Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Belanjawan Johor 2026 yang bertemakan “Bangsa Johor Sejahtera” bakal dibentangkan dengan tumpuan kepada Agenda Maju Johor 2030 melalui enam teras utama yang memacu kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Belanjawan Johor 2026 telah dibentangkan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor secara langsung menerusi live streaming di Facebook pada 13 November 2025.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua, khususnya warga Johor.

Belanjawan Johor 2026

Belanjawan Johor 2026 menunjukkan unjuran hasil negeri melonjak kepada RM2.55 bilion, sekali gus mengukuhkan kedudukan Johor sebagai antara negeri dengan asas fiskal paling stabil di Malaysia.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, peningkatan hasil itu melebihi jangkaan awal yang dibentangkan dalam Belanjawan Johor 2025, hasil pengurusan ekonomi yang teliti serta pelaksanaan dasar pembangunan berimpak tinggi.

Ketika ini, Johor kekal berada di landasan kukuh dengan kutipan hasil negeri mencecah RM2.5 bilion, dipacu oleh peningkatan pembayaran zakat, hasil pihak berkuasa tempatan (PBT), Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) serta keuntungan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Belanjawan Johor 2026 turut mencatatkan lebihan (surplus) sebanyak RM4.45 juta melalui pengurusan fiskal yang berdisiplin dan strategi ekonomi yang berkesan.

Dalam tempoh tiga tahun setengah, Johor berjaya menarik pelaburan bernilai RM218 bilion, yang telah mewujudkan lebih 64,000 peluang pekerjaan, selain mengekalkan kadar pengangguran rendah pada 2.3 peratus.

Johor juga mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 6.4 peratus kadar tertinggi di Malaysia manakala nilai jualan sektor pertanian yang berjumlah RM27.2 bilion turut menjadi yang tertinggi dalam negara.

Teras 1 : Tadbir Urus Kerajaan

Teras 2 : Pembangunan Ekonomi

Teras 3 : Jaringan Keselamatan Sosial

Teras 4 : Kemudahan dan Keperluan Asas

Teras 5 : Keselamatan Kebersihan dan Kelestarian Alam Sekitar

Teras 6 : Orang Muda Johor

Intipati Bantuan Untuk Rakyat Johor 2026

Berikut adalah antara intipati penting bagi Bantuan Untuk Rakyat Johor 2026

  • Elaun Ketua Kampung Dan Batin Orang Asli Naik Rm300 Sebulan – Manfaat Untuk 713 Pemimpin Komuniti
  • Geran pengurusan dan pentadbiran Persatuan Ketua Kampung Negeri Johor dengan peruntukan RM120 ribu
  • Kenaikan elaun guru KAFA daripada RM1,612 kepada RM1,762 sebulan melibatkan 2,150 guru dengan peruntukan RM5.92 juta
  • Bantuan pengurusan tahfiz swasta melibatkan 167 sekolah tahfiz dan sekolah agama dengan peruntukan RM2.5 juta
  • Bantuan one-off Bilik Guru kali ketiga kepada lebih 54,000 guru di 1,780 sekolah termasuk sekolah agama kerajaan dengan peruntukan RM8.9 juta
  • Sumbangan one-off kepada semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan peruntukan RM2.95 juta
  • Pemberian rebat 10 peratus ke atas cukai petak 2026 bagi hak milik strata yang dijelaskan sebelum 31 Mei 2026
  • Penyediaan perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor di hospital, terminal bas dan PPR-RSK dengan peruntukan RM272 ribu
  • Program Pembangunan Kemahiran Johor (Pro-Mahir) dengan peruntukan berjumlah RM 3 juta
  • Menaik taraf fasiliti Taman Negara dengan peruntukan RM 430 ribu
  • Bantuan kepada pertubuhan dan persatuan pelancongan dengan peruntukan RM500 ribu
  • Insentif khas dua bulan gaji kepada Penjawat Awam Negeri Johor & Persekutuan yang gajinya dibayar kerajaan negeri
  • Insentif khas RM500 kepada 140,185 penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negeri Johor
  • Penyelenggaraan Jalan Negeri, Jalan PBT, Jalan Kampung dan Jalan Pertanian sepanjang 26,568 KM melalui peruntukan MARRIS berjumlah RM655 juta
  • Kerajaan Negeri umum inisiatif Bantuan kasih Johor (BKJ) kepada 23 kumpulan / golongan dalam Belanjawan Johor 2026
  • Kerajaan Negeri umum inisiatif pembangunan & pembukaan 4 tanah perkuburan baharu di Johor Bahru dengan peruntukan RM19.3 juta
  • Sebanyak RM5 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Johor 2026 untuk Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Moden
  • Kerajaan Negeri peruntuk RM442 ribu untuk Program Insentif Kepada Usahawan Kantin SAKJ peroleh sijil halal
  • Kerajaan Negeri peruntuk RM52.25 juta untuk penyelenggaraan & naik taraf landskap, pengindahan taman awam & laluan pejalan kaki
  • Pemasangan dan menaik taraf lampu jalan dengan peruntukan RM16.88 juta
  • Menaik taraf Terminal Bas Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang serta Terminal Bas Dan Teksi Bandar Penawar dengan peruntukan RM2.6 juta
  • Pembangunan dan naik taraf Pusat Aktiviti Komuniti dengan peruntukan RM20 juta
  • Projek meningkatkan sistem agihan di Rengit, Batu Pahat & penggantian paip utama di Redong, Segamat dgn kerjasama RSAJ utk meningkatkan kestabilan bekalan air melalui peningkatan kapasiti simpanan dgn peruntukan RM44.5 juta
  • Membina serta menaik taraf dewan dan balai raya di seluruh negeri Johor dengan peruntukan RM4.3 juta
  • Menaik taraf gerai di seluruh negeri Johor dengan peruntukan RM11.15 juta
  • Menaik taraf Pasar Borong Pontian dengan peruntukan RM2.55 juta
  • Baik pulih dan naik taraf Sekolah Agama Kerajaan dengan peruntukan RM9.66 juta
  • Pembangunan dan pembukaan 4 tanah perkuburan baru di daerah Johor Bahru melalui kerjasama MAIJ dan pemaju dengan peruntukan RM19.3 juta
  • Pembinaan 6 buah masjid kariah negeri Johor melalui kerjasama pelbagai pihak dengan peruntukan RM25.6 juta
  • Rancangan tebatan banjir yang merangkumi kajian dan projek-projek pengurangan risiko banjir dengan peruntukan sebanyak RM9.6 juta
  • Transformasi Sungai Johor untuk mengatasi isu pencemaran sungai dengan peruntukan sebanyak RM7 juta
  • Transformasi Bandaraya Johor Bahru bagi mencorak identitinya sebagai bandaraya antarabangsa dengan peruntukan berjumlah RM13 juta
  • Program Back To School – Bantuan Pakaian Sekolah yang memanfaatkan 189,000 orang pelajar dalam kalangan B40 dan asnaf dengan peruntukan RM28.8 juta
  • Skim pinjaman pelajaran mahasiswa IPT yang memanfaatkan 2,100 mahasiswa dari kalangan B40 dengan peruntukan RM18 juta
  • Bantuan laptop Siswa Johor yang memanfaatkan 5,000 mahasiswa dari kalangan B40 dengan peruntukan RM13.56 juta
  • Bantuan Pendaftaran Mahasiswa yang memanfaatkan 10,000 mahasiswa dari kalangan B40 dengan peruntukan RM9 juta
  • Biasiswa Orang Muda Johor bagi melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di 20 universiti terbaik di dunia dengan peruntukan RM4.95 juta
  • Dermasiswa luar negara timur tengah yang memanfaatkan 300 pelajar bidang pengajian Islam di Mesir dan Jordan dengan peruntukan RM3.81 juta
  • Pinjaman pendidikan bidang perubatan di luar negara yang memanfaatkan 100 pelajar dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir dan Jordan dengan peruntukan RM3 juta
  • Insentif Program Persatuan Mahasiswa Anak Johor dengan peruntukan RM700 ribu
  • Biasiswa Kenangan Dato’ Onn dengan peruntukan RM650 ribu

Video Pembentangan Belanjawan Johor 2026

Anda boleh saksikan siaran langsung Pembentangan Belanjawan Johor 2026 di pautan ini:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lengkap tentang Belanjawan Johor 2026, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di pautan berikut:

https://www.johor.gov.my/kerajaan/bajet-johor

Baca juga:

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku