Kad Touch n Go NFC: Cara Beli, Daftar, Aktifkan

kad touch n go nfc
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kad Touch N Go kini ada ciri NFC (Near Field Communication) yang membolehkan pengguna menambah nilai kad secara mudah melalui aplikasi Touch N Go eWallet. Untuk pembelian kad Touch n Go NFC, anda boleh beli di portal rasmi TNG melalui pautan berikut: shop.touchngo.com.my

Kad Touch N Go dengan teknologi NFC memberikan kelebihan untuk menambah nilai kad menggunakan telefon pintar yang menyokong NFC tanpa perlu ke kaunter fizikal.

Ciri ini bermakna pengguna dapat reload kad mereka bila-bila masa dan di mana sahaja melalui aplikasi eWallet, asalkan telefon mereka telah disahkan eKYC dan memenuhi syarat sistem operasi minimum.

Jom kami kongsikan info terkini berkaitan kad TNG terbaharu dengan teknologi NFC.

Apa Itu Kad Touch N Go NFC?

Kad Touch ‘n Go yang dinaik taraf dilengkapi dengan teknologi NFC untuk membolehkan tambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet.

Ia membolehkan anda tambah nilai dengan mudah di mana sahaja anda berada, bila-bila masa yang anda mahukan.

Kad ini boleh diguna sebagai pembayaran secara tanpa tunai di semua lebuhraya tol di Semenanjung Malaysia, perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan di luar Lembah Klang kecuali Rapid Kuantan dan kawasan parkir terpilih.

Anda hanya perlu memastikan kad TNG berteknologi NFC anda mempunyai baki yang mencukupi dan mengimbas kad tersebut di pembaca kad TNG.

Kad Touch n Go NFC
Kad Touch n Go NFC

Beza Kad Touch n Go NFC & Kad Touch n Go Biasa

Ciri / FungsiKad Touch ‘n Go NFCKad Touch ‘n Go Biasa
TeknologiDilengkapi dengan Near Field Communication (NFC) untuk tambah nilai tanpa sentuh melalui eWalletTiada ciri NFC; tambah nilai secara fizikal sahaja
Kaedah Tambah NilaiBoleh tambah nilai melalui aplikasi TNG eWallet pada telefon yang menyokong NFC di mana sahaja, bila-bila masaPerlu tambah nilai di kios fizikal, stesen minyak atau mesin tambah nilai
Semakan BakiBoleh disemak terus melalui aplikasi TNG eWalletPerlu semak baki pada terminal fizikal atau melalui kaunter
Kegunaan– Bayaran tol
– Tambang Keretapi & bas
– Pembayaran di kedai
– Parkir
– Semak baki melalui eWallet
– Tambah nilai menggunakan baki eWallet
– Beli melalui eWallet
– Pembelian subsidi Ron95 BUDI MADANI
Bayaran tol, pengangkutan awam, parkir dan bayaran kedai sahaja
Keperluan Telefon PintarTelefon pintar yang menyokong NFC dengan OS iOS 13/Android 4.4 ke atas dan aplikasi TNG eWallet versi 1.7.72 ke atasTidak memerlukan telefon NFC
Proses PengaktifanKad perlu dipautkan dengan eWallet dan akaun disahkan melalui eKYC untuk fungsi penuhTidak perlu pautkan dengan eWallet atau pengesahan eKYC
Harga KadRM10 (bergantung pada edisi tertentu) RM10 (bergantung pada edisi tertentu)
Penggunaan Tanpa SentuhYa, boleh tambah nilai tanpa sentuh menggunakan eWalletTidak boleh; perlu tambah nilai secara fizikal

Untuk membezakan antara kad versi lama dan baharu, sila rujuk pada simbol NFC pada kad (rujuk imej di bawah).

Kad Touch n Go NFC
Kad Touch n Go NFC

Kad TNG yang dinaik taraf dan kad TNG lama boleh ditambah nilai melalui kaedah fizikal yang sedia ada.

Apa Itu NFC?

NFC atau Near Field Communication ialah teknologi tanpa wayar yang membolehkan dua peranti berhubung dan bertukar maklumat apabila diletakkan sangat dekat, kira-kira 4 sentimeter sahaja.

Contohnya, telefon pintar dengan NFC boleh sentuh kad atau peranti lain untuk membuat pembayaran atau berkongsi maklumat tanpa perlu kabel atau sambungan internet.

Kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara “wireless” daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan.

Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:

  1. Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC.
  2. Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain).
    • Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi.
    • Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC.
    • Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet
  3. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf

Sesetengah telefon bimbit mungkin perlu mengaktifkan fungsi NFC sebelum ia boleh digunakan dalam Touch ‘n Go eWallet anda.

Sila semak dengan syarikat yang membekal model telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keserasian telefon bimbit anda dengan NFC sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf.

kad touch n go nfc baru
Kad Touch n Go NFC

Cara Semak Telefon Ada NFC

Jika anda menggunakan peranti Apple iPhone 7 dan ke atas, ianya sudah mempunyai cip NFC di dalamnya. Ciri NFC dihidupkan secara automatik di dalam iPhone.

Jika anda pengguna Android, kebanyakan peranti Android baharu mempunyai cip NFC dalam telefon. Cip NFC telefon anda perlu diaktifkan sebelum penggunaannya.

Pergi ke “Settings” dan dalam bar “Search Settings“, taip “NFC”. Klik pada aktifkan NFC dan ikuti langkah yang terpapar dalam telefon bimbit anda.

Ikuti langkah berikut untuk semakan:

CARA SEMAKAN NFC BAGI PENGGUNA IPHONE

Untuk pengguna iPhone, anda boleh mengesahkan versi iOS telefon bimbit anda dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Cari dan pilih aplikasi “Settings”

Langkah 2: Setelah mengaktifkan aplikasi “Settings”, klik “General”

Langkah 3: Kemudian, klik “About” dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera

Langkah 4: Jikalau versi iOS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” di bawah “General” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Klik “Download and Install” untuk kemas kini iOS anda kepada versi terkini

CARA SEMAKAN NFC BAGI PENGGUNA ANDROID

Untuk pengguna Android, anda boleh mengesahkan versi iOS telefon bimbit anda dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Cari dan pilih aplikasi “Settings”

Langkah 2: Setelah mengaktifkan aplikasi “Settings”, klik “About Phone” atau “About Device”

Langkah 3: Kemudian, klik “Android Version” dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera

Langkah 4: Jikalau versi OS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Ikuti langkah yang tertera pada skrin telefon anda untuk mengemas kini OS anda kepada versi terkini

Sesetengah jenama/model telefon bimbit yang dibeli selain di Malaysia boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC/ fungsi NFC tidak disokong.

Untuk menikmati kemudahan kad TNG yang dinaik taraf, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda sebelum menggunakan kad TNG yang dinaik taraf dengan telefon bimbit anda.

Harga Kad Touch n Go NFC

Sekeping kad TNG yang dinaik taraf dengan keupayaan “Near Field Communication” (NFC) ini berharga RM10.00 bagi reka bentuk generik.

Kad ini boleh didapati di kedai rasmi Touch ‘n Go, stesen minyak tertentu, kiosk terpilih, dan juga secara dalam talian melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet, Lazada, Shopee, dan platform e-dagang lain.

Pengguna disyorkan membeli kad Touch n Go NFC dari saluran rasmi untuk memastikan keaslian kad dan akses penuh ke fungsi terkini termasuk program subsidi Ron95 BUDI MADANI.

Harga Kad Touch n Go NFC
Harga Kad Touch n Go NFC

NOTA: Sila ambil perhatian bahawa untuk kad yang dibeli melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas), caj kurier tambahan akan ditanggung oleh pembeli.

Cara Beli Kad Touch n Go NFC

I) Cara Beli Kad Touch n Go NFC Di Kedai Fizikal

Anda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf ini melalui Touch ‘n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) dan di kedai / stesen minyak yang terpilih.

Rujuk senarai kedai-kedai berdaftar yang menjual kad ini secara sah: https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/enhance-card-outlet/

Kad Touch n Go NFC: Cara Beli, Daftar, Aktifkan
Cawangan yang menjual kad Touch n Go NFC

Sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf, sila pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) jika kad anda ingin mempunyai keupayaan untuk menambah nilai kad melalui Touch ‘n Go eWallet.

II) Cara Beli Kad Touch n Go NFC Melalui e-Wallet Touch n Go

Anda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas).

Selepas selesai proses pembelian melalui aplikasi, pesanan anda akan dihantar ke alamat yang disenaraikan semasa pembelian. Anda hanya boleh menukar alamat anda sebelum melengkapkan pembelian dalam aplikasi.

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama aplikasi

Langkah 2: Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah skrin. Ini akan membawa anda ke skrin pembelian kad

Langkah 3: Klik Order Now

Langkah 4: Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy now

Langkah 5: Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan (Nota: Kos penghantaran dikecualikan daripada harga jualan kad bernilai RM10. Kos penghantaran adalah seperti yang terpapar di dalam aplikasi. Penghantaran produk terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja)

Cara beli kad Touch n Go NFC melalui eWallet TNG
Cara beli kad Touch n Go NFC melalui eWallet TNG

III) Cara Beli Kad Touch n Go NFC Melalui Portal Rasmi Touch n Go

  • Pengguna juga boleh membeli kad Touch n Go dengan fungsi NFC melalui portal rasmi Touch n Go di pautan berikut: https://shop.touchngo.com.my/
  • Pilih kad, kemudian klik “Add to cart”
  • Klik, “Check Out”. Pastikan anda sudah login akaun TNG anda untuk teruskan proses pembayaran.
  • Selesai.

Cara yang lebih mudah, anda boleh terus scan QR di bawah untuk pembelian:

Cara beli kad Touch n Go NFC
Cara beli kad Touch n Go NFC melalui QR

Kad TNG juga boleh dibeli di platform seperti Lazada, Shopee, dan lain-lain. Tetapi, pastikan anda membeli dari penjual rasmi atau berlesen untuk mengelakkan penipuan.

Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:

  1. Pastikan akaun Touch ‘n Go eWallet anda sudah disahkan melalui proses eKYC.
  2. Pastikan telefon pintar anda menyokong fungsi NFC dengan sistem operasi minimum iOS 13 atau Android 4.4 dan aplikasi eWallet versi 1.7.72 ke atas telah dipasang.
    • Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi.
    • Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC.
    • Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet
  3. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf

Cara Link Kad Touch N Go NFC Dengan e-Wallet TNG

Setelah anda memastikan anda memenuhi semua prasyarat di atas, anda boleh memautkan kad TNG dinaik taraf anda mengikut langkah di bawah:

  1. Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet pada telefon pintar anda. Klik pada ikon TNG Card di skrin utama.
  2. Pada halaman utama, klik ikon TNG Card.
  3. Tekan butang Add Card atau simbol ‘+’ di sudut kanan atas.
  4. Pilih Scan Now untuk mengimbas kad Touch N Go NFC anda.
  5. Letakkan kad NFC di belakang telefon (posisi scan berbeza mengikut model telefon, contohnya iPhone di bahagian atas belakang sebelah kamera, Android di tengah belakang).
  6. Setelah imbasan berjaya, nombor siri kad 10 digit akan terisi secara automatik.
  7. Masukkan nama kad pilihan anda di ruangan Preferred Card Name (boleh dibiarkan kosong jika mahu nama default).
  8. Klik butang Add.
  9. Masukkan PIN Touch ‘n Go eWallet 6 digit anda untuk pengesahan.
  10. Kad kini telah berjaya dipautkan dan anda boleh mula gunakan fungsi tambah nilai dan semak baki melalui aplikasi.

NOTA: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda

Cara Link Kad Touch N Go NFC Dengan e-Wallet TNG
Cara Link Kad Touch N Go NFC Dengan e-Wallet TNG

Jika telefon tidak menyokong NFC atau fungsi NFC tidak diaktifkan, anda boleh masukkan nombor siri kad secara manual dan ikut proses sama.

kad touch n go nfc baru
Cara Link Kad Touch N Go NFC Dengan e-Wallet TNG Guna Pin

Cara Tambah Nilai Kad TNG NFC

Anda boleh memilih untuk menambah nilai kad TNG anda melalui Touch n’ Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) atau di mana-mana operator bertauliah yang dilantik oleh TNGSB di seluruh Semenanjung Malaysia.

Cara Tambah Nilai Kad TNG NFC Melalui eWallet TNG

 Sila ikut arahan pada Touch n’ Go eWallet anda untuk menambah nilai kad anda dengan mudah.

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama Touch n’ Go eWallet

Langkah 2: Pilih kad yang mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) yang anda ingin menambah nilai. Ikon NFC pada imej kad akan berwarna biru jikalau kad yang dipilih mempunyai ciri NFC. Klik butang Reload

Langkah 3: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda. Untuk pengalaman pengguna yang terbaik, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk mengetahui peletakan pembaca NFC pada peranti anda

Langkah 4: Enter your preferred amount. Nyatakan jumlah yang anda ingin tambah kepada kad anda. Had maksima setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500

Langkah 5: Benarkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit Touch n’ Go eWallet anda

Langkah 6: Anda akan disuruh untuk mengimbas kad anda di bahagian belakang telefon bimbit mudah alih sekali lagi

Langkah 7: Jika operasi tambah nilai anda berjaya, anda akan lihat skrin Reload Successful. Jikalau operasi tambah nilai anda gagal, anda akan lihat skrin Reload Unsuccessful. Jikalau operasi tambah nilai anda masih “in progress”, anda akan lihat skrin Hold On, reload is Pending!

Langkah 8: Untuk mengesahkan baki kad selepas melengkapkan operasi tambah nilai, sila teruskan dengan menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad dan ikut arahan pada skrin anda

Nota: Pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri NFC dan ia telah diaktifkan dalam Settings anda. Bagi pengguna iOS, NFC dibolehkan secara automatic.

kad touch n go nfc baru
Cara Tambah Nilai Kad TNG NFC

Cara tambah nilai melalui SSK/Terminals/Mesin ATM or operator bertauliah lantikkan TNGSB seperti tambah nilai untuk kad TNG card yang sedia ada

Selain tambah nilai menggunakan aplikasi eWallet, pengguna kad Touch n Go NFC juga boleh menambah nilai kad secara fizikal di pelbagai lokasi yang dilantik oleh Touch ‘n Go Services Berhad (TNGSB) termasuk stesen minyak, terminal pengangkutan, mesin ATM dan kedai serbaneka. Cara ini serupa dengan proses tambah nilai bagi kad Touch n Go biasa.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Bawa kad Touch n Go NFC anda ke kaunter stesen minyak terpilih, kiosk layan diri, terminal pengangkutan, atau mesin ATM yang mempunyai fungsi tambah nilai kad TNG.
  2. Serahkan kad kepada operator atau masukkan kad ke dalam mesin tambah nilai mengikut arahan.
  3. Nyatakan jumlah nilai tambah yang diingini (contoh RM10, RM20, RM50 dan sebagainya).
  4. Bayar jumlah tambah nilai tersebut secara tunai, kad debit/kredit, atau melalui pembayaran elektronik yang diterima.
  5. Setelah pembayaran berjaya, caj tambah nilai akan dimuatkan ke dalam kad anda secara terus.
  6. Pastikan kad anda telah dikemaskini (sering kali perlu scan atau sentuh kad pada mesin tambah nilai sebelum dan selepas transaksi).

Lokasi tambah nilai rasmi ini meliputi rangkaian besar stesen minyak seperti PETRONAS, Shell, dan lain-lain, terminal pengangkutan awam, mesin ATM bank tertentu, serta kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan KK Super Mart di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kaedah ini sesuai untuk pengguna yang lebih selesa tambah nilai secara tunai atau tidak memiliki telefon pintar yang menyokong NFC.

Anda boleh rujuk senarai penuh operator bertauliah lantikan TNGSB di laman rasmi untuk lokasi tambah nilai terdekat. Klik di sini untuk senarai penuh lokasi untuk menambah nilai kad Touch n Go anda.

Nota:

  • Proses ini memerlukan kehadiran fizikal dan masa.
  • Had maksimum baki kad adalah RM1,500.
  • Tiada caj tambah nilai dikenakan di kebanyakan lokasi, namun sesetengah lokasi mungkin mengenakan caj nominal.

BACA JUGA: Cara Top Up Touch n Go (Kad, e-Wallet TNG & Charm)

Maklumat lanjut

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila menghubungi kami melalui e-Customer service di sini atau layari Facebook atau Twitter @MyTouchnGo.

Hotline : +603 2714 8888
Emel : careline @touchngo.com.my
Webform : https://customerservice.touchngo.com.my/eservices/
Facebook : www.facebook.com/MyTouchnGo
Twitter : www.twitter.com/MyTouchnGo

Laman web rasmi: https://www.touchngo.com.my/

Rujuk juga: https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/4436212894873-Kad-Touch-n-Go-TNG-yang-dinaik-taraf

Soalan Lazim Kad Touch N Go NFC

Apa itu kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf?

Kad TNG yang dinaik taraf teknologinya merupakan kad pintar keluaran Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB). Ia merupakan dompet elektronik yang boleh ditambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet.

Adakah kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf saya mempunyai tempoh jaminan?

Kad TNG yang dinaik taraf mempunyai tempoh jaminan selama tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian.
Pengguna harus menyimpan resit sebagai bukti pembelian sekiranya ingin menuntut penggantian kad semasa dalam tempoh jaminan.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui tarikh luput kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf saya?

Tarikh luput kad TNG yang dinaik taraf boleh dirujuk melalui cara-cara yang tertera di bawah:

– Dicetak di belakang kad anda;
– Dicetak pada resit yang anda perolehi apabila anda menambah nilai kad anda;
– Terpapar pada Touch n’ Go eWallet selepas anda memautkan kad anda pada Touch n’ Go eWallet; dan
– Terpapar di MYTouchnGo portal setelah kad anda didaftar di portal tersebut.

Kad TNG anda mempunyai jangka hayat selama tujuh (7) tahun atau tempoh yang ditetapkan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB).

Apakah fungsi kod QR yang terdapat pada kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf?

