Advertisements

WavPay : Cara Daftar e-Wallet & Panduan Penggunaan

Advertisements

Di Malaysia kita sudah mempunyai banyak penyedia perkhidmatan e-Wallet dan salah satu daripadanya yang semakin meningkat naik adalah WavPay.

Penggunaan e-Wallet pada masa kini merupakan satu kemudahan yang memanfaatkan teknologi kerana kita tidak lagi perlu mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM untuk berbelanja.

Sebilangan pemain penting, termasuk pelbagai sektor kerajaan dan organisasi perkhidmatan kewangan yang besar, memacu transformasi daripada urus niaga berasaskan tunai kepada tanpa tunai.

Wavpay memperkenalkan Wavpay E-Wallet untuk menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk menikmati pengalaman pembayaran mudah alih tanpa tunai.

Ia menawarkan kaedah pembayaran digital alternatif untuk berurus niaga dengan selamat menjadikan pembayaran bil dan tugas biasa mudah serta mengalami transaksi yang lebih pantas.

Advertisements

Pelbagai fungsi dan kemudahan

Wavpay E-Wallet ialah instrumen pembayaran tanpa tunai yang tersedia untuk dimuat turun ke telefon pintar anda menjadikannya dompet elektronik yang selamat dan dipercayai.

Anda boleh menambah nilai wang melalui perbankan internet dan juga melalui kad debit/kredit yang dibenarkan. Wavpay E-Wallet membolehkan anda melakukan transaksi yang lebih pantas dan selamat.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Antara perkhidmatan dan fungsi yang disediakan adalah:

  1. Pembayaran sewaktu pembelian
  2. Pembayaran bil
  3. Pemindahan dan permintaan wang
  4. Fungsi pengurusan kewangan dan perbelanjaan

Muat turun aplikasi

Sekiranya anda berminat untuk mencuba WavPay, anda boleh memuat turun aplikasi WavPay ini secara percuma untuk pengguna sistem operasi Android dan iOS dengan mengklik salah satu pautan di bawah:

  1. Google Play – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengguna iOS

Untuk keselamatan anda, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi bagi perkhidmatan e-Wallet ini daripada sumber yang dipercayai sahaja.

Cara Daftar Wallet

Proses pendaftaran bagi mengaktifkan PavWay juga cukup mudah dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun dan pasang aplikasi WavPay terlebih dahulu
  2. Buka aplikasi di peranti mudah alih anda
  3. Klik pada butang Sign Up
  4. Lengkapkan segala maklumat yang diminta. Anda perlu memuat naik gambar kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahaan.
  5. Tetapkan 6 digit nombor PIN anda yang akan digunakan untuk pengesahan setiap kali membuat transaksi

Cara penggunaan

1. Scan dan bayar

2. Pengeluaran wang

3. Pemindahan wang

4. Tambah nilai

Leave a Comment