Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak kecil berumur 3 bulan hingga 4 tahun untuk kemasukan ke Jauhar Child Care Centre (JCC) iaitu taska di bawah YPKDT.
Taska ini dikhaskan untuk kemasukan anak daripada keluarga B40 dan M40 di Negeri Johor.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke taska ini.

Mengenai Jauhar Child Care Centre
Jauhar Childcare Centre (JCC) yang merupakan pusat asuhan, didikan dan perkembangan awal kanak-kanak.
JCC dibangunkan khusus kepada kanak-kanak berusia empat (4) tahun ke bawah di Negeri Johor dengan menggunakan Modul Jauhar yang telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Penubuhan Jauhar Childcare Centre (JCC) ini juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan pembentukan keluarga yang sejahtera disamping dapat meningkatkan produktiviti golongan wanita yang bekerja.
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat sehingga pada 14 Oktober 2025 (Selasa).
Keistimewaan Jauhar Child Care Centre
Antara keistimewaan taska ini adalah seperti berikut:
- Aktiviti pembelajaran dan perkembangan awal oleh staf terlatih.
- Taska di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Johor.
- Persekitaran selamat, mesra, dan bersih.
Waktu Operasi Jauhar Child Care Centre
Waktu operasi bagi taska ini adalah seperti berikut:
| Hari | Waktu Operasi | Lebih Masa |
| Isnin-Jumaat | 7.30 pagi-5.30 petang | Selepas 6.00 petang |
| Sepanjang Bulan Ramadhan | 7.30 pagi-5.00 petang | Selepas 5.30 petang |
| Sabtu dan Ahad | Tidak Beroperasi | – |
| Hari Cuti Am Johor | Tidak Beroperasi | – |
Senarai Jauhar Child Care Centre
Senarai JCC di seluruh Negeri Johor adalah seperti berikut:
| JCC | Penyelia | Pendidik | Alamat | No Tel |
| JCC Kota Iskandar | Nur Syafiza binti Sazali | 9 orang | BERHADAPAN YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM, TINGKAT 1 & 2 BANGUNAN DATO’ MUHAMAD IBRAHIM MUNSYI, KOTA ISKANDAR, 79603 ISKANDAR PUTERI, JOHOR. | 07-266 7359 |
| JCC Pontian | Nur Syafiqah binti Mohd Darwis | 3 orang | JKR 2046, JALAN UTAMA, TAMAN MEGAH, 82000, PONTIAN, JOHOR. | 07-6860578 |
| JCC Muar | Ezatul Najwa binti Mohd Daud | 6 orang | JKR 990 JALAN ABDUL RAHMAN, 84000 MUAR, JOHOR | 06-9538553 |
| JCC Batu Pahat | Nurul Nazreen binti Buang | 3 orang | JKR 640, JALAN DATO’ MOHD SHAH, 83000 BATU PAHAT, JOHOR. | 07-4335949 |
| JCC PPR Melana Indah Fasa 2 | Nurul Nabihah binti Hassan | 2 orang | PTD 72264, SUNGAI MELANA , SKUDAI KIRI, MUKIM PULAI , 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR. | |
| JCC PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau | – | |||
| JCC RSK Taman Cendana, Pasir Gudang | ||||
| JCC Kluang | ||||
| JCC Stulang | ||||
| JCC Segamat | Nurul Ainul Nadia binti Razali | 7 orang | JALAN GUDANG UBAT, 85000 SEGAMAT JOHOR | 07-932 0230 |
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi kemasukan ke taska ini adalah seperti berikut:
- Terbuka untuk bayi dan kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 4 tahun.
- Ibu bapa dan Kanak-kanak mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
- Pendapatan ibu bapa / penjaga dibawah RM7000.00 sebulan.
- Kanak-kanak bukan keperluan khas (ADHD, Autism dan lain-lain)
- Tidak mempunyai penyakit kronik seperti Asthma, Epilepsy, G6PD dan lain-lain.

Cara Memohon Jauhar Child Care Centre
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan https://simtas.ypkdt.gov.my/register.
Soalan Lazim Jauhar Child Care Centre
JCC merupakan pusat asuhan, didikan dan perkembangan awal kanak-kanak di Negeri Johor khusus kepada kanak-kanak berusia empat (4) tahun ke bawah dengan menggunakan Modul Jauhar yang telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Keistimewaan JCC adalah aktiviti pembelajaran dan perkembangan awal oleh staf terlatih, taska di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Johor dan persekitaran selamat, mesra, dan bersih.
Tidak, tadika ini hanya untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah sahaja.
Waktu operasi taska ini adalah pada 7.30 pagi-5.30 petang setiap hari dari Isnin sehingga Jumaat.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai JCC, sila layari laman web https://ypkdt.gov.my/en/jauhar-child-care-centre-jcc/.
Baca juga: Sekolah Model Khas KPM 2026 – Senarai Sekolah & Permohonan




