • Sijil Teknologi Kimpalan (CWE)
  • Sijil Teknologi Automotif (CAT)
  • Sijil Seni Reka Pakaian (CAD)
  • Sijil Multimedia Kreatif (CCM)
  • Sijil Kejuruteraan Pertanian (CAE)
  • Sijil Kejuruteraan Mekanikal (CME)
  • Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (SWE)
  • Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif) (SAT)
  • Sijil Kemahiran Khas Jahitan dan Potongan Baju (SFD)
  • Sijil Kemahiran Khas Elektrik (SEE)
PERDA-TECH

Syarat Am

Syarat am untuk kemasukan ke institut ini adalah seperti berikut:

  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Memiliki SPM atau setaraf.
  • Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Lulus sejarah (bagi SPM 2013 dan ke atas).
  • Berumur tidak kurang 18 tahun.
  • Tidak mengalami masalah rabun warna.
  • Mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi 3 kaedah iaitu:

  1. Laman Web : https://www.perda-tech.edu.my/
  2. Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar PERDA-TECH: http://intake.perda-tech.edu.my
  3. Google form: http://tiny.cc/PermohonanSesiJulai-2022.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke PERDA-TECH, sila hubungi di talian 04-599 1100/011-5675 0438.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!