Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jadual SPMU 2026 (Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan) belum diumumkan secara lengkap.

Tarikh Peperiksaan SPMU 2026 pula dijadualkan pada 14 hingga 16 Julai 2026 untuk tiga subjek iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik sahaja.

Semakan Jadual, Tarikh & Keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2026 boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi lp.moe.gov.my pada tarikh yang dimaklumkan kelak.

Rujuk info penuh mengenai SPMU 2026 di bawah.

Ringkasan Jadual & Pendaftaran SPM Ulangan (SPMU) 2026

SPM Ulangan (SPMU) adalah peluang bagi calon yang ingin memperbaiki keputusan atau gagal dalam subjek teras. Bagi sesi 2026, pendaftaran dilakukan secara dalam talian sepenuhnya melalui portal SPPAT.

  • Tarikh Pendaftaran: 1 Mac hingga 30 April 2026.
  • Subjek Ditawarkan: Bahasa Melayu (BM), Sejarah, dan Matematik sahaja.
  • Semak Jadual Peperiksaan : Melalui laman web lp.moe.gov.my
  • Tarikh Peperiksaan: Dijangka berlangsung pada 14 hingga 16 Julai 2026

Apa Itu SPM Ulangan (SPMU)?

SPMU (Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan) ialah sebuah ujian ulangan bagi pelajar yang pernah menduduki peperisaan SPM sahaja bagi memberi peluang kepada mereka mendapatkan keputusan yang lebih baik berbanding keputusan terdahulu.

  • Peperiksaan khas yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Dibuka kepada calon yang ingin mengulang mata pelajaran tertentu dalam SPM untuk memperbaiki keputusan.
  • Biasanya subjek yang paling ramai calon ambil semula ialah Bahasa Melayu dan Matematik, sebab ia syarat penting untuk sambung belajar atau memohon kerja kerajaan.

Siapa yang boleh ambil SPMU?

  • Calon sekolah (yang sudah menduduki SPM tetapi mahu ulang).
  • Calon persendirian (bekas pelajar atau individu yang layak).

Kenapa SPMU penting?

  • Memberi peluang kedua untuk naikkan gred.
  • Boleh buka lebih banyak peluang melanjutkan pelajaran ke kolej/universiti.
  • Menambah baik kelayakan untuk pasaran kerja.

👉 Senang cerita, SPMU = “SPM kali kedua”, khas untuk pelajar yang nak upgrade keputusan subjek tertentu.

Subjek SPMU 2026

Bagi tahun 2026, SPMU dilaksanakan pada bulan Julai 2026 dengan mata 3 mata pelajaran yang terdiri daripada 8 kertas peperiksaan.

Mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik
SPMU

Tarikh Pendaftaran SPMU

Tarikh pendaftaran SPMU 2026 dibuka bermula 1 Mac 2026 sehingga 30 April 2026.

Pendaftaran Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan (SPMU 2026) boleh dilakukan melalui portal rasmi asmi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Kementerian Pendidikan Lembaga Peperiksaa di: https://sppat2.moe.gov.my/

Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran SPMU adalah bayaran asas dan bayara mengikut mata pelajaran yang didaftarakan.

Pembayaran dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik.

Calon hendaklah membuat pembayaran semasa permohonan dibuat atau selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari. Sekiranya bayaran tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut, pendaftaran akan terbatal secara automatik (sila simpan resit untuk rujukan).

Sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres tidak lagi digunakan.

BACA JUGA: SPMU – Cara Daftar SPM Ulangan 2026 (sppat.moe.gov.my)

Semakan Status Pendaftaran

Kenyataan Semakan bukanlah dokumen rasmi pendaftaran. Ia adalah sebagai makluman awal bahawa calon telah melaksanakan pendaftaran dan setelah nama anda ditemui dalam sistem, anda boleh menyemak Jadual SPM Ulangan di bawah ini.

Tarikh semakan status pendaftaran adalah mulai 18/05/2026.

Bagi calon persendirian yang telah pun mendaftar bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), anda boleh membuat semakan status pendaftaran melalui Portal Pendaftaran Peperiksaan di alamat https://sppat2.moe.gov.my/

Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang semak.

Jadual dan Tarikh SPM Ulangan

SPMU 2026 akan berlangsung pada 14 hingga 16 Julai 2026, melibatkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Seramai 12,974 calon akan menduduki peperiksaan di 188 pusat peperiksaan di seluruh negara.

KPM mengingatkan semua calon supaya menyemak jadual peperiksaan di lp.moe.gov.my, serta membawa kad pengenalan dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (boleh dimuat turun di sppat.moe.gov.my) pada hari peperiksaan.

Calon juga diminta mematuhi semua peraturan dan SOP yang ditetapkan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

JADUAL PEPERIKSAAN SPMU 2026 BOLEH RUJUK DI SINI

Tarikh & Kaedah Semakan Keputusan SPMU 2026

Calon boleh membuat semakan keputusan SPMU 2026 bermula [AKAN DIKEMASKINI] dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Terdapat dua cara untuk membuat semakan:

1. Semakan Online

    2. Semakan Melalui SMS

    • Taip: SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran
    • Hantar ke 15888
    • Contoh: SPMU 010101011234 AB1234

    Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

    Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SPM Ulangan 2026, sila rujuk pejabat JPN atau PPD yang berhampiran. Atau, layari:

    1. Portal rasmi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Kementerian Pendidikan Lembaga Peperiksaan
    2. Facebook Lembaga Peperiksaan Rasmi

    Soalan Lazim Jadual SPMU 2026

    Siapakah yang layak mendaftar SPMU 2026?

    SPMU ditawarkan kepada calon mengulang yang pernah menduduki SPM pada tahun-tahun sebelumnya dan ingin memperbaiki gred atau lulus mata pelajaran teras.

    Apakah mata pelajaran yang ditawarkan?

    Untuk sesi ulangan, hanya tiga (3) mata pelajaran sahaja yang ditawarkan:
    – Bahasa Melayu (BM)
    – Sejarah
    – Matematik

    Di manakah pendaftaran SPMU 2026 boleh dibuat?

    Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web rasmi: sppat2.moe.gov.my.

    Berapakah bayaran yang dikenakan?

    Bayaran terdiri daripada:
    – Bayaran Asas: RM 20.00
    – Bahasa Melayu (Kod: 1103) – RM 12.00
    – Sejarah (Kod: 1249) – RM 10.50
    – Matematik (Kod: 1449) – RM 10.50

    Bagaimana cara membuat pembayaran?

    Pembayaran dilakukan secara elektronik melalui perbankan dalam talian (FPX) semasa proses pendaftaran di portal SPPAT. Pastikan anda mencetak Kenyataan Semakan dan resit pembayaran sebagai bukti.

    Anda mungkin layak menerima bantuan.
    Semak Sekarang
    PENULIS
    Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku
    SEMAKAN
    Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku
    PENILAI
    Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku