Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Drama Hilang Dalam Rindu, arahan Along Kamaludin terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd adalah satu lagi drama Malaysia 2025 yang sudah mula ditayangkan bermula 17 Julai 2025. 

Drama ini menjadi trending hangat sejak tayangan perdananya di Slot Samarinda, TV3. Dengan barisan pelakon yang hebat serta jalan cerita penuh teka-teki, membuatkan penonton ternanti-nanti setiap episod. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Drama Hilang Dalam Rindu. 

BACA JUGA: Mandul Bukan Pilihan – Sinopsis, Barisan Pelakon & Episod

Sinopsis Drama Hilang Dalam Rindu

  • Episod: 20
  • Tarikh Tayangan: Bermula 17 Julai 2025
  • Penulis Skrip: 
  • Pengarah: Along Kamaludin

Hilang Dalam Rindu mengisahkan tentang Aira Nadira yang dikejutkan daripada koma selepas dua minggu akibat kemalangan jalan raya, namun hanya mampu mengingat kehidupannya sehingga umur 17 tahun sahaja. 

Bertambah misteri, seorang lelaki bernama Nadim Eijaz muncul dan mengaku dirinya adalah suami Aira. Aira yang langsung tidak ingat siapakah lelaki itu, terpaksa pulang ke rumah Nadim. 

Dia tidak hanya berdepan dengan perasaan keliru dan takut tetapi juga layanan dingin serta tuduhan kejam daripada adik iparnya, Nurul, yang menuduh Aira telah memaksa Nadim berkahwin dengannya, mengambil kesempatan terhadap keluarga dan mengikis harta suami. 

Suasana rumah tangga yang penuh teka-teki serta hubungan yang retak mula mengungkit rahsia lama yang cuba diselindungkan oleh semua pihak. 

Misteri demi misteri mula tersingkap, apabila Aira berusaha merungkai siapa dia sebenar, punca dia hilang ingatan dan apa sebenarnya yang disembunyikan suaminya sendiri. Drama ini cemerlang menonjolkan perasaan hilang, rindu dan konflik dalam rumah tangga secara realistik dan menyentuh jiwa. 

Barisan Pelakon & Watak Utama

PelakonWatak
Jazmy JumaNadim Eijaz
Tracie SinidolAira Nadira
Zarif Ghazzi(Maklumat watak belum didedahkan)
Qistina RaniaHannah
Nina SmithTeha
Sera Melissa
Jalaludin Hassan
Fadilah Mansor
Shaharuddin Thamby
Ayu Azlina

Tarikh & Waktu Tayangan

DramaHilang Dalam Rindu mula menemui penonton pada 17 Julai 2025, menggantikan slot drama sebelumnya, Dia Bukan Syurga. Anda boleh menyaksikan drama ini setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di Astro Ria, saluran 104. 

Drama ini turut boleh ditonton di platform Sooka dan Astro GO untuk pengalaman tontonan yang lebih fleksibel. 

  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
  • Saluran:  TV3, Slot Samarinda
  • Platform Penstriman: Tonton (Lebih awal 24 jam)

Lagu Tema (OST) Drama Hilang Dalam Rindu

  • Tajuk: Lebih Indah Berpisah
  • Penyanyi: Bella Astillah & Ade Govinda
  • Komposer: Ade Govinda
  • Lirik: Ade Govinda & Bella Astillah

Sedutan Episod Drama Hilang Dalam Rindu

EPISOD 1:

EPISOD 2:

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS