Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jelajah Karnival KPDN 2025 & Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak Singgah di Kuching 5-7 September!

Orang Sarawak dah ready? Siri Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia akan tiba di Waterfront Kuching dari 5 hingga 7 September 2025. Tiga hari penuh aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jom ajak ramai-ramai datang!

karnival kpdn sarawak

Pengenalan

Program Jelajah Karnival KPDN 2025  & Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak ini merupakan program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang kini telah memasuki tahun ke-2.

Ia bertujuan memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai peranan, fungsi dan perkhidmatan yang diberikan oleh KPDN.

Melalui program ini, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai acara dan pengisian selain didedahkan mengenai advokasi kepenggunaan, Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), Inisiatif Payung RAHMAH yang merangkumi Jualan RAHMAH MADANI dan Menu RAHMAH serta penguatkuasaan dan perdagangan dalam negeri yang dijalankan oleh Kementerian ini.

@kpdnlamanrasmi

𝘿𝙖𝙧𝙞 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙠𝙚 𝙎𝙖𝙗𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙣𝙪𝙝 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙖, 𝘽𝙪𝙢𝙞 𝙆𝙚𝙣𝙮𝙖𝙡𝙖𝙣𝙜, 𝙩𝙞𝙗𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙣𝙮𝙖! 📍Kuching Waterfront, Sarawak 🗓 5 – 7 September 2025 Sik sabar mok jumpa kitak urang🤗 ✨ 𝙄𝙆𝙃𝙏𝙄𝘼𝙍 𝙆.𝙄.𝙏.𝘼 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙎𝙀𝙈𝙐𝘼 ✨ KPDNKita JelajahKarnivalKPDNZonSarawak2025 KempenBeliBaranganMalaysia JomBeliLokal IkhtiarKITAuntuksemua @armizanmohdali @kpdnsarawak @kpdnwplabuan @protoncarsofficial @modenasmalaysia @perodua @ssmofficialpage @themycc @myipo_official

♬ original sound – KPDN – KPDN

Apa Yang Best Di Karnival KPDN 2025 & Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak?

Rugi sangat kalau terlepas peluang hadir ke program ni tauu…. Sebab, ada banyak aktiviti menarik yang boleh disertai sepanjang tiga hari ini. Karnival ini dijangka menarik ribuan pengunjung dari seluruh negeri Sarawak. Ia menjadi platform utama untuk menyampaikan maklumat mengenai inisiatif kerajaan di bawah KPDN, sambil pada masa yang sama memperkasakan ekonomi dan komuniti setempat.

Sesuai untuk semua peringkat umur, dari budak sekolah, remaja, belia sampailah ke ibu bapa sekali.

Antara aktiviti yang akan berlangsung:

  • Jualan RAHMAH MADANI – barangan keperluan dengan harga 10-30% lebih murah.
  • Menu RAHMAH – hidangan kenyang perut pada harga bawah RM5.
  • Jom Beli Lokal – sokong produk usahawan tempatan Sarawak.
  • Karnival Kerjaya PERKESO – peluang kerja sektor awam & swasta.
  • Hiburan & pertandingan – Pertandingan Karaoke Bintang Lokal, Bintang Kecil, Pertandingan Gusti Lengan, Explorace, Band Showdown, persembahan kebudayaan & persembahan artis tempatan iaitu Melissa Francis, Amir Jahari dan Baby Shima.

Jom tengok poster-poster pertandingan yang boleh anda sertai nanti. Mana yang berminat boleh terus daftar ya!

@kpdnlamanrasmi

𝙈𝙤𝙠 𝙩𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙟𝙖𝙠, 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙖𝙢𝙚𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙠𝙚𝙧𝙟𝙖? 📌 𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗞𝗣𝗗𝗡 Zon Sarawak 2025 📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵:5–7 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 2025 📍 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶: 𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗪𝗮𝘁𝗲𝗿𝗳𝗿𝗼𝗻𝘁, 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 ✨ 𝙄𝙆𝙃𝙏𝙄𝘼𝙍 𝙆.𝙄.𝙏.𝘼 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙎𝙀𝙈𝙐𝘼 #KPDNKita #JelajahKarnivalKPDNZonSarawak #KempenBeliBaranganMalaysia #JomBeliLokal #IkhtiarKITAuntuksemua @Armizan Mohd Ali @KPDN SARAWAK @KPDN WP LABUAN @Proton Cars @Perodua @MODENAS @SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA @MyCC @MyIPO

♬ original sound – KPDN – KPDN

PERTANDINGAN KARAOKE BINTANG KECIL

EKSPIDISI KOS SARA HIDUP (PERTANDINGAN EXPLORACE)

karnival kpdn sarawak KUCHING

PERTANDINGAN KARAOKE BINTANG LOKAL

karnival kpdn sarawak KUCHING
karnival kpdn sarawak KUCHING
karnival kpdn sarawak KUCHING
karnival kpdn sarawak KUCHING

PERTANDINGAN GUSTI LENGAN

karnival kpdn sarawak KUCHING
karnival kpdn sarawak KUCHING
karnival kpdn sarawak KUCHING
karnival kpdn sarawak KUCHING

PERTANDINGAN BAND SHOWDOWN

karnival kpdn sarawak KUCHING

PENAMPILAN ISTIMEWA

karnival kpdn sarawak
karnival kpdn sarawak
karnival kpdn sarawak
karnival kpdn sarawak

KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS

Tarikh, Waktu & Lokasi

Amacam? Seronok kan? Jangan lupa save the date!

  • Tarikh : 5 – 7 September 2025
    • Jumaat & Sabtu: 9.00 pagi – 10.00 malam
    • Ahad: 9.00 pagi – 6.00 petang
  • Lokasi: Waterfront Kuching
  • Kemasukan percuma – bawa sekali family & kawan-kawan!

Banyak Hadiah Menanti!

Eh, bukan setakat aktiviti menarik je, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah yang cukup gempak!

Jangan lupa join cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah lumayan seperti:

  • Proton S70
  • Perodua Alza
  • Motosikal Modenas Kriss

Baca juga: Rakan Muda Malaysia – Cara Daftar Ahli & Senarai Program

Maklumat Lanjut Karnival KPDN 2025

Nak tahu update terkini? Follow je media sosial rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN).

Jom beli lokal, Ikhtiar K.I.T.A Untuk Semua!

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Biografi User