Kitar Semula – Senarai Bahan & Pusat Kitar Semula Di Malaysia

Kitar Semula – Senarai Bahan Kitar Semula & Pusat Pengumpulan Barangan Kitar Semula Di Malaysia

Kitar semula merupakan konsep penjagaan alam sekitar yang sudah didedahkan kepada semua sejak daripada sekolah rendah.

Memandangkan jumlah sampah harian manusia semakin bertambah tahun demi tahun selari dengan pertambahan populasi Malaysia, maka amalan kita semula dilihat satu alternatif yang bagus untuk melambatkan penggunaan sumber-sumber semulajadi yang terdapat di sekeliling kita.

Plastik, kertas, tin aluminium, kotak dan pelbagai lagi sampah yang biasanya dibuang begitu sahaja ke pusat pelupusan sampah sebenarnya boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan atau barangan baru.

Konsep “Kitar Semula”

Kitar semula ialah proses menukar bahan buangan kepada bahan dan objek baharu.

Konsep ini selalunya merangkumi pemulihan tenaga daripada bahan buangan. Kebolehkitaran semula sesuatu bahan bergantung pada keupayaannya untuk memperoleh semula sifat yang dimilikinya dalam keadaan asalnya.

Ia adalah alternatif kepada pelupusan sisa “konvensional” yang boleh menjimatkan bahan dan membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Ia juga boleh menghalang pembaziran bahan yang berpotensi berguna dan mengurangkan penggunaan bahan mentah segar, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara (daripada pembakaran) dan pencemaran air (daripada pelupusan sampah).

Terdapat beberapa piawaian ISO yang berkaitan dengan kitar semula, seperti ISO 15270:2008 untuk sisa plastik dan ISO 14001:2015 untuk kawalan pengurusan alam sekitar terhadap amalan kitar semula.

Artikl menarik: Cara Isi Angin Tayar & Tekanan Sesuai Untuk Kereta / Motor

Senarai Barangan Yang Boleh Dikitar Semula

tong kitar semula

Berikut merupakan antara barangan yang boleh dikitar semula:

  • Kertas – Surat khabar, majalah. buku-buku, kalender, risalah, dan juga sampul surat
  • Kaca – bekas makanan, botol minuman, botol supplemen dan botol-botol ubatan
  • Plastik – beg plastik, botol minuman, botol air mineral, dan juga bekas makanan
  • Aluminium – Tin minuman, makanan

Artikel menarik: Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM

KitaRecycle : Recycle & Tebus Mata Ganjaran Dengan SWM Environment

SWM Environment yang telah memenangi tender Penswastaan Negara bagi Pengurusan Sisa Pepejal pada Disember 1995 dan telah dianugerahkan Konsesi untuk Wilayah Selatan Malaysia merangkumi Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Selepas 15 tahun beroperasi melalui perjanjian pengurusan interim bersama 27 pihak berkuasa tempatan, Perjanjian Konsesi akhirnya ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan setelah penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Nasional dan Pembersihan Awam 672 pada bulan September 2011.

Dibawah gegantung 3R (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula), SWM Environment mendidik orang awam akan kepentingan kitar semula, kitar semula dengan cara yang betul termasuklah dimana mereka boleh mengitar semula; melalui ceramah dan pameran yang diadakan di sekolah, dewan, pusat membeli-belah, bangunan pejabat dan kawasan awam lain.

Pada 2018, SWM Environment telah memperkenalkan program mengumpul ganjaran KITARecycle, di ketiga-tiga negeri selatan Semenanjung Malaysia. 

KITARecycle menggalakkan orang ramai untuk mengitar semula dan menerima mata ganjaran untuk lebih daripada 25 jenis barangan kitar semula yang termasuk kertas, tin aluminium, plastik, sisa elektrik dan elektronik.

Mata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus secara tunai melalui perbankan dalam talian. 

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi KITARecycle melalui Apple Store atau Google Play . Sila layari laman web: www.kitarecycle.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Senarai Pusat Pengumpulan Bahan Kitar Semula Di Negeri Seluruh Malaysia

Ramai daripada yang tidak tahu bahawa anda boleh menjana duit dengan menjual barangan yang boleh dikitar semula ke pusat pengumpulan seluruh negara.

Harga yang ditetapkan juga sedikit berbeza antara pusat pengumpulan dan bergantung pada permintaan pasaran semasa.

Terdapat banyak pusat pengumpulan yang diwujudkan oleh individu persendirian dan syarikat.

Berikut merupakan antara lokasi pusat pengumpulan yang boleh anda kunjungi:

SWCorp (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, KL, Purajaya, Perlis, Kedah) – https://www.swcorp.gov.my/

DHES (KL, Putrajaya, Cyberjaya) – http://www.dhes.com.my/buy-back-center.html

MBSJ (Subang Jaya) – https://www.mbsj.gov.my/

Sebenarnya, terlalu banyak pusat pengumpulan di seluruh Malaysia dan tidak mustahil jumlahnya menceah ribuan.

Sekiranya lokasi anda tidak tersenarai daripada mana-mana pautan di atas, terdapat 2 cara untuk mengetahui pusat pengumpulan berhampiran tempat tinggal anda:

  • Melakukan carian online dengan memasukkan kata kunci “pusat kitar semula + lokasi anda”.
  • Bertanyakan dengan jiran-jiran atau masyarakat setempat anda

Jom kitar semula!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!