Kod QR pada kad TNG yang dinaik taraf membolehkan pengguna memuat turun aplikasi Touch ’n Go eWallet.

Semua ciri yang berkaitan dengan tambah nilai Touch ’n Go eWallet, pemautan kad, pembelian kad dan PayDirect boleh didapati di Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas).

Adakah kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini boleh menjadi tidak aktif jikalau tidak digunakan untuk jangka masa yang panjang?

Kad TNG yang dinaik taraf tidak mempunyai sebarang bentuk penyahaktifan yang dikenakan ke atasnya. Oleh itu, anda boleh menggunakannya sepanjang 7 tahun tempoh hayat kad.

Kad anda akan nyahaktif apabila tamat tempoh 7 tahun.
Anda juga diingatkan bahawa jika kad anda ditamatkan sebelum tarikh luput, ia akan dinyahaktifkan.

Penamatan kad boleh terjadi kerana tindakan-tindakan berikut:
Penamatan kad kerana kad hilang;
Penamatan kad atas permintaan anda; atau
Pemindahan baki daripada kad lama ke kad baharu. Kad lama anda akan ditamatkan

Adakah saya akan dikenakan fi/ bayaran perkhidmatan lain-lain untuk kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini?

Anda tidak akan dikenakan apa-apa fi/ bayaran berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh TNGSB sepanjang tempoh hayat kad TNG yang dinaik taraf ini iaitu selama 7 tahun.  

Apakah yang akan terjadi kepada baki wang di dalam kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini jikalau saya tidak menggunakan kad ini selama 7 tahun selepas tarikh transaksi terakhir?

Baki wang di dalam kad tersebut akan diklasifikasikan sebagai Wang Yang Tak Dituntut selepas tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir. TNGSB akan mengambil langkah sewajarnya seperti yang ditetapkan di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 bagi baki wang yang tidak dituntut selepas tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir.

Baki kad anda akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Bagaimanakah saya boleh mengakses kesemua ciri-ciri berkaitan pembelian kad, pautan kad ke Touch n’ Go eWallet dan penambahan nilai bagi kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini?

Sila pastikan aplikasi Touch ‘n Go eWallet anda telah dikemaskini kepada versi terkini (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) seperti yang tersedia di App Store dan Google Play Store. Anda mungkin mengalami kelewatan dalam menerima kemas kini aplikasi, tetapi semua kemas kini seharusnya tersedia sebelum 22 April 2022.

Sejauh manakah kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini perlu berada pada belakang telefon bimbit saya agar “Near Field Communication” (NFC) boleh berfungsi?

Kad TNG yang dinaik taraf mesti diimbas terus di bahagian belakang telefon bimbit anda agar “Near Field Communication” (NFC) berfungsi.

Bagi telefon bimbit berjenama iPhone, imbas kad di bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android dan jenama lain, imbas kad di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan dan juga bergantung pada telefon bimbit anda.

Sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk lokasi pembaca NFC pada telefon bimbit anda sebelum menggunakan kad TNG yang dinaik taraf dengan telefon bimbit anda. Sila pastikan anda mengimbas kad di muka belakang telefon bimbit anda selama lebih daripada 5 saat.

Apakah akan terjadi jikalau telefon bimbit saya tidak mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC)?

Anda masih boleh menggunakan kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf seperti biasa untuk pembayaran di pembaca kad TNG fizikal. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat menikmati ciri tambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet.

Bolehkah saya reload kad TNG NFC di 7-Eleven?

Ya boleh.

Di manakah saya boleh beli kad TNG NFC?

Anda boleh membeli kad TNG NFC daripada Touch ‘n Go eWallet dengan mengklik ikon eShop pada halaman utama apl (apl versi 1.7. 72 dan ke atas), TNG eWallet Lazada eShop dan stesen minyak terpilih.

Bolehkah saya menambah nilai kad TNG tanpa NFC?

Tidak boleh. Ciri tambah nilai Touch ‘n Go eWallet hanya tersedia untuk kad TNG dengan keupayaan NFC. Anda boleh membezakan sama ada kad anda mempunyai keupayaan NFC dengan melihat simbol NFC yang dicetak di sudut kanan atas kad.

Bagaimana untuk mengaktifkan NFC dalam telefon?

Dalam bar tetapan carian, taip “NFC” dan ketik untuk menghidupkannya. Jika anda tidak menemuinya mengikut langkah ini, telefon anda tidak boleh membuat pembayaran tanpa sentuh. Jika telefon anda menyokong pembayaran tanpa sentuh, anda juga boleh menetapkan apl pembayaran lalai dalam tetapan anda.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut