iSPEKS Selangor (Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri)

iSPEKS (Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri)

iSPEKS adalah satu kemudahan atas talian yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet.

Untuk makluman, mulai Februari 2020 sistem eSPEKS telah dinaiktaraf kepada Portal iSPEKS.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui perkhidmatan yang ditawarkan di portal iSPEKS Selangor dengan lebih lanjut.

iSPEKS Selangor

Baca Juga : Portal eHasil Selangor

Perkhidmatan di Portal iSPEKS Selangor

Portal iSPEKS Selangor menawarkan 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC.

eMaklum : Pertanyaan bayaran

Kakitangan boleh membuat carian status bayaran dalam suatu tempoh yang dikehendaki.

ePayslip : Carian penyata gaji

Kakitangan boleh mencetak sendiri penyata gaji mengikut carian bulan yang dikehendaki.

eEC : Carian penyata pendapatan tahunan

Kakitangan boleh melihat laporan penyata pendapatan mengikut tahun yang dikehendaki dan mencetaknya.

Semua subsistem atau modul dalam Portal sPEKS boleh diakses melalui satu skrin log masuk.

Cara Daftar Pengguna di Portal iSPEKS

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar bagi pengguna baharu :

  • Pergi ke Portal iSPEKS.
  • Klik di butang Pendaftaran untuk mendaftar kali pertama.
  • Masukkan nombor kad pengenalan  atau ID Syarikat dan alamat e-mel rasmi kerajaan. Kemudian, klik pada butang Hantar.
  • Sila semak e-mel untuk teruskan pendaftaran. ID pengguna dan kata laluan sementara untuk pengaktifan akan dihantar ke e-mel anda.
  • Klik butang (Login Pertama Kali) pada Portal iSPEKS untuk mengaktifkan akaun anda.

Maklumat Penting

  • Semua pengguna WAJIB menggunakan emel rasmi kerajaan sahaja untuk pendaftaran dan log masuk ke sistem Portal iSPEKS.
  • Pengguna baru yang ingin menggunakan Portal iSPEKS perlu menyemak dengan Unit Gaji di Jabatan masing-masing sekiranya gagal untuk Login Kali Pertama. Ini adalah bagi memastikan maklumat No. Kad Pengenalan adalah tepat dan Emel Rasmi telah dikemaskini di dalam modul Gaji sistem iSPEKS.

Untuk panduan lengkap mengenai kaedah penggunaan portal iSPEKS, sila rujuk pada manual di bawah.

MANUAL PENGGUNA iSPEKS

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan iSPEKS, sila hubungi talian khidmat pelanggan di :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!