Tawaran Kemasukan Ke Kolej Yayasan Felda Ambilan Mei & Jun 2022 Untuk Lepasan SPM

Sukacita dimaklumkan bahawa pengambilan pelajar baharu untuk kemasukan ke Kolej Yayasan Felda ambilan Mei & Jun 2022 kini dibuka.

Peluang ini terbuka kepada warga Felda dan bukan Felda yang berkelayakan untuk ikuti pengajian peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat Diploma.

Kursus dalam pelbagai bidang dan kemahiran ditawarkan di Kolej Yayasan Felda bagi pelajar yang berminat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kolej ini dan cara membuat permohonan.

Apakah Yayasan Felda?

Yayasan Felda ditubuhkan untuk memberi peluang kepada warga felda dan juga bukan warga felda yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat diploma.

Peluang keemasan ini dibuka kepada pelajar yang berminat dalam mempelajari kemahiran dan akan diajar dalam bidang seperti Masakan, Pastry, Catering, Pengurusan Pengacaraan, Jahitan, Pengursan Pejabat dan Kursus Kesihatan.

Yayasan felda juga mempunyai 3 buah kolej yang terletak di Kolej Yayasan Felda Pahang, Felda Wilayah Mempaga, Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan, Felda Wilayah Raja Alias .

Kolej_Yayasan_Felda Perak, Felda Wilayah Trolak adalah bagi pelajar yang mengikuti Kursus intensif Bahasa inggeris bertujuan meningkatkan tahap Bahasa inggeris para pelajar lepasan sekolah untuk persediaan di peringkat lebih tinggi.

Lokasi Kolej Yayasan Felda

Untuk makluman, Yayasan Felda mempunyai institut pengajian yang terletak di lokasi berikut :

  • Yayasan Felda Pahang, Felda Wilayah Mempaga
  • Yayasan Felda Negeri Sembilan, Felda Wilayah Raja Alias
  • Yayasan Felda Perak, Felda Wilayah Trolak

Baca Juga : Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti 2022

Program Yang Ditawarkan

Antara program pengajian yang ditawarkan di Kolej_Yayasan Felda berdasarkan lokasi adalah seperti berikut :

Kolej Yayasan Felda Pahang

Kolej ini menawarkan sembilan (9) kursus kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia iaitu :

  • Diploma – Perkhidmatan Penyediaan dan Pembuatan Makanan
  • Diploma –  Pengurusan Bahagian Makanan dan Minuman
  • Sijil – Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Tahap 2 dan 3)
  • Sijil – Operasi Servis Makanan dan Minuman (Tahap 2 dan 3)
  • Sijil – Pembuatan Pastri (Tahap 2 & 3)
  • Sijil – Koordinasi Pengurusan Acara

Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan

Kolej ini menawarkan lapan (8) kursus kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, dan Kursus Intensif Bahasa Inggeris dengan kerjasama City & Guilds, UK.

  • Diploma – Pentadbiran Fesyen dan Pakaian
  • Diploma – Pengurusan Pentadbiran
  • Sijil – Pembuatan Pakaian Wanita (Tahap 2 &3)
  • Sijil – Pembantu Dialisis (Tahap 1 dan 2)
  • Sijil – Pengurusan Pejabat (Tahap 2 dan 3)
  • Sijil – Penyeliaan dan Jahitan Pakaian Lelaki (Tahap 3)
  • Sijil – Penyeliaan Pembantu Dialisis (Tahap 3)

Kolej Yayasan Felda Perak

Kolej Yayasan_Felda_Perak, Felda Wilayah Trolak menempatkan pelajar yang ingin mengikuti Kursus Insentif Bahasa Inggeris untuk tingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris buat para pelajar lepasan sekolah untuk persediaan di peringkat lebih tinggi.

Kemasukan Ke Kolej Yayasan Felda

Cara Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon untuk lanjutkan pengajian di Kolej Yayasan_Felda dengan mengikuti program Sijil atau Diploma yang ditawarkan boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut : https://kyf.yayasanfelda.org/

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai kemasukan pelajar ke Kolej Yayasan_Felda, sila layari laman web rasmi Yayasan_Felda di pautan https://kyf.yayasanfelda.org/

Anda juga boleh hubungi Yayasan Felda di talian 03-2693 4224 atau emelkan ke alamat [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!