Kamera AwAS: Senarai Lokasi Kamera JPJ Terkini & Fungsi Baru

Kamera AwAS: Senarai Lokasi Kamera JPJ & Fungsi Baru

Mungkin segelintir daripada anda sudah tahu bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam fasa peralihan untuk menggantikan kamera AES kepada kamera AwAS yang lebih canggih dengan fungsi yang lebih baik.

Penggantian kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) ini dilakukan secara berperingkat dan bertujuan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia.

Kamera gaya ringkas warna hitam seperti tiang ini mampu meninjau perubahan persekitaran serta mempunyai fungsi-fungsi tambahan yang lebih menarik.

Fungsi kamera AwAS

Kamera AwAS yang baru ini dibekalkan oleh syarikat Ekin dan telah memenangi Anugerah Inovasi Jerman 2022.

Berbeza dengan kamera AES yang lama, kamera ini dilengkapi dengan kemampuan pengawasan 360 darjah.

Ini bermakna ia boleh memantau kenderaan dari semua arah, memberikan pengawasan yang lebih menyeluruh.

Sistem kamera baru ini juga menggunakan teknologi terkini yang menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera ini beroperasi dengan lebih baik.

Selain penguatkuasaan had laju, kamera AwAS ini juga mempunyai fungsi tambahan seperti penguatkuasaan lampu isyarat dan pengesanan pusingan U yang tidak sah.

Ini menjadikannya alat yang lebih serba boleh dalam memastikan pemanduan yang selamat dan berdisiplin.

Ia malah boleh memaklumkan sistem pusat jika berlaku perubahan luar biasa seperti peningkatan suhu dan kelembapan

Salah satu ciri yang paling menarik tentang kamera ini adalah reka bentuknya yang menyamar seperti tiang hitam biasa.

Ini menjadikannya sukar untuk dikenali sebagai kamera pengawasan, sekaligus mengurangkan kemungkinan pemandu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

kamera awas

Lokasi Kamera Terkini (2024)

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah mengeluarkan secara rasmi senarai lokasi kamera AwAS yang boleh dilihat daripada lampiran dibawah:

Sumber: Laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Pada Jun tahun lepas, kerajaan Malaysia menyatakan hasratnya untuk memasang lebih banyak kamera AWAS kerana ia didapati sangat berkesan, dengan lebih 99% pematuhan direkodkan, menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Senarai di atas mungkin berubah dan dikemaskini oleh pihak JPJ daripada semasa ke semasa.

Untuk senarai terbaru, sila rujuk laman web rasmi JPJ di pautan https://www.jpj.gov.my/web/main-site/undang-undang/-/knowledge_base/undang-undang/lokasi-penguatkuasaan-kamera-awas

Bantu kami share artikel ini: