INNOVATHON : Senarai Peserta Episod Akhir & LIVE Final

Kementerian Ekonomi dan MOSTI telah mengumumkan INNOVATHON, satu pertandingan berbentuk realiti TV untuk mengarus-perdanakan inovasi. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Astro dan telah mula disiarkan dalam bulan Jun 2023 pada hari Sabtu, 9 malam di saluran Astro.

Pengenalan Innovathon

Inovasi adalah komponen penting dalam menstruktur ekonomi negara ke arah produk dan perkhidmatan bernilai tinggi. Masyarakat yang mempunyai daya inovasi yang tinggi menghasilkan solusi yang memperbaiki kehidupan dan dapat dikomersialkan.

Untuk mempercepatkan peralihan negara ke arah ekonomi bernilai tinggi, kita perlu mewujudkan ekosistem ekonomi yang menjadi pemangkin kepada produk dan perkhidmatan bernilai tinggi.

Ekosistem ini mempunyai beberapa komponen yang saling melengkapi. Komponen-komponen utama adalah dasar dan tumpuan kerajaan, sokongan dana dan teknikal, penerimaan pasaran yang bersedia menggunakan solusi, tenaga mahir yang menggerakkan produk dan tahap inovasi yang mencambahkan idea penyelesaian yang boleh dikomersialkan.

INNOVATHON adalah satu usaha bersama Kementerian Ekonomi dan MOSTI untuk melonjakkan penyertaan rakyat dalam bidang ekonomi berinovasi melalui beberapa pendekatan:

Pertama, meningkatkan kefahaman rakyat mengenai proses idea hingga ke peringkat pro-komersial.

Kedua, menarik minat rakyat pelbagai golongan untuk menceburi bidang ekonomi berinovasi.

Ketiga, mengenal pasti bakat-bakat dan idea-idea terpendam dalam masyarakat.

Keempat, mendemokrasikan peluang untuk menyertai program bantuan dana dan teknikal kerajaan untuk mengkomersialkan inovasi supaya lebih ramai mendapat manfaat.

Sesi Ujibakat / Saringan

Anda boleh menyertai INNOVATHON dengan menghantar video ringkas idea inovasi anda yang mempunyai nilai komersial ke email [email protected] sebelum 13 Mei 2023.

Bermula 8 Mei, sesi uji bakat akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baharu, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu yang akan diadili oleh juri-juri dari sektor awam dan swasta.

Jika tidak berkesempatan menghantar video, anda boleh hadir secara walk-in ke sesi uji bakat ini tetapi keutamaan diberikan kepada mereka yang telah menghantar video idea inovasi mereka.

Temui Rafizi Ramli dan Menteri MOSTI YB Lih Kang dan pimpinan korporat untuk pitching idea inovasi anda dari 9 pagi ke 3 petang di lokasi berikut :

  • Pada 8 & 9 Mei – Scenic Sabah, Kota Kinabalu dan Tegas Digital Village, Sarawak
  • Pada 12 & 13 Mei – MTDC Technology Center, UTM Skudai, Johor, di Digital Penang, Bangunan Wisma Yeap Chor Ee, Pulau Pinang dan di UMP (Kampus Pekan)
  • Pada 15 & 16 Mei – MRANTI di Taman Teknologi Mranti, Kuala Lumpur

56 idea terbaik akan melalui peringkat saringan yang akan disiarkan secara langsung di Astro. Setiap minggu, dari lapan idea yang dipaparkan, satu idea akan diberikan dana awal untuk menterjemahkan idea kepada produk asas atau minimum viable product (MVP).

8 MVP ini akan memasuki peringkat akhir dan pemenang-pemenang berpeluang memenangi hadiah tunai berjumlah RM100,000 untuk memulakan perniagaan, di samping peluang mendapat geran pembiayaan dan sokongan teknikal berjumlah RM1 juta untuk mengembangkan perniagaan berasaskan idea inovasi anda.

Anda boleh mengelamun menonton video Tiktok dan media sosial mengenai mereka yang telah berjaya dengan hasil inovasi mereka, atau anda boleh menyertai INNOVATHON dan satu hari menjadi bualan di Tiktok dan media sosial.

Hantar video idea inovasi anda ke [email protected]

Hos & Juri

Rancangan ini dihoskan oleh Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani, manakala Datuk Aznil Hj. Nawawi pula bergelar Mentor ‘INNOVATHON’ yang bakal membimbing dan memberi motivasi kepada peserta-peserta pertandingan realiti ini.

Hadir sama, YBhg. Datuk Yatimah Binti Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi dan YBhg. Dato’ TS. V Valluvan A/L Veloo, Pengarah Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi Kementerian Ekonomi.

Sorotan Setiap Episod

MINGGU PERTAMA

MINGGU KE-2

MINGGU KE-3

MINGGU KE-4

MINGGU KE-5

MINGGU KE-6

MINGGU KE-7

Episod Akhir INNOVATHON [LIVE]

Di episod akhir, peserta akan membentangkan idea terakhir mereka kepada juri.

Para juri akan menilai kemajuan idea berdasarkan beberapa faktor seperti peluang, teknikaliti dan kriteria lain serta memberikan maklum balas sebelum memilih pemenang.

innovathon final live

Pemenang Pertama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.00, tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM80,000 dan RM50,000. Tempat keempat dan kelima akan menerima RM10,000 dan RM5,000.

Kelima-lima pemenang ini juga akan menerima sokongan pembangunan perniagaan mengikut kesesuaian dan skala perniagaan mereka yang bernilai sehingga RM1,000,000.00.

Jom saksikan episod akhir INNOVATHON Sabtu ini, 2 September 2023, jam 9 malam di Astro Ria, Astro Showcase, Astro On Demand & Sooka.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!