Cara Daftar Sooka, Platform Strim Langsung (Malaysia)

Cara Daftar Sooka, Platform Strim Langsung (Malaysia)

Sooka menawarkan variasi filem serta drama bersiri yang tepat dengan citarasa rakyat Malaysia.

Dari rancangan tempatan, hinggalah ke anime, K-drama dan rancangan sukan ekslusif, semuanya ada di Sooka.

Aplikasi penstriman yang dilancarkan oleh Astro ini turut menawarkan beberapa rancangan istimewa daripada Astro seperti MeleTOP, All Together Now, Astro Awani, drama bersiri Astro Originals dan macam-macam lagi.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai platform ini.

Cara Daftar Sooka

Baca Juga : Cara Daftar Astro Go Percuma Di Telefon Pintar & Peranti Mudah Alih

Pelan Bulanan / Harga Langganan Sooka

Untuk membolehkan anda tonton dan muat turun lebih banyak kandungan di Sooka, anda boleh langgan pek bulanan dengan harga serendah RM 15.90.

Berikut merupakan pelan bulanan yang ditawarkan di Sooka :

Pek Langganan (bulanan)Harga (+6% cukai digital)
VIP EntertainmentRM 15 + 6% = RM 15.90
VIP SportsRM 39.50 + 6% = RM 41.90
VIP TV (monthly)RM 80.10 + 6% = RM 84.90

Bila anda melanggan Sooka, anda bakal berpeluang untuk tonton lebih banyak kandungan ekslusif seperti original series, rancangan sukan secara langsung dan macam-macam lagi  tanpa sebarang iklan.

Berapa Banyak Peranti Boleh Mengakses Platform Ini?

Ia bergantung kepada jenis pek bulanan yang anda langgan seperti berikut :

  • VIP Entertainment / VIP+Sports – 5 peranti (telefon bimbit & laman web)
  • VIP TV – 2 peranti (1 di telefon bimbit, 1 di Smart TV)

Cara Daftar Sooka

Berminat untuk streaming di Sooka? Anda boleh ikuti cara mendaftar dengan lebih lanjut seperti berikut :

  • Muat turun aplikasi ini di Google Play Store atau App Store. Anda juga boleh layari pautan https://sooka.my
  • Di laman Home, klik pada bahagian ‘Profile.
  • Tekan ‘Sign up’ untuk mula mendaftar. Masukkan butiran yang diperlukan dan ‘tick’kan pada kotak ‘I agree to the Terms and Conditions’.

Nota : Anda bukan sahaja boleh mendaftar menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon, malah anda juga boleh gunakan akaun social media, akaun Google mahupun akaun Apple.

  • Klik butang ‘Continue’ dan satu pop-up akan terpapar untuk pengesahan keluar. Masukkan 6-digit nombor OTP yang telah dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon anda.
  • Seterusnya, kik butang Continue untuk lengkapkan pendaftaran.
  • Kini, anda boleh nikmati rancangan kegemaran anda di Sooka.  

Cara Langgan Sooka

Untuk melanggan pek bulanan SookaMY, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :

  • Buka aplikasi ini atau layari pautan https://sooka.my
  • Tekan butang More yang terletak di bahagian bawah.
  • Pilih Subscription Packs dan tekan Choose Me untuk mula melanggan plan yang anda inginkan.
  • Satu pop-up untuk pembayaran akan muncul. Teruskan dengan klik pada butang ‘Proceed’.
  • Masukkan butiran bagi kad debit atau kad kredit anda. (Setakat ini, kaedah pembayaran bagi langganan Sooka adalah terhad melalui kad debit atau kad kredit sahaja).
  • Masukkan alamat e-mel anda dan tekan ‘Proceed to Pay’. Masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda dan klik Submit untuk selesaikan pembayaran.
  • Langganan selesai. Kini anda boleh nikmati lebih banyak rancangan menarik di platform ini.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai platform ini, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan menerusi alamat e-mel [email protected].

Anda juga boleh semak Soalan Lazim mengenai platform ini di pautan berikut :

SOALAN LAZIM SOOKA

Platform media sosial Sooka Malaysia seperti berikut :

Twitter : https://twitter.com/sookamalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/sookamalaysia/

Facebook : http://facebook.com/sooka.malaysia

Youtube : https://play.google.com/intl/en_us/badges/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!