SPM Ulangan (SPMU) 2025 – Jadual, Tarikh & Keputusan
Bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan atau SPM Ulangan (SPMU) jadual dan tarikh ujian bagi setiap kertas yang diambil kini boleh dirujuk bagi memudahkan perancangan anda.
Pengenalan SPM Ulangan (SPMU)
SPMU merupakan sebuah ujian ulangan bagi pelajar yang pernah menduduki peperisaan SPM sahaja bagi memberi peluang kepada mereka mendapatkan keputusan yang lebih baik berbanding keputusan terdahulu.
Bagi tahun 2025, SPMU dilaksanakan pada bulan Julai September 2025 dengan mata 3 mata pelajaran yang terdiri daripada 8 kertas peperiksaan.
Mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Matematik
Tarikh Pendaftaran SPMU
Tarikh pendaftaran terbahagi kepada 2 fasa:
- Fasa 1: 1/3/2025 – 31/3/2025 (Pernah menduduki SPM dan memperoleh gred)
- Fasa 2: 1 Mei 2025 – 15 Mei 2025 (Terbuka kepada lepasan SPM 2024 sahaja)
Permohonan calon persendirian hanya dilakukan secara atas talian sahaja di laman sesawang https://sppat.moe.gov.my atau terus ke pautan pantas https://sppat2.moe.gov.my/cp/index.asp
Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran SPMU adalah bayaran asas dan bayara mengikut mata pelajaran yang didaftarakan.
Pembayaran dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik.
Calon hendaklah membuat pembayaran semasa permohonan dibuat atau selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari. Sekiranya bayaran tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut, pendaftaran akan terbatal secara automatik (sila simpan resit untuk rujukan).
Sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres tidak lagi digunakan.
Teruskan bacaan untuk menyemak Jadual SPM Ulangan di bawah.
Artikel berkaitan: Takwim Cuti Sekolah 2025 / 2026 & Kalendar Akademik KPM
Semakan Status Pendaftaran
Kenyataan Semakan bukanlah dokumen rasmi pendaftaran. Ia adalah sebagai makluman awal bahawa calon telah melaksanakan pendaftaran dan setelah nama anda ditemui dalam sistem, anda boleh menyemak Jadual SPM Ulangan di bawah ini.
Tarikh semakan status pendaftaran adalah mulai 21/04/2025.
Bagi calon persendirian yang telah pun mendaftar bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), anda boleh membuat semakan status pendaftaran melalui Portal Pendaftaran Peperiksaan di alamat https://sppat2.moe.gov.my/
Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang semak.
Jadual dan Tarikh SPM Ulangan
Pastikan anda meneliti masa peperiksaan dengan betul dan hadirkan diri sekurang-kuranganya 10 minit lebih awal untuk melapor diri dan membuat pengesahan kehadiran oleh pengawas bilik menunggu.
*Jadual dan Tarikh SPM Ulangan akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat oleh pihak KPM.
Semakan Keputusan Peperiksaaan SPM Ulangan 2025
*Akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat oleh pihak KPM.
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, talian Jabatan Pendidikan Negeri boleh dihubungi melalui nombor berikut:
Calon Persendirian memperolehi keputusan peperiksaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri di negeri tempat calon mendaftar peperiksaan.
Calon Persendirian memperolehi sijil peperiksaan/pernyataan keputusan melalui Jabatan Pendidikan Negeri di negeri tempat calon mendaftar peperiksaan.