Jodoh Darul Iman – Daftar Aplikasi Cari Jodoh Online Patuh Syariah

jodoh darul iman
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Tahukah anda, Jodoh Darul Iman merupakan sebuah aplikasi yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada golongan yang belum berkahwin untuk mendapatkan jodoh dengan mudah dan bersesuaian secara maya melalui pautan http://jodohdaruliman.com/ . Aplikasi percuma ini direka untuk memudahkan rakyat Terengganu mencari pasangan hidup dan membantu rakyat Terengganu membina hubungan yang lebih erat dan mengukuhkan institusi kekeluargaan di negeri ini. Portal ini juga membantu belia Muslim mencari pasangan hidup dengan cara yang halal, selamat dan terhormat.

Semua maklumat individu yang dimuatkan dalam aplikasi ini adalah sulit dan akan diuruskan oleh pegawai yang bertanggungjawab.

Selain itu, semua pertemuan antara bakal calon pasangan akan diuruskan oleh pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang bertanggungjawab menguruskan aplikasi mencari jodoh patuh syariah ini.

Portal ini telah dilancarkan pada 7 Ogos 2025. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Turut hadir YB Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri.

Tujuan

Aplikasi Jodoh Darul Iman dibangunkan dan diperkenalkan untuk tujuan berikut:

  • Memberi peluang kepada golongan yang belum berkahwin untuk mendapatkan jodoh dengan mudah.
  • Menolong golongan yang berkeinginan untuk berkahwin bagi mendapatkan pilihan calon yang memenuhi kriteria kedua belah
  • Mencipta suasana yang selesa diantara generasi muda yang ingin memulakan penghidupan

Syarat Penyertaan ‘Jodoh Darul Iman’

Berikut merupakan syarat yang ditetapkan bagi individu yang berminat untuk menggunakan aplikasi Jodoh Darul Iman ini bagi tujuan mencari jodoh:

  • Ibu Tunggal atau Bapa Tunggal dalam kalangan rakyat negeri Terengganu sahaja boleh menyertai aplikasi ini dan berminat mencari jodoh.
  • Rakyat Negeri  Terengganu lelaki mahupun perempuan yang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Rakyat Negeri Terengganu yang belum berkahwin atau ibu / bapa tunggal yang berhasrat mencari jodoh
  • Bagi yang belum berkahwin, perkahwinan adalah untuk kali pertama sahaja dan bukan untuk tujuan berpoligami

Cara Daftar Proses Mencari Jodoh Melalui ‘Jodoh Darul Iman’

PENDAFTARAN KINI DIBUKA!!!

Berikut merupakan carrta alir proses mencari jodoh melalui aplikasi Jodoh Darul Iman ini:

  1. Pendaftaran – Pengguna pergi ke laman web http://jodohdaruliman.com/
  2. Verifikasi – Pengguna mendaftar sebagai ahli
  3. Maklumat – Maklumat ahli disimpan untuk rujukan
  4. Semakan – Semakan status melalui penerimaan emel
  5. Pendaftaran berjaya
  6. Akses & Ujian Personliti
  7. Cari Pasangan – Proses mencari pasangan mengikut kriteria dan pilihan pengguna
  8. Pertemuan – Pertemuan di pejabat Agama Daerah / bersama pihak ketiga bagi proses seterusnya

Muat Turun Aplikasi

Aplikakasi Jodoh Darul Iman masih dalam pembinaan dan ketika artikel ini ditulis, ianya sudah 95% siap.

Untuk maklumat terkini, layari laman web rasmi https://jodohdaruliman.com/

Artikel berkaitan: Bendera Terengganu: Makna & Sejarah di Sebalik Bendera

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Sila rujuk FAQ / SOALAN LAZIM berkenaan aplikasi ini:

Apakah Jodoh Darul Iman?

Platform pencarian Jodoh Patuh Syariah untuk rakyat Terengganu bagi membantu belia Muslim mencari pasangan hidup dengan cara yang halal, selamat dan terhormat secara atas talian melalui pautan https://jodohdaruliman.com/

Apakah syarat kelayakan untuk menyertai Jodoh Darul Iman?

Kelayakan Pengguna
1. Beragama Islam.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Masih bujang, duda atau janda.
4. Tidak menyalahgunakan identiti atau status diri.

Bagaimana nak tahu lebih lanjut tentang proses cari jodoh?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau ingin melaporkan salah laku, sila hubungi:
Emel: [email protected]
Telefon: 09-624 9355/57/58 (waktu pejabat sahaja)
Laman web: https://jodohdaruliman.com/

Adakah portal ini patuh syariah?

Ya. Portal ini bukan sahaja menyediakan platform digital pencarian jodoh secara patuh syariah, malah turut disertai bimbingan, panduan dan pemantauan yang sistematik.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai garis panduan patuh syariah, sila teruskan membaca bahagian Panduan Pematuhan Syariat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau ingin melaporkan salah laku, sila hubungi:
Emel: [email protected]
Telefon: 09-624 9355/57/58 (waktu pejabat sahaja)
Laman web: https://jodohdaruliman.com/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut