SPPIM: Cara Daftar Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin Islam Di Malaysia

Untuk makluman, Sistem Pendaftaran Pernikahan kini boleh dibuat secara online melalui SPPIM, iaitu laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

Disini dikongsikan maklumat lanjut tentang SPPIM dan cara-cara untuk mendaftar perkahwinan di laman sesawang tersebut.

Apakah SPPIM?

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Secara Online Di SPPIM

Berikut adalah perkhidmatan online yang boleh dilakukan di laman web SPPIM:

i) Permohonan Berkahwin Online

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di :

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan
  • Johor

Walaubagaimanapun, kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

ii) Pendaftaran Pra-Perkahwinan Online

Pendaftaran PraPerkahwinan Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan membuat pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online.

Pemohon boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran.

Pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri berikut:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis

Namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

iii) Permohonan Nikah, Cerai, Rujuk (NCR) Luar Negara

Modul NCR Luar Negara bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pasangan rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin menguruskan perihal perkahwinan, perceraian dan rujuk yang berlaku di luar negara melalui Pejabat Perwakilan Malaysia.

Anda boleh memilih perihal urusan yang diperlukan mengikut kategori berikut:

  • PENGESAHAN KEBENARAN & STATUS
    Pengesahan ke atas Dokumen Kebenaran Berkahwin atau pengesahan status diri pemohon sama ada belum atau telah berkahwin dan tiada halangan untuk berkahwin dari pejabat kedutaan.
    Permohonan ini hanya diproses selepas pemohon mendapat Surat Kebenaran Berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri.
  • PENGESAHAN DOKUMEN NIKAH
    Pengesahan Dokumen Pernikahan adalah merupakan satu perakuan daripada Pejabat Perwakilan Malaysia terhadap mana-mana dokumen pernikahan yang telah dikeluarkan oleh Badan, Majlis atau Institusi Agama di luar negara yang menguruskan perkahwinan pasangan berkenaan.
    Pengesahan ini tidak mengesahkan keabsahan perkahwinan dari sudut syarak.
  • KETERANGAN NCR
    Keterangan Nikah, Cerai dan Rujuk adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia berdasarkan maklumat daripada Surat Perakuan Nikah, Surat Perakuan Cerai atau Surat Persekedudukan Semula (Ruju’) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk kegunaan semasa tinggal di negara berkenaan. 

Baca juga: Daftar Sistem Temujanji Online Jabatan Imigeresen Malaysia (STO)

iv) RundingCara Online

Rundingcara Online adalah satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada individu atau pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan secara online.

Pemohon juga boleh mendapatkan temujanji sesi rundingcara secara bersemuka dengan pegawai rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri, Pejabat Agama Islam Daerah.

Permohonan Rundingcara melalui online pada masa ini hanya meliputi negeri berikut:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Cara Pendaftaran SPPIM

Cara daftar Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web http://www.sppim.gov.my
  2. Pilih menu Benar Nikah Online
  3. Pilih butang Permohonan Baru
  4. Tekan butang Seterusnya
  5. Isi maklumat bertanda (*) di ruangan lelaki pepermpuan, maklumat kebenaran dan wali
  6. Klik butang Seterusnya dan Hantar
  7. Klik butang Saya Bersetuju dan tekan Hantar
  8. Cetak Borang dan Senarai Semak.
  9. Hantar ke Pejabat Kadi bersama dokumen.
sppim pendaftaran perkahwinan

Baca juga: Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah – Jabatan Agama Islam WP (JAWI)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

  • Negeri Sembilan : 06-6771352 
  • Melaka : 06-333 3333 samb 5630 / 5631 / 5634
  • Perlis : 04-979 4401, Kedah : 04-774 5530 / 5423 / 5424, Perak : 05-208 4853
  • Wilayah Persekutuan : 03-2274 9333 samb 3312 / 3306
  • JAKIM : 03-8870 7527 / 7528

Masa : 09:00 pagi – 04:00 petang | Email : [email protected]

http://www.sppim.gov.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!