ILKBS: Permohonan, Semakan Lokasi, Program Ditawarkan

ILKBS
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) merupakan sebuah pusat pengajian di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Individu warganegara Malaysia yang berkelayakan serta mempunyai minat dalam bidang kemahiran merangkumi sektor perindustrian yang terdapat dalam negara boleh memohon untuk melanjutkan pengajian di sini bagi peringkat Diploma dan Sijil.

Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) merangkumi institusi pengajian berikut:

  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)

Senarai Lokasi ILKBS

Berikut merupakan 22 lokasi ILKBS yang merangkumi IKTN/IKBN/AKBG:

  • IKTBN Sepang
  • IKTBN Dusun Tua
  • IKBN Peretak
  • IKBN Kuala Langat
  • IKBN Jitra
  • IKBN Naka
  • IKBN Kuala Perlis
  • IKBN Seri Iskandar
  • IKTBN Temerloh
  • IKBN Pekan
  • IKTBN Bachok
  • IKBN Tanah Merah
  • IKBN Wakaf Tapai
  • IKBN Kemasik
  • IKBN Cehembong
  • IKTBN Alor Gajah
  • IKTBN Pagoh
  • IKBN Bandar Penawar
  • IKTBN Bukit Mertajam
  • IKBN Kinarut
  • IKBN Miri
  • Akademi Kemahiran Belia Gold (AKBG) – KL

Senarai Kursus / Program ILKBS Yang Ditawarkan

program ILKBS

Secara umumnya, ILKBS menawarkan program pengajian yang mendapat pengiktirafan berikut:

  • Diploma MQA
  • Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
  • Persijilan JKKP
  • Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Sila rujuk fail PDF di bawah untuk mengetahui senarai program yang ditawarkan oleh ILKBS.

Fail PDF dibawah turut mengandungi maklumat-maklumat lain yang berkaitan antaranya tahap pengajian (Diploma/Sijil), Syarat Kelayakan, Tempoh Pengajian, Lokasi dan sebagainya.

Tarikh dan tempoh permohonan

Permohonan bagi pengajian di IKBN, IKTBN dan AKBG biasanya dibuka dalam tempoh masa yang tertentu sahaja sepanjang tahun.

Untuk mengetahui tempoh permohonan bagi sesi pengambilan sepanjang tahun, sila rujuk laman web rasmi di alamat https://ekampus.kbs.gov.my/

Panduan permohonan

Bagi anda yang ingin memohon mana-mana program yang ditawarkan di ILKBS, permohonan mestilah dibuat melalui portal eKampus.

Sila rujuk panduan permohonan ILKBS di bawah untuk mengetahui cara-cara memohon program yang digemari:

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai menghadapi masalah semasa pendaftaran atau permohonan kemasukan ataupun ingin membuat sebarang pertanyaan lain yang berkaitan, sila hubungi talian berikut:

  • 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03-8871 3683
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut