Karangan Berjimat Cermat: Isi Penting & Contoh Karangan

Karangan berjimat cermat boleh dirujuk menerusi contoh karangan di bawah.

Isi penting berkenaan tajuk karangan ini juga disertakan bagi rujukan para murid untuk merangka penulisan karangan ini.

Sumber: https://www.facebook.com/groups/tchercollection.my/permalink/3418529671499058/

Isi Penting Karangan

Berikut adalah isi penting bagi karangan berjimat cermat.

1. Membuat Simpanan Jangka Masa Panjang

  • Menyimpan wang di bank atau membuat pelaburan yang disahkan oleh Bank Negara Malaysia.
  • Dengan menyimpan di bank, dapat mengelakkan amalan boros untuk membeli barangan sesuka hati.
  • Jika membuat tabungan di rumah, lebih cenderung untuk sentiasa menggunakannya.

2. Membuat Jadual Kewangan Bulanan

  • Jadual kewangan bulanan amat penting supaya dapat merancang kewangan dengan baik.
  • Dapat mengelakkan tidak berlaknya perbelanjaan secara berlebihan melebihi daripada pendapatan bulanan.
  • Setiap pebelajaan bulanan perlulah dimasukkan dalam jadual seperti ansuran kereta dan rumah, bil-bil elektrik, air dan telefon, perbelanjaan harian dan sebagainya.
  • Jika mempunyai lebihan dari perbelanjaan tersebut, wang tersebut boleh disimpan di dalam bank.

3. Membezakan Barang Kehendak dan Keperluan

  • Barang keperluan ialah barang yang kita perlukan untuk kegunaan harian seperti makanan, tempat tingal dan lain-lain.
  • Barang kehendak pula ialah barang yang tidak diperlukan dan barang yang kita inginkan di atas dorongan nafsu seperti ialah telefon bimbit, sofa dan kasut baru.
  • Apabila seseorang cenderung untuk mengutamakan pembelian barang kehendak, ia akan mengakibatkan jumlah barangan kehendak yang ingin dibeli terpaksa diturunkan dan berpotensi melakukan hutang.

4. Melatih Anak-Anak Berjimat

  • Sesuai dengan pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ kerana mereka perlu diajar dari kecil mengenai amalan berjimat cermat.
  • Ibu bapa juga perlu menjadi contoh kepada anak-anak sekiranya ibu bapa ingin anak-anak mengamalkan amalan berjimat cermat daripada kecil.
  • Sekiranya menunjukkan contoh yang baik, mereka pasti akan ikut begitu juga sebaliknya.
  • Sebagai contoh, jika ibu bapa menunjukkan contoh menyimpan wang di bank, pasti anak-anak juga akan mengikutinya.

Contoh Karangan Berjimat Cermat

i) PENDAHULUAN

     Rakyat kini menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup yang bukan sahaja dialami di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Kenaikan kos sara hidup ini dapat dilihat menerusi kenaikan harga barangan dari semasa ke semasa. Keadaan ini berlaku kerana permintaan terhadap sesuatu barang yang meningkat manakala pengeluarannya terhad. Oleh kerana itulah, pengguna perlu bijak dalam menguruskan kewangan masing-masing agar masalah tidak berlaku di kemudian hari. Maka, masyarakat perlu mengamalkan amalan berjimat cermat untuk memastikan kehidupan mereka berjalan dengan baik walaupun dengan kenaikan kos sara hidup yang dialami pada ketika ini.

ii) ISI 1: MEMBUAT SIMPANAN JANGKA MASA PANJANG

Pertama, langkah untuk melakukan amalan jimat-cermat ialah membuat simpanan jangka panjang. Simpanan jangka masa panjang boleh dilakukan dengan menyimpan wang di bank atau membuat pelaburan yang disahkan oleh Bank Negara Malaysia. Ini kerana, dengan menyimpan di bank, kita dapat mengelakkan amalan boros untuk membeli barangan sesuka hati. Jika membuat tabungan di rumah, kita pasti lebih cenderung untuk sentiasa menggunakannya. Malah, dengan menyimpan wang di bank, setiap tahun mereka akan menikmati dividen melalui pelaburan yang dijalankan.

iii) ISI 2: MEMBUAT JADUAL KEWANGAN BULANAN

Selain itu, langkah kedua yang boleh dilakukan untuk amalan berjimat cermat adalah dengan membuat jadual kewangan bulanan. Jadual kewangan bulanan amat penting supaya kita dapat merancang kewangan kita dengan baik. Ini juga dapat mengelakkan tidak berlaknya perbelanjaan secara berlebihan melebihi daripada pendapatan bulanan kita. Setiap pebelajaan bulanan perlulah dimasukkan dalam jadual seperti ansuran kereta dan rumah, bil-bil elektrik, air dan telefon, perbelanjaan harian dan sebagainya. Jika mempunyai lebihan dari perbelanjaan tersebut, wang tersebut boleh disimpan di dalam bank.

iv) ISI 3: MEMBEZAKAN BARANG KEHENDAK DAN KEPERLUAN

Seterusnya, langkah jimat cermat yang boleh dilakukan adalah dengan membezakan barang kehendak dan barang keperluan. Barang keperluan ialah barang yang kita perlukan untuk kegunaan harian seperti makanan, tempat tingal dan lain-lain. Barang kehendak pula ialah barang yang tidak diperlukan dan barang yang kita inginkan di atas dorongan nafsu seperti ialah telefon bimbit, sofa dan kasut baru. Bagi memastikan kedudukan kewangan bulanan sentiasa stabil, kita perlulah mengutamakan pembelian barang kehendak berbanding barang keperluan. Apabila seseorang cenderung untuk mengutamakan pembelian barang kehendak, ia akan mengakibatkan jumlah barangan kehendak yang ingin dibeli terpaksa diturunkan dan berpotensi melakukan hutang. Oleh kerana itu, setiap daripada kita perlulah mengutamakan pembelian barang kehendak berbanding barang keperluan.

v) ISI 4: MELATIH ANAK-ANAK BERJIMAT

    Amalan berjimat cermat perlu dilakukan dengan melatih anak-anak supaya berjimat-cermat dan membuat tabungan. Ini sesuai dengan pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ kerana mereka perlu diajar dari kecil mengenai amalan berjimat cermat. Ibu bapa juga perlu menjadi contoh kepada anak-anak sekiranya ibu bapa ingin anak-anak mengamalkan amalan berjimat cermat daripada kecil. Sekiranya kita menunjukkan contoh yang baik, mereka pasti akan ikut begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, jika ibu bapa menunjukkan contoh menyimpan wang di bank, pasti anak-anak juga akan mengikutinya.

vi) PENUTUP

Tuntasnya, amalan berjimat-cermat dalam kehidupan harian merupakan amalan mulia yang perlu diamalkan oleh semua golongan tanpa mengira umur. Jika amalan ini diamalkan ia dapat membantu mengelakkan kita berada di dalam kesusahan. Amalan jimat cermat perlu dipraktikkan dari sekarang terutamanya bagi generasi muda sebagai persediaan untuk masa hadapan.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!