Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Pahang (I-PUSH)

Makluman buat semua warga Pahang! Permohonan Skim I-PUSH kini dilanjutkan bermula dari 1 Disember 2022 sehingga 14 Disember 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

Apakah Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH)?

Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) adalah Pinjaman Mikro Kredit TANPA FAEDAH untuk usahawan kecil meneruskan perniagaan dengan baik ketika keadaan inflasi yang melanda hari ini.

Skim I-PUSH dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bertujuan untuk membantu lebih 2,500 usahawan kecil membuat pinjaman berjumlah sehingga maksimum RM10,000 seorang dengan moratorium selama setahun dan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun.

i-push pahang

Syarat-syarat Permohonan I-PUSH

  • Terbuka kepada rakyat Negeri Pahang / Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun
  • Ada perniagaan sendiri dan telah menjalankan perniagaan melebihi satu tahun
  • Mempunyai lesen perniagaan / permit sementara daripada PBT atau pendaftaran syarikat dengan SSM
  • Tidak bankrap
  • Golongan B40
  • Berniaga di Negeri Pahang
  • Keutamaan diberikan kepada perniagaan yang operasinya ditutup atau perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19 / Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • “First Come, First Serve”

Cara Permohonan

  1. Untuk memohon, sila layari https://smu.pahang.gov.my/ untuk mengisi borang secara online.
  2. Pengguna diminta diminta memasukkan No. Kad Pengenalan terlebih dahulu dan tekan “Enter”.
  3. Sekiranya umur pemohon menepati syarat permohonan, pemohon dibenarkan untuk membuat permohonan.
  4. Pemohon perlu memasukkan maklumat diperlukan dan tekan butang Hantar.
  5. Sekiranya pemohon ingin melihat paparan draf terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan, pemohon perlu klik butang Teruskan.
  6. Permohonan dan kemudian klik Papar Draf Permohonan Anda.
  7. Pengemaskinian boleh dilakukan dengan klik pada Kemaskini Semula Permohonan Anda.
  8. Manakala klik pada butang Hantar Permohonan sekiranya pemohon ingin menghantar permohonan.
  9. Permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini.

Sila rujuk  PANDUAN PERMOHONAN atau rujuk video di bawah untuk mengetahui cara untuk membuat permohonan.

Maklumat Lanjut

Pembangunan Usahawan

Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN)

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG

  •  Tingkat 4, Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan Pahang
  •  No. Telefon: +609-512 4597
  •  No. Faks: +609-515 6327

Laman web : https://smu.pahang.gov.my/index.php

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!