Keburukan Telefon Bimbit: Isi Penting & Contoh Karangan

Murid boleh merujuk isi penting dan contoh karangan bertajuk keburukan telefon bimbit seperti di bawah.

Isi penting dan contoh karangan ini memberikan idea kepada murid untuk menjawab di dalam peperiksaan.

Pendahuluan

Anak-anak zaman sekarang begitu mudah terdedah dengan gajet seperti telefon bimbit dan peranti pintar.

Tahukah anda, ketagihan gajet boleh terjadi seawal usia 3 tahun. Jadi, elakkan membeli atau memberi gajet kepada anak kecil anda.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat tanda amaran dan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ketagihan gajet pada anak-anak.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Isi Penting Karangan Keburukan Telefon Bimbit

  1. Sukar Tidur Pada Waktu Malam
  • Hampir semua telefon bimbit mengeluarkan “blue light” yang menyerupai cahaya siang hari.
  • Cahaya tersebut mengirimkan isyarat pada otak dan membingungkan tubuh manusia yang menyebabkan seorang anak itu sukar tidur pada waktu malam.
  • Apabila lewat mereka tidur, masa tidur mereka tidak mencukupi.
  • Menjejaskan prestasi mereka semasa di dalam kelas kerana tidak mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar.

2. Mempunyai Masalah Mata

  • Perbuatan terlalu kerap melihat skrin telefon bimbit menyebabkan mata menjadi mata menjadi kering, merah, dan menyebabkan mata menjadi rabun.
  • Menjadi lebih kronik apabila mereka Iebih kerap melihat skrin yang terlalu terang di tempat yang gelap.
  • Melihat skrin yang terang dalam jarak yang dekat menyebabkan mata mejadi tegang dan meningkatkan risiko juling.

3. Alat Menyebarkan Bahan Lucah

  • Segelintir pelajar sanggup merakam dan memuat turun klip video, menyimpan dan mengedarkan foto lucah dan sebagainya.
  • Menurut statistik PDRM, jenayah rogol dan cabul meningkat akibat penyalah gunaan telefon bimbit.
  • Lebih buruk keadaan, remaja sekolah mudah terdorong dengan ‘cinta monyet’ yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka, terutama bagi remaja perempuan.
  • Sesetengah mesej lucah yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga diri.
  • Menggalakkan pergaulan yang tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan aktiviti pelacuran.

4. Mangsa Jenayah Siber

  • Penjenayah siber menyasarkan kanak-kanak dan remaja kerana mereka lebih senang diumpan dan ditipu.
  • Penjenayah tersebut amat sukar untuk ditangkap kerana identiti yang sukar dikenalpasti.
  • Terdapat juga sesetengah telefon bimbit yang digodam dan dikawal sepenuhnya dari pengondam yang boleh merbahayakan nyawa kanak-kanak dan remaja tersebut.
  • Berpotensi menjadi mangsa buli siber kerana pembuli kini semakin giat membuli orang ramai terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Contoh Karangan Keburukan Telefon Bimbit

i) PENDAHULUAN

Telefon bimbit menjadi satu daripada alat komunikasi yang menguasai dunia tanpa memilih usia, status, dan kedudukan ekonomi seseorang. Tidak hairanlah telefon bimbit kini menjadi medium penting untuk masyarakat berinteraksi sama ada dalam dan luar negara. Di sebalik kebaikannya, penggunaan telefon bimbit mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap pengguna, khususnya pelajar sekolah. Malah, kebanyakan ibu bapa kini Iebih gemar memberi anak-anak kecil bermain telefon bimbit kerana bagi menghiburkan mereka.

ii) ISI 1: SUKAR TIDUR PADA WAKTU MALAM

Salah satu keburukan penggunakan telefon bimbit ialah boleh menyebabkan anak-anak sukar tidur pada waktu malam. Ini kerana, hampir semua telefon bimbit mengeluarkan “blue light” yang menyerupai cahaya siang hari. Cahaya tersebut mengirimkan isyarat pada otak dan membingungkan tubuh manusia yang menyebabkan seorang anak itu sukar tidur pada waktu malam. Apabila lewat mereka tidur, sudah tentu masa tidur mereka tidak mencukupi. Ini pasti menjejaskan prestasi mereka semasa di dalam kelas kerana tidak mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar.

iii) ISI 2: MEMPUNYAI MASALAH MATA

Selain itu, kebanyakan kanak-kanak dan remaja yang gemar bermain telefon bimbit mempunyai masalah mata. Ini kerana perbuatan terlalu kerap melihat skrin telefon bimbit menyebabkan mata menjadi mata menjadi kering, merah, dan menyebabkan mata menjadi rabun. Perkara ini menjadi lebih kronik apabila mereka Iebih kerap melihat skrin yang terlalu terang di tempat yang gelap. Tambahan pula, melihat skrin yang terang dalam jarak yang dekat menyebabkan mata mejadi tegang dan meningkatkan risiko juling. Oleh kerana itulah, penggunaan telefon bimbit yang tidak terkawal akan menyebabkan kanak-kanak dan remaja cenderung mempunyai masalah mata.

iv) ISI 3: ALAT MENYEBARKAN BAHAN LUCAH

Keburukan penggunaan telefon bimbit di sekolah yang pertama ialah telefon bimbit menjadi alat menyebarkan bahan lucah. Dengan kemampuan telefon bimbit menghantar dan menerima mesej ringkasan dan bergambar, segelintir pelajar sanggup merakam dan memuat turun klip video, menyimpan dan mengedarkan foto lucah dan sebagainya. Menurut statistik PDRM, jenayah rogol dan cabul meningkat akibat penyalah gunaan telefon bimbit. Lebih buruk keadaan, remaja sekolah mudah terdorong dengan ‘cinta monyet’ yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka, terutama bagi remaja perempuan. Sesetengah mesej lucah yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang remaja tersebut. la juga menggalakkan pergaulan yang tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan aktiviti pelacuran.

v) ISI 4: MENJADI MANGSA JENAYAH SIBER

Di samping itu, sejak telefon bimbit menjadi lebih maju dan pintar, kanak-kanak dan remaja yang kurang berpengetahuan kini menjadi sasaran jenayah siber. Penjenayah siber menyasarkan kanak-kanak dan remaja kerana mereka lebih senang diumpan dan ditipu. Tambahan pula, penjenayah tersebut amat sukar untuk ditangkap kerana identiti yang sukar dikenalpasti. Terdapat juga sesetengah telefon bimbit yang digodam dan dikawal sepenuhnya dari pengondam yang boleh merbahayakan nyawa kanak-kanak dan remaja tersebut. Mereka juga berpotensi menjadi mangsa buli siber kerana pembuli kini semakin giat membuli orang ramai terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

vi) PENUTUP

Ibu bapa perlu mengawal penggunaan telefon bimbit bagi memastikan peranti tersebut tidak membawa keburukan kepada anak-anak mereka. Kanak-kanak dan golongan remaja perlulah terus dididik untuk menggunakan telefon bimbit secara berhemah dan selamat. Masyarakat juga perlulah memainkan peranan agar jenayah yang berlaku menggunakan telefon bimbit dapat dikekang sepenuhnya.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!