Apa Kelebihan OKU Disediakan JKM? – Semak Senarai Bantuan Ini

kelebihan OKU
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kelebihan OKU yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merangkumi pelbagai hak istimewa, bantuan kewangan dan alat perubatan, pendidikan, kemudahan fasiliti dan sebagainya.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai bentuk bantuan bagi menyokong keperluan OKU.

Jadi, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga ataupun kenalan OKU yang berdafttar di bawah JKM, semak senarai bantuan OKU yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah.

Siapakah yang Dikategorikan Sebagai OKU di Malaysia?

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) didefinisikan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) sebagai individu yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria di mana kekurangan tersebut boleh menghalang daripada penyertaan penuh dan efektif dalam masyarakat secara setara dengan orang lain.

Kategori OKU

Di Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membahagikan golongan OKU kepada 7 kategori rasmi bagi tujuan pendaftaran dan penyaluran bantuan iaitu:

1. Kurang Upaya Fizikal

  • Kehilangan atau kecacatan anggota badan
  • Kelemahan otot atau sendi
  • Tidak boleh berjalan atau memerlukan bantuan alat sokongan (kerusi roda, tongkat dan sebagainya)
  • Contoh: amputasi, cerebral palsy (CP)

2. Kurang Upaya Pembelajaran

  • Gangguan dalam keupayaan belajar yang melibatkan kognitif, akademik atau fungsi adaptif
  • Biasanya dikenalpasti pada usia kanak-kanak
  • Contoh:
    • Disleksia
    • Autisme (ASD)
    • Down Syndrome
    • Global Developmental Delay (GDD)
    • Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

3. Kurang Upaya Pendengaran

  • Kehilangan keupayaan untuk mendengar sama ada secara separa atau keseluruhan
  • Perlu alat bantu pendengaran atau komunikasi alternatif seperti bahasa isyarat

4. Kurang Upaya Penglihatan

  • Buta atau penglihatan terhad walaupun selepas rawatan
  • Contoh: buta sepenuhnya, rabun teruk (low vision), retinitis pigmentosa

5. Kurang Upaya Pertuturan

  • Masalah dalam penghasilan bunyi, artikulasi atau kefasihan pertuturan
  • Boleh berlaku akibat kerosakan neurologi atau struktur otot mulut
  • Contoh: gagap teruk, masalah sebutan, tiada pertuturan langsung

6. Kurang Upaya Mental

  • Gangguan mental yang menjejaskan pemikiran, emosi dan tingkah laku
  • Perlu disahkan oleh pakar psikiatri kerajaan
  • Contoh: skizofrenia, bipolar, kemurungan teruk

7. Kurang Upaya Pelbagai

  • Individu yang mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dalam masa yang sama
  • Contoh: OKU penglihatan dan fizikal, OKU pembelajaran dan pertuturan

Pendaftaran OKU

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela.

Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.

Objektif:

  1. Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan.
  2. Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
  3. Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

    Macam Mana Cara Nak Daftar Sebagai OKU (Orang Kurang Upaya) JKM?

    Untuk menjadi OKU berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, anda boleh rujuk prosedur di bawah.

    Syarat Kelayakan

    Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan berikut:

    • Warganegara Malaysia
    • Telah disahkan oleh pakar perubatan/pegawai perubatan Kerajaan atau pakar perubatan/pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) / Malaysia Medical Council (MMC).
    • *Bagi OKU jelas (kudung tangan/kaki, kudung ibu jari tangan/kaki atau kehilangan mana-mana 2 jari tangan/kaki) boleh disahkan oleh Penolong Pendaftar di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.

        Dokumen Diperlukan

        • Borang Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat
        • Borang Permohonan Pendaftaran OKU – BPPOKU (Pindaan 2019)
        • Salinan MyKad / MyKid / Surat beranak
        • Salinan Kad OKU lama (bagi kes pendaftaran semula)
        • Sekeping gambar berukuran pasport bagi pemegang MyKid dan surat beranak
        • Laporan perubatan yang berasingan (jika berkenaan)

        Cara memohon Menjadi OKU Berdaftar JKM

        Anda boleh membuat pendaftaran OKU secara manual dengan menyerahkan dokumen BPPOKU (Pindaan 2/2019) di kaunter JKM berdekatan anda untuk proses pendaftaran.

        Atau. layari portal MyDaftarOKU. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan.

        CARTA ALIRAN: PERMOHONAN PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

        PERANANPROSES
        PelangganLengkapkan borang permohonan dan dokumen
        Petugas kaunterSerah borang permohonan dan dokumen di kaunter PKMD/B/J
        Petugas kaunterTerima dan semak borang permohonan dan dokumen (Jika Tidak Lengkap → Pulang semula kepada Pelanggan)
        Penolong pendaftaran /pekerja kesLengkap → Daftar permohonan
        Penolong pendaftaran /pekerja kesSerah surat penerima permohonan
        Penolong pendaftaranMembuat Syor
        PendaftarMembuat keputusan (Jika Tidak Diluluskan → Maklum keputusan kepada Pelanggan)
        Penolong pendaftaran /pekerja kesLulus → Kad dicetak
        Penolong pendaftaranPemakluman keputusan
        PelangganKutipan kad OKU

        Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM

        Maklumat tambahan:

        • Permohonan pendaftaran OKU hanya kepada warga negara Malaysia sahaja
        • Bagi permohonan OKU jelas (kudung tangan/kaki, tiada ibu jari tangan/kaki, tiada mana-mana dua jari tangan/kaki) tuan/puan perlu memuatnaik gambar menunjukkan ketidakupayaan atau hadir terus ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan untuk mendapatkan pengesahan ketidakupayaan.
        • Bagi permohonan OKU tidak jelas (selain daripada yang dinyatakan di atas)
          • Sila cetak borang
          • Tuan/puan perlu hadir ke fasiliti kesihatan (klinik/hospital kerajaan/swasta) terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan ketidakupayaan dan menyerahkan borang yang telah lengkap ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan.

        Kad OKU

        Pemohon akan menerima Kad OKU yang menunjukkan kategori ketidakupayaan. Kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan kemudahan dan keistimewaan khusus kepada OKU.

        Apa Kelebihan OKU Berdaftar di Bawah JKM?

        Terdapat banyak kelebihan untuk OKU yang berdaftar di bawah JKM, antaranya ialah:

        1. Peluang Pemulihan/Latihan di Institusi Pemulihan/Latihan, Bantuan Kewangan, Alat Sokongan dan Khidmat Kaunseling JKM
        2. Pengurangan Kadar Lesen Kenderaan Motor Tanpa Ubahsuai dan Ubahsuai
        3. Kemudahan Pengurangan Tambang Pengangkutan Awam
        4. Program Pendidikan Nasional, Bantuan Kewangan Pelajar OKU di Sekolah
        5. Bantuan Kewangan Pelajar OKU di IPT
        6. Saluran khas bagi pengambilan OKU di IPTA
        7. Pengecualian Bayaran dan Pembaharuan Daftar Syarikat
        8. Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan
        9. Pengecualian Bayaran Membuat MyKad, Carian Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian
        10. Pengecualian Duti Import Alat Ganti Alat Tiruan /Sokongan dan Pengecualian 100% Duti Eksais Kenderaan OKU
        11. Pencen Terbitan Seumur Hidup kepada Anak OKU dan Waktu Bekerja Anjal
        12. Hadiah Sukan Negara bagi Atlit Paralimpik
        13. Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan (Pasport)
        14. Produk Perlindungan Takaful – Agro Nurani
        15. Pelan Insurans Hayat – Allianz Ability Life

        Senarai Bantuan & Kelebihan OKU – JKM

        Sekiranya mana-mana individu yang termasuk dalam kategori OKU yang dinyatakan di atas, anda boleh memohon pelbagai jenis bantuan yang disediakan seperti berikut (sekiranya menepati syarat kelayakan):

        1. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

        Elaun sebanyak RM450 sebulan untuk OKU yang bekerja.

        • Syarat kelayakan:
          • Warganegara Malaysia
          • Berumur 16 tahun ke atas
          • Telah berdaftar dengan JKM sebagai Orang Kurang Upaya (OKU)
          • Bekerja tetap atau sendiri, dengan pendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan
          • Tidak tinggal di institusi/pusat jagaan kebajikan JKM
        Sumber: MyGovernment

        2. Bantuan OKU Tidak Berupaya

        Bantuan sebanyak RM300 sebulan (dibayar secara bulanan) untuk OKU yang tidak bekerja atau tidak berupaya.

        • Syarat kelayakan:
          • Warganegara Malaysia
          • Berumur 16-59 tahun 
          • Berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
            Tidak berupaya bekerja sepenuh masa dan disahkan melalui temu duga/penilaian JKM
          • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
          • Tidak tinggal di institusi di bawah kendalian JKM
        Sumber: MyGovernment

        3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT)

        Bantua sebanyak RM500 sebulan untuk OKU terlantar, pesakit kronik terlantar atau tidak terlantar.

        • Kelayakan permohonan
          • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
          • Kategori pemohon:
            • Penjaga kepada OKU/ pesakit kronik terlantar; atau 
            • Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan sekurang-kurangnya 3 bulan minimum; atau 
            • OKU/ pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaga bukan warganegara Malaysia, bantuan akan diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan 
          • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
        • Kadar bantuan
          • RM500 sebulan
          • Dibayar kepada penjaga yang sah dan disahkan oleh JKM

        4. Bantuan Modal Asas 2 Years Exit Programme (2YEP)

        Bantuan RM5,000 untuk OKU memulakan perniagaan

        5. Bantuan Alat Tiruan/Sokongan

        Bantuan bagi membeli alat tiruan/sokongan berdasarkan kadar sebenar alat dengan had maksimum RM20,000 sekaligus.

        Jenis alat sokongan/tiruan kepada OKU:

        • Kerusi roda manual/ elektrik: untuk OKU fizikal yang tidak boleh berjalan
        • Tongkat putih dan mesin braille: untuk OKU penglihatan dan masalah mobiliti
        • Kaki atau tangan palsu (prosthesis): alat ganti kehilangan anggota badan
        • Alat bantu pendengaran: untuk OKU pendengaran
        • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan alat tiruan/ alat sokongan kepada OKU dengan kadar mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

        Syarat:

        • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
        • Merupakan kumpulan sasar JKM
        • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
        • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta) atau pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan
        • Atau mana-mana kes yang berkeperluan adalah layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
        Sumber: MyGovernment

        6. Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)

        Kadar Elaun Pelatih Orang Kurang Upaya (OKU) bagi yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah sebanyak RM300 sebulan.

        Syarat pendaftaran :

        • Pemegang kad OKU.
        • Berumur 3 tahun dan ke atas.
        • Belum menerima apa-apa jenis bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

        (Sumber: Ppdk Seri Intan)

        7. Perkhidmatan Jagaan, Pemulihan dan Latihan kepada OKU di 10 Institusi

        Perkhidmatan jagaan, pemulihan, dan latihan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilaksanakan secara komprehensif melalui 10 buah institusi kebajikan khusus di seluruh negara.

        Institusi-institusi ini ditubuhkan untuk memberi perlindungan kepada OKU yang tiada penjaga, memberikan rehabilitasi perubatan, serta melatih mereka dengan kemahiran vokasional agar dapat hidup berdikari.

        10 institusi tersebut ialah:

        • Taman Sinar Harapan (7)
        • Bengkel Terlindung (2)
        • Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1)

        8. Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-kanak Autisme

        Inisiatif Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme (SYPA) di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan kewangan secara one-off (sekali beri) sebanyak RM1,000 bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat yang memberikan perkhidmatan terapi atau Program Intervensi Awal (EIP).

        9. Taska OKU

        JKM menyediakan Taska OKU untuk pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak OKU. Setakat ini terdapat 11 taska OKU di seluruh negara.

        • Syarat kemasukan:
          • Warganegara Malaysia
          • OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
          • Berumur 4 tahun dan ke bawah

        Senarai Taska OKU adalah seperti berikut:

        TASKAKATEGORI OKULOKASIPENGENDALI
        TASKA ANISD
        (Anak Istimewa Sindrom Down)
        Sindrom DownPresint 11, PutrajayaPersatuan Taska Anak Istimewa Sindrom Down
        TASKA Mesra Cheshire Kota KinabaluFizikalKota Kinabalu, SabahPersatuan Rumah Dan Perkhidmatan Cheshire Sabah
        TASKA Semangat MajuPembelajaranIpoh, PerakPersatuan Untuk Insan Bermasalah Intelek Perak
        TASKA Autisme SibuAutismeSibu, SarawakPersatuan Autisme Sibu
        TASKA Istika JayaPendengaranPuchong Jaya, SelangorPersekutuan Orang Pekak Malaysia
        Little Leaders Childcare CentrePembelajaranShah Alam, SelangorPersatuan Taska Tadika dan Pusat Jagaan Negeri Selangor
        Taska Mesra Cheshire SandakanPembelajaranSandakan, SabahPersatuan Rumah Dan Perkhidmatan Cheshire Sabah
        Taska Istimewa (OKU) Rumah Amal KulimPembelajaranKulim, KedahRumah Amal Kulim
        Taska Ikhlas (OKU)PembelajaranAyer Keroh, MelakaPersatuan Insan Berkeperluan Khas
        Taska OKU AuliyaPembelajaranKubang Kerian, KelantanPertubuhan Cakna Orang Kurang Upaya (OKU) Kelantan
        Taska OKU AuladPembelajaranKota Bharu, KelantanPersatuan Intervensi Awal dan Pendidikan Sindrom Down Kota Baru
        Sumber: MyGovernment

        10. Pusat Perkhidmatan Autisme PPA Bangi

        Pusat Perkhidmatan Autisme PPA Bangi ialah sebuah pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan saringan, intervensi, sokongan dan informasi berkaitan autisme.

        11. Perkhidmatan Job Coach

        Perkhidmatan Job Coach menyediakan sokongan pekerjaan kepada OKU dalam memastikan pekerja OKU kekal berada di pasaran pekerjaan terbuka.

        Siapakah Job Coach?

        • Individu berpengalaman dalam memberi sokongan kepada OKU
        • Telah menghadiri kursus asas Job Coach
        • Menjadi penghubung antara OKU dan majikan

        Antara peranan Job Coach:

        • Menilai OKU
        • Menilai tempat kerja
        • Pemadanan kerja (job matching)
        • Sokongan dan tindakan susulan

        Lokasi perkhidmatan Job Coach:

        • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
        • Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi
        • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)

        12. Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC)

        Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC) merupakan pusat yang menawarkan perkhidmatan asas untuk memperkasakan OKU serta persediaan untuk memulakan kehidupan berdikari. 

        Antara perkhidmatan ILC:

        • Pembantu peribadi
        • Kaunseling rakan sebaya
        • Program hidup berdikari 
        • Perkhidmatan sokongan, informasi dan advokasi
        ILCLOKASIPENGENDALI
        ILC@PLPPBangiPertubuhan Peduli OKU Selangor.
        ILC MILADPetaling JayaPertubuhan Malaysian Independent Living Association For Disabled (MILAD)
        ILC RawangRawangPertubuhan Independent Living & Training Centre (ILTC)
        ILC Chesire SabahKota KinabaluPersatuan Rumah Dan Perkhidmatan Cheshire
        ILC SSCIASibuPertubuhan Sibu Spinal Cord Injury Association
        ILC PermaiSintokPertubuhan Mahasiswa Istimewa (PERMAI) UUM
        ILC Sindrom Down JohorIskandar PuteriPersatuan Sindrom Down Negeri Johor

        Maklumat Lanjut

        Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan dan kelebihan OKU yang ditawarkan oleh JKM, sila rujuk:

        1. Portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
        2. Portal rasmi MyGovernment
        3. Portal rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

        JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
        Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

        • Tel: +603 8323 1656 / +603 8323 1658
        • Faks: +603 8323 2045
        • Facebook/Pages: JKMHQ
        • Twitter: @JKMHQ
        • Instagram: @jkmhq
        • Talian Kasih: 15999

        Soalan Lazim Kelebihan OKU

        Berapakah had umur untuk memohon Kad OKU?

        Tiada had umur. Permohonan terbuka kepada semua peringkat usia bermula daripada bayi yang telah mendapat diagnosis doktor sehinggalah golongan warga emas.

        Jika anak saya mendapat Kad OKU, adakah bantuan bulanan akan masuk secara automatik?

        Tidak automatik. Kelulusan Kad OKU hanyalah sebagai pengesahan status ketidakupayaan. Untuk menerima bantuan bulanan (seperti Elaun Pekerja OKU atau Bantuan OKU Tidak Bekerja), anda perlu membuat permohonan berasingan mengikut syarat kelayakan pendapatan yang ditetapkan oleh JKM.

        Adakah Kad OKU perlu diperbaharui setiap tahun?

        Tidak perlu. Kad OKU adalah sah seumur hidup.

        Bolehkah seorang OKU menerima lebih daripada satu bantuan bulanan JKM?

        Tidak boleh. Pada asasnya, prinsip skim bantuan bulanan persekutuan JKM menetapkan bahawa seorang penerima hanya layak menerima satu jenis bantuan utama sahaja pada satu-satu masa bagi mengelakkan pertindihan peruntukan.

        Adakah warga emas (60 tahun ke atas) yang terlantar layak menerima Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT)?

        Ya, dengan syarat mempunyai Kad OKU. Jika warga emas tersebut disahkan mengalami ketidakupayaan fizikal/mental oleh doktor dan memegang Kad OKU, penjaga mereka layak memohon BPT (RM500 sebulan).

        Apakah kriteria kelayakan untuk mendapatkan perkhidmatan Job Coach JKM?

        Terbuka kepada OKU yang memegang Kad OKU sah, berumur 18 tahun ke atas, mempunyai kesediaan untuk bekerja, dan berupaya mengikuti latihan asas. Job Coach (Jurulatih Pekerjaan) akan memberikan sokongan penempatan kerja intensif di sektor swasta serta bimbingan persekitaran tempat kerja secara percuma.

        Apa bantuan yang boleh dimohon oleh OKU?

        1. Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
        2. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
        3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar & Pesakit Kronik (BPT)
        4. Elaun Pelatih PPDK
        5. Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme
        6. Bantuan Modal Asas / Geran Pelancaran (2YEP)
        7. Bantuan Alat Tiruan dan Alatan Sokongan (BAT)
        8. Perkhidmatan Job Coach
        9. Pusat Kehidupan Berdikari (Independent Living Centre – ILC)
        10. Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi:
        11. Pengasuhan Di Taska OKU
        12. Perkhidmatan Jagaan, Pemulihan dan Latihan OKU

          Follow eCentral di WhatsApp Channel
          Ikut