Kad Pink AEON Bank – Cara Mohon, Kegunaan & Kelebihan

kad pink aeon bank
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kad Pink AEON Bank (Kad Debit-i Visa AEON Bank) ialah merupakan sebahagian daripada produk bank digital patuh syariah pertama di Malaysia yang direka untuk memenuhi keperluan kewangan moden pengguna masa kini.

Yang menariknya, dengan menggunaka kad debit ini anda boleh tukar point ke cash!

Selain itu, ia turut menjadi pilihan popular dalam kalangan pengguna yang mahukan kawalan kewangan lebih baik melalui penggunaan kad debit berbanding kad kredit.

Jom rujuk info penuh mengenai cara mohon, kegunaan serta kelebihan Kad Pink AEON Bank atau Kad Debit-i Visa AEON Bank di bawah.

Apa Itu Kad Pink AEON Bank?

Kad Pink AEON Bank (Kad Debit-i Visa AEON Bank) ialah kad pembayaran rasmi yang dikeluarkan oleh AEON Bank (M) Berhad.

Kad ini boleh dipautkan secara langsung kepada akaun simpanan digital anda untuk digunakan bagi transaksi harian.

Istilah “Debit-i” dan “Visa” membawa maksud teknikal serta fungsi yang berikut:

  • Debit: Kad pembayaran yang memotong baki wang secara langsung daripada akaun simpanan anda, bukannya sistem hutang seperti kad kredit.
  • “-i” (Islamik / Patuh Syariah): Kad ini beroperasi berasaskan prinsip perbankan Islam. Sistem akan menyekat transaksi secara automatik jika digunakan di premis perniagaan yang tidak patuh syariah, seperti premis perjudian atau perjudian siber.
  • Visa: Sistem gerbang pembayaran antarabangsa yang membolehkan kad ini diterima di jutaan kedai fizikal, mesin ATM, dan platform dalam talian seluruh dunia yang mempunyai logo Visa.

Pengguna perlu memuat turun aplikasi AEON Bank untuk menggunakan kad ini kerana aplikasi tersebut bertindak sebagai pusat kawalan utama kad anda.

Tanpa aplikasi, kad fizikal tidak boleh diaktifkan, diuruskan, atau dipantau baki wangnya.

Ciri-Ciri Utama Kad AEON Bank

  • Tanpa Nombor (Numberless Card): Demi keselamatan tinggi, tiada 16-digit nombor kad, tarikh luput, atau kod CVV dicetak pada bahagian hadapan kad. Anda boleh menyemak butiran tersebut dengan selamat melalui aplikasi AEON Bank.
  • Ganjaran Belanja Digital: Pengguna memperoleh mata ganjaran AEON Points untuk setiap transaksi. Mata ganjaran ini boleh ditukar terus menjadi nilai tunai digital (cashback) ke dalam akaun bank anda.
  • Fungsi Tanpa Sentuh: Menyokong ciri Visa payWave dan MyDebit untuk pembayaran pantas di kaunter tanpa perlu memasukkan PIN bagi jumlah di bawah RM250.
  • Kawalan Keselamatan Penuh: Anda boleh mengunci kad sekiranya hilang, menukar had belanja harian, atau mengaktifkan fungsi belian luar negara secara terus menerusi aplikasi telefon pintar.

Konsep Syariah

Kad Debit-i menggunakan konsep Syariah Ujrah (fi). Ujrah (fi) dikenakan kepada anda sebagai pertimbangan terhadap perkhidmatan yang dikenal pasti yang diberikan dan disediakan oleh Bank sepanjang tempoh Kad Debit-i (termasuk tempoh pembaharuan).

Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • Untuk memudahkan pembayaran kepada peniaga yang terlibat.
  • Untuk memudahkan pengeluaran tunai di pelbagai ATM.
  • Untuk memudahkan operasi Akaun Simpanan-i (SA-i) anda yang dipautkan ke Kad Debit-i.

Bank melarang penggunaan Kad Debit-i bagi transaksi yang diklasifikasikan di bawah Kod Kategori Peniaga (MCC) yang tidak mematuhi prinsip Syariah, termasuk tetapi tidak terhad kepada MCC di bawah dan peniaga tidak patuh lain yang mungkin dimaklumkan oleh Bank dari semasa ke semasa:

  • Kedai Pakej – Bir, Wain dan Minuman Keras
  • Loteri Milik Kerajaan (Wilayah AS sahaja)
  • Kasino Atas Talian Berlesan Kerajaan (Wilayah AS sahaja)
  • Lumba Kuda/Anjing Berlesen Kerajaan (Wilayah AS sahaja)
  • Pertaruhan (termasuk tiket loteri, cip permainan Kasino, Pertaruhan dan taruhan luar kesan)
  • Loteri Milik Kerajaan (Luar Wilayah AS)
  • Perjudian – Lumba Kuda, Lumba Anjing, Loteri Negeri
  • Perkhidmatan dan Konten Dewasa
  • Kedai dan Gerai Rokok

Kegunaan/Fungsi

Kad Debit-i Visa AEON Bank boleh digunakan untuk pelbagai transaksi harian di dalam dan luar negara. Berikut adalah senarai lengkap kegunaan dan fungsinya:

1. Pembelian di Kedai Fizikal (Runcit)

  • Bayaran Tanpa Sentuh (Visa payWave): Sentuh kad pada terminal bayaran di kaunter pasar raya, stesen minyak, atau restoran.
  • Bayaran Guna PIN: Masukkan kad ke dalam terminal dan isi 6-digit PIN untuk transaksi bernilai tinggi (melebihi RM250).
  • Premis Kumpulan AEON: Bayar barangan di AEON Mall, AEON Big, AEON MaxValu, dan AEON Wellness untuk kumpul mata ganjaran berganda.

2. Transaksi Atas Talian (Online Shopping)

  • E-Dagang Tempatan & Global: Beli-belah di Shopee, Lazada, Amazon, atau Taobao menggunakan butiran kad (16 digit, tarikh luput, CVV) yang disemak dalam aplikasi.
  • Langganan Servis Digital: Bayar yuran bulanan aplikasi popular seperti Netflix, Spotify, YouTube Premium, iCloud, atau Google One.
  • Tempahan Tiket & Hotel: Tempah tiket penerbangan (cth: AirAsia, Malaysia Airlines) atau hotel (cth: Agoda, Booking.com) secara dalam talian.

3. Pengeluaran Tunai (ATM)

  • ATM MEPS Tempatan: Keluarkan wang tunai di mana-mana mesin ATM bank tempatan di Malaysia yang mempunyai logo MEPS (tiada caj RM1 dikenakan buat masa ini).
  • ATM Luar Negara: Keluarkan mata wang asing di mesin ATM antarabangsa yang mempunyai logo Visa semasa anda melancong.

4. Pautan Dompet Digital (E-Wallet Top-up)

  • Tambah Nilai E-Wallet: Gunakan kad ini untuk menambah baki wang (top-up) ke dalam Touch ‘n Go eWallet, GrabPay, Boost, atau BigPay

5. Pengangkutan & Mobiliti

  • Pengangkutan Awam: Sentuh kad pada pengimbas di stesen LRT, MRT, atau bas (terpilih) yang menyokong sistem bayaran terbuka Visa.
  • Aplikasi Seru-Pandu (Ride-Hailing): Pautkan kad pada aplikasi Grab atau airasia MOVE untuk pemotongan tambang perjalanan secara automatik

6. Pengurusan & Keselamatan Kewangan

  • Akaun Belanja Khas: Jadikan kad ini sebagai akaun simpanan khusus untuk melancong atau berbelanja runcit bagi mengelakkan akaun gaji utama anda terdedah kepada risiko scammer.
  • Kawal Had Belanja: Gunakan aplikasi untuk menetapkan had maksimum belanja harian mengikut bajet anda
Sumber: Mohd Shukur

        Muat Turun Aplikasi AEON Bank

        Aplikasi AEON Bank boleh dimuat turun secara rasmi dan selamat melalui:

        1. Pengguna Android: Muat turun di Google Play Store.
        2. Pengguna iOS (iPhone): Muat turun di Apple App Store.

        Fungsi aplikasi ini adalah untuk:

        • Mengaktifkan kad buat kali pertama selepas kad fizikal dihantar ke rumah.
        • Melihat butiran kad seperti 16-digit nombor kad dan kod CVV untuk beli-belah online (kerana kad fizikal tidak mencetak nombor ini atas faktor keselamatan).
        • Memasukkan wang ke dalam akaun simpanan bagi membolehkan kad digunakan untuk berbelanja.
        • Mengurus keselamatan seperti menukar nombor PIN, mengubah had belanja harian, atau mengunci kad jika hilang.
        • Menebus ganjaran mata AEON Points yang dikumpul daripada hasil leretan kad menjadi wang tunai.

          NOTA: Aplikasi ini hanya tersedia untuk warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad asli. Sila pastikan tetapan rantau peranti anda ditetapkan kepada Malaysia.

          Cara Daftar

          Untuk mendaftar aplikasi AEON Bank, rujuk cara-cara berikut:

          1. Buka aplikasi AEON Bank yang telah dimuat turun.
          2. Sediakan MyKad (Kad Pengenalan) fizikal anda untuk proses pengesahan identiti (e-KYC).Pastikan anda berada di kawasan yang mempunyai pencahayaan yang baik untuk proses imbasan muka dan kad pengenalan.
          3. Sediakan maklumat akaun bank tempatan sedia ada (atas nama anda sendiri) untuk melakukan pindahan wang kali pertama (pindahan minima RM20) bagi mengaktifkan akaun AEON Bank anda.

          Cara Mohon Kad Fizikal AEON Bank

          Nak mohon kad fizikal AEON Bank (Kad Debit-i Visa AEON Bank), mudah je. Sila rujuk langkah-langkah berikut:

          1. Buka aplikasi AEON Bank yang anda sudah muat turun.
          2. Pergi ke halaman Kad dan tekan “Tempah sekarang”
          3. Isikan butiran dan sahkan maklumat penghantaran.
          4. Siap! Kad PINK akan dihantar terus ke rumah anda.

          Saving Pots AEON Bank

          Savings Pot ialah ciri simpanan khas di dalam aplikasi AEON Bank.

          Ia membolehkan pengguna mengasingkan wang daripada akaun utama untuk mencapai sasaran kewangan tertentu.

          Asingkan sikit duit anda masuk dalam tabung ni ikut niat. Contohnya, Tabung Kahwin, Tabung Travel, Tabung Emergency atau apa-apa sahaja.

          Caranya mudah sahaja, rujuk di bawah:

          1. Buka aplikasi AEON Bank anda.
          2. Pilih menu “Saving Pots”
          3. Isi maklumat dan ikut arahan seterusnya.
          4. Selesai!
          Kelebihan Saving Pots AEON Bank

          Kelebihan guna Saving Pot di aplikasi AEON Bank ini, ialah:

          1. Duit Auto-Beranak (Untung Tinggi)

          • Kadar 3.00% p.a.: Bank bagi untung tinggi kalau simpan duit kat sini.
          • Untung Kira Hari-Hari: Bank kira untung setiap hari tau. Hujung bulan, bum! Duit untung masuk akaun. Lagi banyak simpan, lagi lebat masyuk.

          2. Duit Selamat Daripada Scammer

          Duit dalam tabung ni “kebal”. Kalau anda bawa Kad Pink pergi shopping atau kena curi dengan scammer, dorang cuma boleh belanjakan duit yang ada kat Akaun Utama je.

          Satu lagi, duit dalam Savings Pot tak mudah diusik. Kalau anda nak guna duit yang dah simpan dalam Saving Pot tu, kena buka app dulu, lepas tu transfer balik ke akaun utama.

            3. Suka Hati Nak Keluar Masuk (Tak Kena Lock)

            Berbeza dengan Fixed Deposit (FD) bank biasa yang kena simpan berbulan-bulan tak boleh usik, Savings Pot ni sangat fleksibel.

            Contoh, anda dah simpan dalam Saving Pot pagi ni, pastu petang tiba-tiba sesak nak pakai duit dan nak keluarkan balik? Boleh, tak ada penalti atau caj langsung!

              4. Tak Payah Risau Duit Hangus

              Kalau bank bangkrut sekalipun, kerajaan (PIDM) akan ganti balik duit yang disimpan tersebut up to RM250,000. So, anda boleh simpan tanpa was-was.

              Promosi dan Ganjaran Kad AEON Bank

              Kad Debit-i Visa AEON Bank menawarkan pelbagai promosi tunai, program pulangan kesetiaan, dan kadar keuntungan simpanan kompetitif yang dikemas kini untuk tahun 2026.

              1. Ganjaran Mata Kesetiaan (AEON Points)
              • Gandaan 2x AEON Points: Anda akan menerima gandaan dua kali mata ganjaran apabila berbelanja menggunakan Kad Pink di mana-mana cawangan rangkaian AEON terpilih (seperti AEON Mall, AEON Big, dan AEON Wellness) dari hari Isnin hingga Ahad.
              • Penebusan Tunai Langsung: Setiap 200 AEON Points yang terkumpul boleh ditukar terus kepada nilai tunai bernilai RM1. Wang tunai hasil penebusan tersebut akan dikreditkan terus ke dalam Akaun Simpanan-i AEON Bank anda melalui tab “Rewards” di aplikasi.
              2. Kempen Promosi Terkini & Pulangan Tunai (Cashback)
              • Welcome Reward (Grocery Mania): Pengguna baharu yang mendaftar bermula 1 Februari 2026 layak menikmati pulangan tunai sebanyak 3.5% daripada jumlah perbelanjaan barangan runcit mereka.
              • Misi Neko (Neko Missions – F&B): Belanja menggunakan Kad Debit-i AEON Bank di premis makanan dan minuman (F&B) yang sah untuk mengumpul token Neko Paws bagi mendapatkan baucar KFC bernilai RM10.
              • Misi Neko Global (Travel): Pengguna yang melancong dan membelanjakan minimum RM50 menggunakan kad dalam kategori kod peniaga (MCC) pelancongan boleh menebus baucar diskaun 15% untuk eSIM Airalo.
              • Kempen Mengaktifkan Semula Kad (Spend and Win): Bagi pelanggan sedia ada yang kurang aktif, AEON Bank menawarkan pulangan tunai sehingga RM60 untuk perbelanjaan di kedai MyDebit terpilih atau sehingga RM40 menerusi imbasan DuitNow QR.
              3. Keuntungan Simpanan Tinggi (Kadar Promosi)
              • Kadar Keuntungan Simpanan-i (Savings Pot): Wang yang disimpan di dalam fungsi Savings Pot menerusi aplikasi AEON Bank menikmati kadar keuntungan promosi sebanyak 3.00% setahun (p.a.).
              • Deposit Bertempoh-i (Term Deposit-i): Nikmati kadar keuntungan setinggi 3.08% setahun (p.a.) bagi simpanan bertempoh untuk tempoh matang selama 6 bulan.
              4. Ganjaran Program Rujukan (Referral)
              • Bonus RM5 Setiap Rujukan: Anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjemput rakan atau ahli keluarga membuka akaun. Setiap rujukan berjaya yang mendaftar menggunakan kod unik anda akan memberikan anda ganjaran bonus tunai RM5.

              Rujuk lebih banyak promosi terkini di sini: https://www.aeonbank.com.my/promotions/awareness

              Kelebihan

              Kad Pink AEON Bank menawarkan pelbagai kelebihan untuk pengguna, antaranya:

              1. Gandaan 2x AEON Points: Raih mata ganjaran dua kali ganda apabila berbelanja di ekosistem AEON (AEON Mall, AEON BiG, AEON Wellness).
              2. Tukar Mata Kepada Tunai: Setiap 200 AEON Points boleh ditukar terus kepada tunai RM1 ke dalam akaun simpanan anda.
              3. Promosi Pulangan Belanja: Nikmati kempen pulangan tunai (cashback) berkala untuk pembelian barangan runcit dan makanan (F&B).
              4. Kadar Keuntungan Savings Pot: Simpanan harian melalui aplikasi memberikan kadar keuntungan kompetitif setinggi 3.00% setahun (p.a.).
              5. Kadar Simpanan Bertempoh: Pilihan Term Deposit-i menawarkan kadar keuntungan sehingga 3.08% setahun (p.a.) untuk tempoh 6 bulan.
              6. Tiada Caj ATM MEPS: Pengecualian yuran pengeluaran RM1 di semua mesin ATM rangkaian MEPS seluruh Malaysia.
              7. Mesra Transaksi Luar Negara: Menawarkan kadar pertukaran mata wang asing yang kompetitif dan yuran rendah untuk transaksi antarabangsa.
              8. Perbankan Islamik: Beroperasi berlandaskan prinsip Tawarruq dan menyekat transaksi di premis tidak patuh syariah secara automatik.
              9. Kad dihantar ke rumah, percuma
              10. 2 jam parking percuma di AEON Mall

                Cas & Yuran

                Anda perlu membayar fi dan caj berikut (dikenakan untuk Kad Debit-i fizikal sahaja):

                Tempoh Sah

                Kad Debit-i adalah sah untuk tempoh sehingga 5 tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

                Sebagai contoh, jika Kad Debit-i dikeluarkan pada Januari 2024, ia akan kekal sah sehingga Januari 2029.

                Sila ambil maklum bahawa tarikh luput Kad Debit-i dipaparkan dalam aplikasi mudah alih dan tidak dicetak pada kad fizikal.

                Perbezaan Kad Pink AEON Bank vs Member/Wallet AEON

                Jangan keliru tau. Kad Pink AEON Bank dan Member/Wallet AEON adalah berbeza.

                Kad Pink dikeluarkan oleh sebuah bank digital rasmi (AEON Bank).

                Manakala, AEON Member/Wallet ialah program kesetiaan serta dompet digital prabayar di bawah AEON Credit Service.

                Berikut adalah perbezaannya:

                Ciri / Fungsi Kad Pink AEON BankAEON Member / Wallet
                Logo Aplikasi
                Jenis ProdukKad Debit-i (Akaun Bank Simpanan)Kad Ahli & Kad Prabayar (E-Wallet)
                Aplikasi KawalanAplikasi AEON BankAplikasi AEON Wallet
                Kadar KeuntunganMenjana keuntungan simpanan (3.00% p.a.)Tiada faedah/keuntungan atas baki simpanan
                Perlindungan PIDMDilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000Tidak dilindungi oleh PIDM
                Patuh SyariahYa (Sistem tapisan premis haram)Tidak sepenuhnya (Sistem prabayar biasa)
                Sumber DanaDipaut terus dari baki Akaun Simpanan-iPerlu tambah nilai (top-up) secara manual
                Sumber: Eusniey Eusoff

                Maklumat Lanjut

                Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai kad debit AEON Bank, sila rujuk:

                1. Portal rasmi AEON Bank
                2. Helaian Pendedahan Produk
                3. Terma & Syarat
                4. Soalan Lazim AEON Bank

                Hubungi :

                Soalan Lazim Kad Pink AEON Bank

                Apakah itu Kad Pink AEON Bank?

                Kad Pink AEON Bank ialah kad debit berwarna merah jambu yang dikeluarkan oleh AEON Bank, bank digital Islam pertama di Malaysia.

                Adakah Kad Pink AEON Bank percuma?

                Ya, kad ini percuma termasuk penghantaran pos apabila anda membuka akaun simpanan AEON Bank. Tiada caj tahunan atau yuran tersembunyi.

                Di mana boleh saya gunakan Kad Pink AEON Bank?

                Kad ini diterima di mana-mana merchant Visa di Malaysia dan luar negara, termasuk pembelian online (Shopee, Lazada), kedai fizikal, dan pengeluaran tunai di ATM MEPS.

                Adakah ada ganjaran untuk menggunakan kad ini?

                Ya, kumpul AEON Points: 8x untuk beli-belah runcit, 3x di AEON Mall. 200 points = RM1 tunai. Juga parking percuma 2 jam di AEON Mall.

                Bagaimanakah cara memohon Kad Pink AEON Bank?

                – Muat turun aplikasi AEON Bank dari App Store atau Play Store.
                – Daftar akaun dengan e-KYC (upload IC dan gambar wajah).
                – Pilih mohon kad debit-i; kad akan dihantar dalam 5-7 hari bekerja.

                Bagaimanakah cara mengaktifkan kad?

                Selepas menerima kad, buka aplikasi AEON Bank > pilih kad > tetapkan PIN. Kad digital boleh diaktifkan serta-merta untuk transaksi online.

                Betul ke cucuk duit dekat ATM bank lain tak kena caj RM1?

                Betul: AEON Bank menawarkan promosi pengecualian caj MEPS RM1.

                Kat mana nak tengok nombor kad & kod CVV kalau nak beli barang online?

                Disebabkan fizikal kad ini tidak mempunyai sebarang nombor (numberless), anda perlu:
                – Buka aplikasi AEON Bank.Pergi ke tab “Card”
                – Klik pada imej kad maya anda dan pilih “Show Details” (perlu masukkan PIN aplikasi atau imbasan biometrik).
                – Semua maklumat 16-digit nombor, tarikh luput, dan kod 3-digit CVV akan dipaparkan di situ.

                Kenapa saya cuba bayar online atau guna luar negara tapi asyik gagal/reject?

                Anda perlu masuk ke aplikasi AEON Bank > Tab “Card” > “Card Settings” > aktifkan butang Online / Overseas Transaction serta tetapkan had belanja harian (Daily Limit) sebelum membuat bayaran.

                Apa kelebihan bawa Kad Pink AEON Bank ni pergi melancong luar negara?

                – Pengecualian Yuran 1%: AEON Bank memberikan pengecualian yuran perkhidmatan transaksi asing sebanyak 1% bagi perbelanjaan mata wang asing (sama ada secara fizikal atau online).
                – Diskaun Pengeluaran ATM: Anda mendapat diskaun RM5 bagi caj pengeluaran tunai di mesin ATM luar negara rangkaian Visa (caj biasa RM10 / USD1 kini lebih murah).

                Kad ini ada fungsi parking percuma tak dekat AEON Mall?

                Pemegang Kad Debit-i AEON Bank layak menikmati 2 jam parkir percuma di cawangan AEON Mall terpilih yang mengambil bahagian apabila anda menggunakan Kad Pink ini untuk masuk di palang parkir.

                Kalau Kad Pink hilang atau kena curi, apa patut saya buat?

                Jangan panik. Buka aplikasi AEON Bank dengan segera, pergi ke tab “Card”, dan ketik butang “Lock Card” / “Freeze Card”. Kad fizikal anda akan disekat serta-merta daripada sebarang transaksi. Jika kad dijumpai semula, anda boleh buka kunci (unlock) semula dengan mudah.

                Follow eCentral di WhatsApp Channel
                Ikut