Diskaun KTM 30% Mulai 15 April – Terma & Syarat

diskaun ktm
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Diskaun KTM sebanyak 30% boleh dinikmati melalui pembelian tiket ETS untuk semua sektor serta Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral – Tumpat – JB Sentral bermula 15 April 2026 sehingga 30 April 2026.

Dapatkan tiket di aplikasi KITS Style atau di https://bit.ly/47J3W1w dan semua medium pembelian tiket KTMB dan masukkan kod promo.

Diskaun ini sah untuk tempoh perjalanan 15 April 2026 hingga 14 Oktober 2026 (ETS), 15 April 2026 sehingga 30 Jun 2026 (ERT), pada Isnin hingga Khamis sahaja serta tidak termasuk cuti sekolah & cuti umum.

Rujuk info penuh diskaun KTM 30%, cara pembelian tiket dan terma & syarat.

Ringkasan Diskaun KTM 30% Bermula 15 April
KategoriButiran Tawaran
PromosiDiskaun 30% KTMB (Kod: MADANI30)
Jenis TrenETS (Semua Sektor) & ERT (Laluan JB Sentral – Tumpat)
Tarikh PerjalananETS: 15 April – 14 Okt 2026
ERT: 15 April – 30 Jun 2026
Hari LayakIsnin hingga Khamis (Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum)
Cara BeliAplikasi KITS Style & Semua Platform Rasmi KTMB

    Diskaun KTM 30% Tiket ETS, ERT bermula 15 April

    Kementerian Pengangkutan dan KTMB mengumumkan diskaun 30% bagi pembelian tiket ETS untuk semua sektor serta Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral – Tumpat – JB Sentral.

    Inisiatif bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ini bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan rel dan melibatkan perkhidmatan ETS dan tren Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral–Tumpat–JB Sentral.

    Maklumat Diskaun 30% Tiket KTM:

    • Tempoh pembelian: 15 April 2026, bermula jam 12.00 tengah hari
    • Tempoh perjalanan:
      • ETS bagi tarikh perjalanan bermula 15 April 2026 hingga 14 Oktober 2026
      • Ekspres Rakyat Timuran bagi tarikh perjalanan bermula 15 April 2026 sehingga 30 Jun 2026 sahaja.
    • Hari perjalanan yang layak: Setiap Isnin hingga Khamis
    • Kod promo: MADANI30

    Untuk makluman, diskaun ini TIDAK terpakai bagi:

    • Promosi ini tidak terpakai semasa musim cuti sekolah dan cuti umum.
    • Tiket Kelas Perniagaan tren ETS
    • Kelas 1 dan Kelas Tempat Tidur bagi perkhidmatan ERT
    • Pemegang tiket konsesi

    Tarikh Pembelian Tiket Diskaun KTM

    Tarikh pembelian untuk mendapatkan tiket diskaun KTM adalah bermula 15 April 2026 (Rabu), pukul 12 tengahari sehingga 30 April 2026 (Khamis).

    Pastikan anda beli tiket dalam tempoh ini untuk melayakkan anda mendapat diskaun 30%.

    Tempoh Perjalanan

    Untuk tempoh perjalanan, diskaun 30% ini boleh dinikmati bagi perjalanan bertarikh:

    • ETS bagi tarikh perjalanan bermula 15 April 2026 hingga 14 Oktober 2026
    • Ekspres Rakyat Timuran bagi tarikh perjalanan bermula 15 April 2026 sehingga 30 Jun 2026 sahaja.

    Hari perjalanan yang layak pula ialah Isnin hingga Khamis sahaja.

    Ini bermaksud, jika anda membeli tiket KTM dalam tempoh 15 April hingga 14 Oktober tetapi memilih perjalanan pada Jumaat, Sabtu atau Ahad, anda tidak layak untuk menikmati diskaun 30% tersebut.

    Kod Promo

    Kod promo yang perlu dimasukkan ialah MADANI30.

    Masukkan kod promo MADANI30 sebelum membuat pembayaran untuk menikmati diskaun 30% tiket KTM yang layak.

    Laluan Yang Layak Untuk Diskaun KTM 30%

    Diskaun KTM 30% ini terpakai untuk semua laluan ETS di bawah KTMB serta laluan JB Sentral ⇄ Tumpat bagi perkhidmatan ERT.

    Penumpang yang membeli tiket ETS di mana-mana sektor yang ditawarkan KTMB boleh menikmati potongan harga ini, asalkan perjalanan dibuat dalam tempoh dan hari yang layak.

    Bagi laluan JB Sentral–Tumpat pula, diskaun ini turut boleh digunakan untuk perjalanan ERT yang ditetapkan, tertakluk kepada terma dan syarat promosi.

    Cara Dapatkan Diskaun KTM (JB Sentral ⇄ Tumpat)

    Untuk dapatkan diskaun KTM 30% bagi laluan JB Sentral ⇄ Tumpat, anda perlu beli tiket menggunakan kod promosi yang diumumkan KTMB dalam tempoh jualan 15 hingga 30 April 2026, untuk perjalanan 15 April hingga 14 Oktober 2026.

    Promosi ini melibatkan ERT JB Sentral–Tumpat–JB Sentral dan juga tiket ETS bagi semua sektor.

    Caranya mudah sahaja, rujuk langkah-langkah di bawah:

    1. Buka aplikasi KITS Style, laman tempahan online.ktmb.com.my, atau medium pembelian tiket KTMB yang lain.
    2. Pilih laluan JB Sentral ⇄ Tumpat dan tarikh perjalanan yang layak, pastikan pilih hari Isnin hingga Khamis.
    3. Masukkan kod promo sebelum pembayaran, kemudian semak harga yang sudah dipotong 30%.
    4. Selesaikan pembayaran seperti biasa.

    Terma & Syarat

    1. Diskaun ini untuk perjalanan sehala atau dua hala untuk perkhidmatan seperti berikut:
      • ETS bagi tarikh perjalanan bermula 15 April 2026 hingga 14 Oktober 2026
      • Ekspres Rakyat Timuran bagi tarikh perjalanan bermula 15 April 2026 sehingga 30 Jun 2026 sahaja.
    2. Tempoh pembelian mulai 15 April 2026 hingga 30 April 2026.
    3. Diskaun ini hanya untuk perkhidmatan ETS (kecuali Kelas Perniagaan) dan Ekspres Rakyat Timuran (kecuali Tempat Duduk Kelas 1 dan Tempat Tidur Kelas 2) serta tertakluk kepada kekosongan tempat duduk.
    4. Diskaun ini layak bagi perjalanan pada hari Isnin hingga Khamis, tidak layak bagi perjalanan musim cuti persekolahan dan cuti kelepasan am.
    5. Diskaun ini hanya layak bagi warganegara Malaysia dan pembelian tiket untuk seorang sahaja berdasarkan kad pengenalan masing-masing.
    6. Diskaun ini hanya layak bagi pembelian tiket yang berharga RM10.00 dan ke atas bagi setiap satu tiket.
    7. Diskaun ini diberikan hanya bagi kategori dewasa sahaja dan diskaun 30% daripada jumlah tambang penuh tiket.
    8. Diskaun ini boleh digunakan bagi pembelian tiket di laman sesawang rasmi KTMB, aplikasi KITS Style, aplikasi KTMB Mobile dan Mesin Kios (TVM) sahaja.
    9. Diskaun ini TIDAK LAYAK bagi tren-tren perkhidmatan Shuttle Timuran, Shuttle Tebrau, KTM Komuter Lembah Klang & KTM Komuter Utara.
    10. Tiada pembatalan tiket bagi pembelian menggunakan kod promo ini.
    11. Diskaun ini TIDAK LAYAK bagi SEMUA TIKET KONSESI (warga mas, i-card Pelajar, OKU, Pesara dan lain-lain). KTMB berhak untuk menukar, meminda atau mengubah syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
    12. Diskaun ini tertakluk kepada peruntukan yang telah disediakan. Jika peruntukan kod promo habis sebelum tempoh tamat tawaran KTMB berhak menukar atau menambah kod promo.

    Maklumat Lanjut

    Layari www.ktmb.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi KTMB untuk maklumat lanjut.

    Soalan Lazim Diskaun KTM

    Apakah promosi Diskaun KTM 30% ini?

    Promosi ini ialah tawaran potongan harga 30% untuk pembelian tiket ETS bagi semua sektor serta laluan ERT JB Sentral ⇄ Tumpat. Ia diperkenalkan oleh KTMB sebagai inisiatif tambang lebih jimat untuk penumpang.

    Laluan mana yang layak untuk diskaun ini?

    Diskaun ini layak untuk semua laluan ETS dan juga laluan JB Sentral–Tumpat–JB Sentral bagi perkhidmatan ERT.

    Bila tempoh perjalanan yang layak?

    Tempoh perjalanan yang layak ialah ETS bagi tarikh perjalanan bermula 15 April 2026 hingga 14 Oktober 2026, Ekspres Rakyat Timuran bagi tarikh perjalanan bermula 15 April 2026 sehingga 30 Jun 2026 sahaja. Namun, perjalanan mestilah dibuat pada Isnin hingga Khamis sahaja.

    Boleh guna semasa cuti sekolah atau cuti umum?

    Tidak boleh. Promosi ini tidak terpakai pada cuti sekolah dan cuti umum.

    Apa kod promo yang perlu dimasukkan?

    Kod promo yang perlu dimasukkan ialah MADANI30 sebelum pembayaran dibuat.

    Adakah semua jenis tiket layak?

    Tidak. Promosi ini tidak meliputi beberapa kategori tertentu seperti ETS Business Class, ERT Kelas 1, ERT Sleeper Class, dan tiket konsesi.

    Bila promosi ini boleh dibeli?

    Pembelian tiket KTM promosi ini dibuka mulai 15 April 2026 sehingga 30 April 2026 sahaja.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut