Bagi rakyat Kelantan, perkenalkan KelantanPay.
Kerajaan negeri Kelantan telah melancarkan KelantanPay, platform elektronik untuk pembayaran tanpa tunai yang serupa dengan aplikasi pembayaran elektronik milik kerajaan lain seperti SarawakPay dan JohorPay.
Direka bentuk untuk memudahkan urus niaga agensi dan jabatan kerajaan negeri, aplikasi KelantanPay juga menawarkan pembayaran mudah untuk perkara lain termasuk bil utiliti.
Aplikasi ini dibangunkan dan dikendalikan oleh syarikat Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd.
Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd merupakan Agensi Sehenti Negeri bagi pembangunan ICT Kelantan.
KIGSB telah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi merancang, mengurus serta memantau pelaksanaan inisiatif Kelantan State MSC Plan, Pelan Halatuju ICT Negeri dan juga perancangan dan pemantauan pembangunan industri ICT di Kelantan.
Mod pembayaran
KelantanPay menyokong pelbagai saluran pembayaran termasuk kad kredit dan debit FPX, MasterCard dan Visa, malah pembekal e-dompet utama dari Malaysia untuk membolehkan transaksi tanpa tunai.
Kerajaan negeri berharap orang ramai boleh menggunakan KelantanPay sebagai platform baharu bagi sistem pembayaran secara bersepadu dan kerajaann menjangkakan akan dapat meningkatkan kadar kutipan hasil kerajaan negeri.
Bayaran yang boleh dibuat
Selain pembayaran kepada majlis tempatan dan agensi negeri, pengguna juga boleh membayar bayaran bil utiliti (bil air, pembetungan dan elektrik).
Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk membayar tempat letak kereta serta memuat semula kredit untuk nombor prabayar, dan juga memuatkan semula PIN untuk e-dompet seperti RazerPay dan Grab.
Bukan itu sahaja, KelantanPay turut memperkenalkan modul SMSParkir dan system Sipadu tanpa dikenakan sebarang kos pendahuluan.
Fungsi kod QR
Aplikasi ini didatangkan dengan pengimbas kod QR yang membolehkan pengguna membayar barangan di beberapa kedai di negeri itu.
Ciri-ciri lain yang disertakan dalam aplikasi ini ialah ID QR yang disulitkan yang digunakan untuk mewakili identiti pengguna untuk digunakan pada Sistem Pendaftaran Pelawat KelantanPay, Sistem Pendaftaran Acara KelantanPay, Sistem Log Kad Tebuk KelantanPay, dan banyak lagi.
Muat turun aplikasi
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk penggun Android dan iOS.
Sila klik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi ini:
- Google Play – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
Pendaftaran akaun
Pendaftaran akaun baru boleh dibuat terus melalui aplikasi KelantanPay.
Setelah muat turun, buka aplikasi tersebut.
Di halaman utaman, klik pada tulisan “Register” dan lengkapkan butiran anda untuk pedaftaran.
Sebagai alternatif, anda cuba boleh mendaftarkan akaun baru menggunakan akaun Facebook anda.