Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Untuk Golongan B40

BANTUAN PAKEJ PENJAGAAN COVID-19 (PPC) UNTUK B40 KINI TELAH MULA DIEDARKAN

Kerajaan sangat komited dalam membantu melawan COVID-19 dan setakat ini, Program Imuniasi Covid-19 Kebangsaan (PIC) berjalan dengan melancar untuk mencapai sasaran 80% populasi dewasa di Malaysia mendapat vaksin.

Sejak COVID-19 melanda negara, kerajaan Malaysia sangat komited untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 yang sangat terkesan daripada segi kewangan.

Selaras dengan itu, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakon telah mengumumkan bantuan terbaru yang dikenali sebagai Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) khusus untuk golongan B40.

Senarai bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)

Pakej Penjagaan Covid-19

Objektif utama bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) adalah meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah golongan B40 dan memudahkan mereka mengamalkan norma baharu ketika ini.

Bagi yang layak, mereka akan menerima kit bantuan PPC yang mengandungi beberapa barangan berikut:

  • Pek pelitup muka (4 keping setiap keluarga)
  • Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga)
  • Pulse oximeter
  • Termometer
  • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan

Golongan yang layak untuk menerima PPC

Untuk permulaan, pemberian PPC ini akan diberikan kepada mereka yang juga penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah keluarga.

Penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah keluarga ini biasanya mereka yang sudah berkahwin, sama ada memiliki atau belum mempunyai anak atau ibu bapa tunggal yang mempunyai anak.

Buat masa ini, terdapat 8.4 juta penerima BPR namun untuk golongan yang layak menerima PPC ini, terdapat kira-kira 3.6 juta yang layak.

Secara keseluruhannya, kerajaan akan memperuntukkan RM471.6 juta kepada golongan B40 untuk program Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) ini.

Baca juga:

pakej penjagaan covid-19

Tarikh penerimaan PPC

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Sebanyak 10,000 unit kotak PPC telah diedarkan bermula 29 November 2021.

Gambar-gambar berikut adalah proses pembungkusan semua peralatan kesihatan tersebut sebelum ianya diserahkan kepada Pos Malaysia untuk urusan penghantaran secara berfasa kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!