Wang tak dituntut (WTD) dilaporkan meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kini mencecah lebih RM12–13 bilion yang masih belum dituntut oleh pemilik atau waris di Malaysia. Semakan wang tak dituntut boleh dilakukan melalui aplikasi MyGOV atau Portal eGUMIS di pautan: https://egumis.anm.gov.my/.

Merujuk kepada Seksyen 8 Akta WTD 1965, maksud Wang Tak Dituntut (WTD) di bawah kategori (B) adalah wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh melebihi dari tujuh (7) tahun.
Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Wang Tak Dituntut dan bagaimana cara untuk anda membuat semakan serta tuntutan.
Apa Itu Wang Tak Dituntut?
Merujuk kepada Seksyen 8 Akta WTD 1965, maksud Wang Tak Dituntut (WTD) di bawah kategori (B) adalah wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh melebihi dari tujuh (7) tahun.
Ini bermaksud, WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya yang tidak dituntut oleh pemiliknya dalam tempoh tersebut.
Wang tak dituntut atau WTD juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.
Contohnya:
- gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
- dividen;
- keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
- pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama 7 tahun termasuk dalam WTD. Contohnya:
- Akaun simpanan;
- Akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
Begitu juga dengan wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun. Contohnya:
- akaun penghutang dagangan berbaki kredit.
- akaun pemiutang dagangan;
Siapakah Yang Menguruskan Wang Tak Dituntut?
Akauntan Negara Malaysia telah dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut berkuatkuasa pada 1 Jun 1975.
Peranan dan tugas Pendaftar adalah seperti berikut:
- i) Pendaftar bertanggungjawab untuk membayar balik WTD mana-mana pemohon yang dapat membuktikan bahawa pemohon mempunyai hak ke atas WTD tersebut.
- ii) Pendaftar berperanan sebagai pemegang amanah kepada serahan WTD.
- iii) Pendaftar berkuasa untuk memeriksa rekod syarikat atau firma untuk memastikan pematuhan Akta WTD 1965.
- iv) Pendaftar berkuasa menetapkan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta WTD 1965.
Baca juga: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Fungsi Portal eGumis
Portal eGUMIS menyediakan kemudahan seperti berikut
- membuat bayaran serahan WTD melalui FPX;
- memuatnaik Daftar WTD yang telah diencrypt secara atas talian;
- menyemak status serahan WTD yang dikemukakan secara atas talian;
- memuatturun resit serahan WTD;
- memuatturun surat kuiri serahan WTD; dan
- mengemaskini rekod syarikat/firma yang pernah didaftarkan dalam sistem Pendaftar WTD.
Individu dan syarikat/firma dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.
Terdapat kemudahan semakan WTD secara online disediakan oleh Pendaftar. Sila rujuk cara semakan di bawah:
Cara Semakan Wang Tak Dituntut Online Melalui Portal eGumis
Bagi memudahkan urusan semakan WTD online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS.
SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT
Semakan boleh dilakukan melalui portal eGUMISdi pautan https://egumis.anm.gov.my/. Dibahagian atas menu, klik Semakan> Carian WTD.

Kemudian, masukkan no kad pengenalan, tandakan kotak ‘Saya bukan robot’ dan klik Cari. Hasil semakan akan dipaparkan.

Sekiranya anda mempunyai wang yang tidak dituntut dijumpai, anda perlu buat pendaftaran dan log masuk untuk mengetahui secara terperinci nilai wang dan proses tuntutan.
Rujuk cara log masuk, semakan dan proses tuntutan di bawah.
PENDAFTRAN & LOG MASUK PORTA eGUMIS
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Dibahagian atas menu, klik Semakan> Pendaftaran. Anda perlu membuat pendaftaran pengguna secara atas talian untuk membuat tuntutan. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)


Contoh gambar dalam semakan ini menunjukkan RM269.41 Wang Tak Dituntut.
Tekan kotak biru ‘Teruskan Dengan Permohonan’ untuk proses tuntutan.
Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari.
Anda boleh buat carian sekali lagi menggunakan nombor kad pengenalan yang anda inginkan.

Proses Tuntutan WTD
Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut, boleh buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.
Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:
- Empunya/pemilik WTD sendiri;
- Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
- pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
- Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap
Setelah membuat tuntutan, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.


Cara Semakan Wang Tak Dituntut Online Melalui Apps MyGOV
Selain melalui portal eGUMIS, anda juga boleh membuat semakan wang tak dituntut melalui aplikasi MyGOV.
Rujuk cara-caranya berikut:
- Muat turun aplikasi MyGOV di App Store atau Google Play.
- Daftar dan log masuk.
- Skroll ke bawah dan pilih menu ‘Bantuan & Kewangan’.
- Klik “Semakan Wang Tak Dituntut (WTD).
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik “Semak”.
- Bilangan wang tak dituntut dijumpai akan dipaparkan.
Proses tuntutan seterusnya hendaklah melalui portal eGUMIS.
Rujuk panduan bergambar di bawah:






Paparan menunjukkan ada wang yang tak dituntut. Anda boleh membuat tuntutan secara online dengan mengemukakan dokumen pengesahan.
Jika ADA rekod
- Klik “Tuntutan”
- Isi borang tuntutan online
- Muat naik dokumen:
- Salinan IC
- Buku bank / penyata bank (nama sama)
- Dokumen sokongan (jika perlu)
- Hantar tuntutan dan tunggu kelulusan (biasanya beberapa minggu)
- Duit akan dikredit terus ke akaun bank anda.
Maklumat Lanjut
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk garis panduan tuntutan WTD.
- Manual sistem eGUMIS boleh dimuat turun di sini.
Rujuk soalan lazim (FAQ) dalam lampiran di bawah:
Soalan Lazim Wang Tak Dituntut (WTD)
Wang yang patut dibayar secara sah tetapi tidak dituntut dalam tempoh tertentu (1-7 tahun bergantung kategori), seperti gaji, dividen, atau baki akaun bank tidak aktif.
Tiada. Anda boleh membuat tuntutan pada bila-bila masa sahaja. Kerajaan memegang wang tersebut sebagai amanah sehingga ia dituntut oleh pemilik yang sah atau warisnya.
Secara teknikal, anda memerlukan nombor kad pengenalan individu tersebut. Namun, untuk membuat tuntutan, anda mestilah pemilik wang itu sendiri atau waris yang sah (jika pemilik telah meninggal dunia) dengan dokumen sokongan yang lengkap.
Biasanya, proses bayaran balik mengambil masa sekitar satu (1) bulan selepas permohonan yang lengkap diterima dan disahkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Tidak. Segala urusan semakan dan tuntutan melalui portal eGUMIS atau kaunter Jabatan Akauntan Negara adalah PERCUMA. Jangan terpedaya dengan individu yang meminta komisen untuk menguruskan tuntutan anda.
Secara online melalui eGUMIS (egumis.anm.gov.my), app MyGOV, atau kaunter JANM dengan MyKad.




