Kemaskini Tarikh Lahir Di MySejahtera Untuk Status Vaksinasi Lengkap

Sudahkah anda mengemaskini tarikh lahir anda di profil MySejahtera?

Pihak MySejahtera telah mengeluarkan notis makluman bertarikh 1 April 2022 untuk mengingatkan pengguna agar mengambil tindakan mengemaskini tarikh lahir anda di aplikasi berkenaan.

Menurut notis itu, kegagalan mengemaskini tarikh lahir ini boleh menyebabkan status vaksinasi akan ditukarkan kepada tidak lengkap vaksinasi atau tidak divaksinasi.

tarikh lahir mysejahtera

Pihak MySejahtera juga turut mengingatkan pengguna untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera dalam boleh menggunakan ciri-ciri terbaru pada aplikasi berkenaan.

Salah seorang pengguna media sosial menunjukkan bagaimana sijil vaksin anaknya bertukar kepada ‘Partially Vaccinated’ sedangkan sudah lengkap mendapat 2 dos vaksin.

Namun setelah mengemaskini tarikh lahir, barulah statusnya bertukar kepada ‘Fully Vaccinated’ semula.

Jadi, siapa yang belum kemaskini, boleh ikut langkah yang ditunjukkan di bawah ini.

Cara Kemaskini Tarikh Lahir Di MySejahtera

Anda boleh mengemaskini tarikh lahir anda pada aplikasi berkenaan dengan cara berikut:

  1. Pergi ke halaman “Profil”
  2. Tekan pada ikon menu di penjuru atas kanan
  3. Pilih “Butiran Peribadi Saya”
  4. Kemaskini tarikh lahir anda di ruangan yang disediakan

Ingat, status vaksinasi lengkap anda tidak akan terpapar di profil MySejahtera sekiranya anda tidak kemas kini maklumat ini.

Jangan lupa, sila kemas kini maklumat tarikh lahir anda dengan segera ya!

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk

ARTIKEL BERKAITAN

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!