Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, sehingga 31 Disember 2025, JPJ menawarkan diskaun saman 50 peratus bagi pembayaran saman.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang tawaran pengurangan / diskaun 50% saman JPJ tahun 2025 ini yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2025.
Kadar Kompaun & Diskaun Saman JPJ 2025
Pihak JPJ telah mengumumkan Tawaran Kompaun Khas Kadar Rata (Flate Rate) – RM150 kepada notis-notis saman JPJ yang terpilih sehingga 31 Disember 2025.
Perincian Inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flate Rate) adalah seperti berikut:
Hanya tiga (3) notis saman JPJ akan diberikan dengan kadar rata (flate rate) RM150:
i. Saman AwAS (Saman 53A) – Oktober 2018 sehingga kini;
ii. Notis 114 (Notis Panggilan Temu Siasat) – Tahun 2024 dan ke bawah;
iii. Notis 115 / Notis JPJ (P 23) (Permintaan Butir-Butir Pemandu) – Tahun 2024 dan ke bawah.
Cara Semakan & Pembayaran Saman JPJ
Semakan saman boleh dilakukan oleh orang awam melalui saluran berikut:
i. Aplikasi MyJPJ;
ii. Portal Awam mySIKAP;
iii. Kios JPJ;
iv. JPJ Mobile; dan
v. Kaunter JPJ.
Kaedah pembayaran tawaran Kadar Kompaun Khas tersebut boleh dilakukan oleh orang awam melalui saluran yang disenaraikan kecuali saluran MyEG dan Pejabat Pos Malaysia:
i. Aplikasi MyJPJ;
ii. Portal Awam mySIKAP;
iii. Kios JPJ;
iv. JPJ Mobile; dan
v. Kaunter JPJ.
Tindakan disenarai hitam secara automatik melalui sistem JPJ selepas 1 Julai 2025.
Oleh itu, orang awam disarankan untuk menyelesaikan notis-notis saman JPJ yang disenaraikan dalam tempoh tawaran berkenaan dan kegagalan mengambil peluang ini akan mengakibatkan berlaku sekatan urus niaga selepas tempoh tawaran pembayaran khas kompaun ini berakhir.
JPJ Malaysia sentiasa komited dan berusaha memastikan ekosistem penyampaian perkhidmatan JPJ berlandaskan kepada kesejahteraan dan kelestarian rakyat.
Maklumat Lanjut Diskaun Saman JPJ 2025
Jika anda masih belum muat turun aplikasi JPJ, sila rujuk cara daftar MyJPJ dalam infografik di bawah:
Semoga perkongsian ini memberikan pencerahan kepada persoalan yang diajukan sebelum ini.
Sebarang pertanyaan hubungi : 03-27242522
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://public.jpj.gov.my/ atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.
- Facebook JPJ : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia