Permohonan ISMP 2026: Biasiswa Universiti Awam

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

PERMOHONAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN (ISMP) 2026 : Kementerian Pendidikan Malaysia membuka permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) telah dilanjutkan. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.

PERMOHONAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) DI UNIVERSITI AWAM TAHUN 2026

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2026 kini dilanjutkan sehingga: 31 MAC 2026 (SELASA), JAM 5.00 PETANG.

Syarat-syarat:

  1. ⁠Terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan.
  2. ⁠Terbuka kepada pelajar Universiti Awam (sepenuh masa) sahaja.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

Rebut peluang untuk menyertai profesion keguruan dan bersama membangunkan masa depan pendidikan negara.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Apakah Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP?

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.

Bagi yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memohon tajaan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk menceburi kerjaya guru di KPM selepas tamat belajar kelak.

Syarat Asas Permohonan Biasiswa ISMP 2026

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan;
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon
  5. Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan
  6. Dibuka kepada pelajar Universiti Awam sahaja

Sila rujuk info penuh melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm

Bidang-bidang Yang Layak Memohon

Bidang-bidang yang layak memohon adalah seperti dalam rajah di bawah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Arab
  • Pendidikan Islam & Syariah
  • Pendidikan Khas (PPKI Keseluruhan)
  • Bimbingan & Kaunseling
  • Pendidikan Seni & Muzik
  • Sains, Fizik, Kimia, Biologi
  • Sejarah & Geografi
  • Teknologi Elektrik, Elektronik, Automotif
  • Teknologi Pembinaan & Pemesinan Industri

Tarikh Permohonan Biasiswa ISMP 2026

Permohonan ini telah dibuka secara dalam talian (online) pada 3 Mac 2026 (Selasa) – Jam 10.00 pagi sehingga 31 Mac 2026.

Kategori Pemohon

Permohonan dibuka kepada:

  • Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan
  • Pelajar Universiti Awam (Sepenuh Masa Sahaja)

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan biasiswa perguruan ISMP 2026, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm
  2. Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 – 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.
  3. Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran.
  4. Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.
  5. Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.
  6. Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.
  7. Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.
  8. Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
  9. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya
    terpilih.
  10. Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
  11. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
  12. Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.

Soalan Lazim & Maklumat Lanjut Biasiswa ISMP 2026

Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP?

Biasiswa Perguruan Persekutuan SMP ialah biasiswa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan untuk ditindikkan dengan kerjaya keguruan di KPM selepas tamat belajar kelak.

Siapakah yang boleh memohon biasiswa ini?

Biasiswa ini boleh dipohon oleh:
– Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan
– Pelajar Universiti Awam (Sepenuh Masa Sahaja)

Apakah bidang-bidang yang layak untuk dipohon?

Bidang-bidang yang layak diohon adalah:
– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Arab
– Pendidikan Islam & Syariah
– Pendidikan Khas (PPKI Keseluruhan)
– Bimbingan & Kaunseling
– Pendidikan Seni & Muzik
– Sains, Fizik, Kimia, Biologi
– Sejarah & Geografi
– Teknologi Elektrik, Elektronik, Automotif
– Teknologi Pembinaan & Pemesinan Industri

Bilakah tarikh permohonan dibuka untuk tahun 2026?

Permohonan dibuka mulai 3 Mac 2026 (Selasa) – Jam 10.00 pagi sehingga 31 Mac 2026 (Selasa) – Jam 5.00 petang.

Bagaimanakah cara untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm, atau ikuti Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda juga boleh hubungi di talian berikut:

Baca juga: Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2026 (BYDPA)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut