Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat

SSM menyediakan pelbagai platform bagi memudahkan para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan sama ada secara manual di Kaunter SSM, Bank Rakyat, BSN atau lebih mudah kita boleh renew SSM online saja.

Memang rugi kalau perniagaan yang telah didaftarkan dibiarkan expired, sebab kalau SSM tamat tempoh melebihi setahun, kita dah tak boleh perbaharui lesen tu lagi.

Sekarang ni dah mudah dan dah boleh buat online, tambahan pula dalam tempoh PKP ini, pengecualian kompaun atas kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan akan diberikan kepada perniagaan yang tamat tempoh mulai 17 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Jadi, jangan berlengah lagi untuk renew SSM online atau secara manual.

Di sini kami kongsikan caranya.

Cara Renew SSM Online Melalui EzBiz

Sekarang ni sebenarnya ada banyak laman web pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan.

Ada yang menaikkan harga berkali ganda berbanding harga sebenar yang dicaj oleh SSM.

Oleh itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia ingin mengingatkan kepada orang ramai agar berwaspada dengan laman sesawang oleh pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan.

renew ssm online

Maka, pastikan anda semua layari laman web yang sah hanya di: https://ezbiz.ssm.com.my/

Di sini kami terangkan cara renew SSM online melalui ezBiz.

1. Layari Laman Web ezBiz.ssm.com.my

Mula-mula, layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/

Tekan butang sign up untuk mendaftar.

2. Daftar Sebagai Pengguna

Pelanggan perlu mendaftar sebagai pengguna portal Ezbiz Online terlebih dahulu.

Tekan butang ‘Sign Up’ dan isikan maklumat No IC dan Nama penuh seperti dalam kad pengenalan.

cara renew ssm online

3. Buat Pengesahan

Kemudian, pelanggan perlu membuat pengaktifan akaun dengan hadir ke pejabat SSM berhampiran;

ATAU

Pelanggan boleh memajukan email permohonan pengaktifan ID
pengguna dengan melampirkan dokumen wajib kepada [email protected]

Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  • Kad Pengenalan depan dan belakang;
  • Gambar pemohon bersama kad pengenalan yang dipegang di paras leher.
    • Pastikan gambar mempunyai resolusi tinggi agar perincian di kad pengenalan adalah jelas.
    • Pemohon adalah dinasihatkan mengambil gambar berlatarbelakangkan dinding kosong;
  • Lain-lain dokumen rasmi seperti lesen memandu / passport / sijil lahir / sijil nikah / apa-apa bil atas nama sendiri / lain-lain dokumen rasmi yang dirasakan sesuai,

Pelanggan akan menerima emel bahawa pengaktifan ID Ezbiz telah berjaya dan pelanggan boleh meneruskan transaksi yang dikehendaki di Ezbiz online.

Nota:
Tatacara ini hanya terpakai ketika tempoh PKP ini sahaja atau sehingga diberitahu kelak. Selepas berakhir tempoh ini, pemilik perniagaan perlu hadir ke kaunter SSM yang berdekatan untuk pengaktifan ID ini.

4. Login Semula & Renew SSM Online

Setelah mendapat e-mel pengesahan, anda bolehlah membuat pembaharuan lesen perniagaan melalui laman web ezBiz yang telah didaftarkan tadi.

Langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Pergi semula ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik bahagian ‘My Business Service’
  4. Pilih ‘Renewal by Owners’
  5. Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
  6. Klik di simbol ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  7. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
    (BORANG A1)
  8. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun)
  9. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.
  10. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa
    15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.

NOTA: Pembaharuan pendaftaran perniagaan melalui Ezbiz Online
dilakukan secara auto approved.

Baca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

Cara Renew SSM Secara Manual Di Kaunter SSM, BSN & Bank Rakyat

Jika anda lebih sukakan cara manual dan pergi ke kaunter, anda boleh berurusan di mana-mana kaunter perkhidmatan melalui kaedah temujanji untuk elak beratur panjang.

Borang temujanji : https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Temujanji.aspx

Selain di Pejabat atau Cawangan SSM, kini anda juga boleh membuat pembaharuan lesen perniagaan di BSN atau Bank Rakyat.

renew ssm online

Syarat Perbaharui Lesen Perniagaan SSM

  1. Pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkan
    untuk membuat permohonan.
  2. Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa
    sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12)
    bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

Harga Renew Lesen SSM

Fi yang dikenakan adalah bergantung kepada jenis perniagaan.

  1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri
    seperti di kad pengenalan – RM30.00
  2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian
    menggunakan nama tred – RM60.00
  3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan
  4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

Kompaun / Denda Lewat Renew SSM Tamat Tempoh

Untuk makluman, pengecualian kompaun atas kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan akan diberikan kepada perniagaan yang tamat tempoh mulai 17 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Sistem telah dikemaskini secara automatik bagi mengelakkan pemilik perniagaan dikenakan kompaun.

Walau bagaimanapun, pemilik perniagaan yang mempunyai perniagaan yang telah tamat sebelum tarikh tersebut masih boleh membuat rayuan pengurangan kompaun tertakluk kepada keputusan SSM.

Apa Nak Buat Kalau SSM Expired Lebih Setahun?

Seperti yang dimaklumkan di atas, perakuan pendaftaran yang telah luput melebihi setahun tidak lagi boleh diperbaharui.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika anda mahu ‘menghidupkan semula’ atau menggunakan nama perniagaan tersebut?

Pemilik perniagaan boleh mendaftar perniagaan yang baharu menggunakan nama perniagaan yang lama (carian nama akan dilakukan terlebih dahulu.

Jika nama perniagaan tersebut belum digunapakai lagi, nama
perniagaan tersebut boleh digunakan).

Namun demikian, nombor pendaftaran yang baharu akan diberikan.

Dalam masa yang sama pemilik perniagaan boleh membeli surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) dengan bayaran RM10.00 sebagai dokumen sokongan untuk diberikan kepada agensi yang berkenaan (jika perlu).

Surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) ini hanya boleh dibeli di kaunter SSM sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau update terkini tentang SSM, sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia di saluran rasmi berikut:

  • www.ssm.com.my
  • www.facebook.com/ssmofficialpage
  • www.twitter.com/ssmofficialpage
  • www.youtube.com/ssmofficialpage
  • www.instagram.com/ssmofficialpage

Leave a Comment