Jofliam Biodata Lengkap – Pemilik Piza Wagyu Viral
Bagi penggemar piza wagyu viral pasti tidak asing lagi dengan nama Jofliam. Kuasa viral, ramai yang sanggup beratur panjang dan menunggu giliran untuk merasakan kelazatan piza buatan sendiri dari beliau itu.
Justeru, untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai Jofliam.
Baca juga:
Biodata Lengkap Jofliam
Nama | Jofli Abu Bakar |
Nama Panggilan | Jo, Jofliam |
Pekerjaan | Pempengaruh media sosial, Usahawan, Cef Piza |
Akaun Media Sosial | Instagram @jofliam |
Kehidupan Peribadi
Jofliam mendirikan rumah tangga bersama Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Han dan Yuki.
Kerjaya & Profesional
Jofliam memulakan minatnya dalam dalam pembuatan piza semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan mula menjualnya secara komersial pada 2021.
Beliau mula dikenali kerana piza wagyu buatannya yang eksklusif dan sukar didapati. Piza tersebut, dijual pada harga RM150 sekotak, menjadi popular kerana penggunaan bahan premium seperti daging wagyu Marble 8 dan saffron, serta cara penyediaan yang sangat terhad, di mana pesanan hanya dibuka di Instagram beliau pada hari-hari tertentu sahaja
Walaupun pada asalnya sekadar hobi, beliau telah mengembangkan bakatnya dengan menyertai pertandingan piza antarabangsa.
Pencapaian Jofliam
Pada tahun 2023, Jofliam mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama yang menyertai dan berjaya mendapat tempat keempat dalam Tutto Pizza Expo di Naples, Itali.
Selain itu, beliau juga diiktiraf oleh Associazione Pizzaiuoli Napoletani, organisasi terkemuka dalam dunia piza Neapolitan.
Nama beliau bukan sahaja dikenali kerana kemahirannya dalam pembuatan piza, tetapi juga kerana sifat murah hatinya.
Di mana beliau pernah viral kerana mengagihkan piza wagyu secara percuma kepada mangsa banjir.
Jofliam dan Cik Epal Bercerai?
Baru-baru ini media sosial hangat dengan berita mengenai Jofliam yang membuat pendedahan mengenai status rumah tangganya yang terkini menerusi hantaran di Instagram Story.
Jofliam menjelaskan bahawa statusnya kini “bukan lagi suami” kepada Cik Epal.
“Saya bukan lagi suami kepada Cik Epal. Saya bukan lagi suami sesiapa dan urusan saya di sini adalah demi Top 100 Pizza,” tulisnya yang kini sedang berada di Milan, Itali untuk menyertai Pertandingan Top 100 Pizza.
Trending sekarang
Jofliam juga tidak mengikuti (follow) isterinya, Cik Epal di laman Instagram. Di Instagram pula, Cik Epal turut memuat naik satu posting berhubung dengan suaminya itu.
Menurut Cik Epal, dia masih mempunyai rasa hormat terhadap Jofliam kerana sosok lelaki tersebut adalah ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada kedua-dua cahaya matanya, Han dan Yuki.
“Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan.
Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang,” tulisnya di hantaran Instagram semalam.
Dengan perkhabaran berita mengenai rumah tangga beliau itu, diharapkan kedua-dua pihak dapat mencapai kata sepakat yang terbaik dan dipermudahkan urusan segala urusan selepas ini.
Sumber:
- Instagram @jofliam
- Instagram @cikepal06