JPJeQ – Sistem Nombor Giliran Dalam Talian Untuk Urusniaga JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan JPJeQ bagi menambah baik sistem nombor giliran sedia ada.

Untuk makluman, sistem tersebut juga telah dilancarkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong 12 April sempena sambutan Hari JPJ.

Kini, semakin banyak cawangan akan melaksanakan sistem penggiliran JPJeQ bagi memudahkan urusan di kaunter.

Tahukah anda apakah itu aplikasi JPJeQ dan apakah fungsi serta manfaatnya, serta bagaimana pula cara untuk menggunakannya?

Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang aplikasi sistem nombor giliran dalam talian terbaharu JPJ iaitu JPJeQ.

Apakah JPJeQ?

Sejak PKP bermula, JPJ telah pun meneliti trend orang ramai yang datang ke Jabatan ini, dan prihatin terhadap keluhan mereka yang terpaksa beratur dan menunggu lama dalam membuat pelbagai urusniaga di JPJ.

Atas sebab itu, JPJ mengambil inisiatif untuk memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ.

Sistem ini merupakan salah satu inovasi prihatin rakyat oleh JPJ bagi memastikan pelanggan sentiasa selesa dan berpuas hati semasa mendapatkan perkhidmatan.

Baca juga: Diskaun 70% Saman JPJ Mulai 13 April Hingga 11 Jun 2021

Fungsi

Aplikasi JPJ eQ ini merupakan aplikasi secara mobile yang membenarkan pelanggan

  • membuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan
  • menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran
  • mengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3C’s (Crowded, Confined, Close) iaitu mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

Secara ringkasnya, kita hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran kita. Maka, kita tak perlu berbaris dan menunggu.

Lepas dah ambil nombor, bolehlah kita pergi tempat lain dulu kalau angka giliran masih lambat.

Ia juga akan memberi notifikasi kepada kita apabila masa ketibaan giliran telah hampir tiba.

Sistem ini juga Mesra Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, dan Berkeperluan Khas.

Cara Memohon Nombor Giliran JPJeQ

Untuk memohon nombor giliran JPJeQ, sila ikuti langkah berikut:

  1. Semak cawangan terdekat
  2. Hadir ke cawangan dan imbas kod QR
  3. Pilih perkhidmatan yang ingin dilakukan
  4. Anda akan menerima notifikasi nombor giliran
  5. Setelah nombor giliran semakin hampir, anda akan diminta untuk ke kaunter bagi melakukan urusan yang dinyatakan tadi.

Dapat Memudahkan Urusan & Menjimatkan Masa

Rata-rata ramai yang memang tertunggu-tunggu dan sangat berpuas hati dengan penggunaan aplikasi JPJeQ ini.

Walaupun ia baru diperkenalkan, aplikasi ini mendapat banyak pujian dan komen positif di Google Play Store dan iOs Store.

Antara komen pengguna:

Satu usaha yang baik dalam sistem penyampaian yang lebih berkesan kepada pelanggan, perlu ditambah baik contohnya pelanggan hanya perlu log in dari apps untuk dapatkan no Giliran. Tidak perlu tunggu sampai pukul 8 pagi hanya semata-mata nak imbas QR code. Terima kasih! – Razin Hasya

Saya suka sangat dengan apps ni..dulu sy perlu ambil masa menunggu di dalam JPJ tp skrg, saya boleh selesaikan urusan lain sementara memantau no giliran sy dr jauh..no yg dipanggil juga tepat dgn situasi sebenar..siap ada reminder lg..thanks JPJ n gov of malaysia.. – Nurul Hidayatullah

Baca juga: JPJeBid: Cara Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan (Nombor Plate Cantik)

Muat Turun Aplikasi JPJeQ

Memang menarik dan amat memudahkan aplikasi terbaru JPJ ni kan?

JOM MUAT TURUN JPJEQ SEKARANG!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!