Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Drama Mandul Bukan Pilihan adalah salah satu drama TV3 terbaru. Sejak mula ditayangkan pada 14 Julai 2025 di Slot MegaDrama Astro Ria, drama ini menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat tentang kehidupan rumah tangga dan juga ujian zuriat. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai drama Mandul Bukan Pilihan. 

BACA JUGA: Dia Bukan Syurga – Sinopsis Drama, Senarai Pelakon & Episod

Sinopsis Drama Mandul Bukan Pilihan

  • Episod: 28
  • Tarikh Tayangan: Bermula 14 Julai 2025
  • Penulis Skrip: Oka Aurora
  • Pengarah: Osman Ali

Drama Mandul Bukan Pilihan menampilkan pasangan suami isteri, Aldi Ibrahim dan Nabilla Intan (Billa), yang menghadapi krisis perkahwinan apabila mereka diuji dengan masalah zuriat. 

Plot bermula dengan kisah Billa (lakonan Mira Filzah) dan Aldi Ibrahim (Hun Haqeem), pasangan baru berkahwin yang dipaksa menandatangani satu perjanjian, iaitu; seandainya Billa disahkan mandul, Aldi wajib menceraikannya dan membayar RM1 juta kepada keluarga Billa. 

Perjanjian berat sebelah ini menjadi punca konflik utama rumah tangga mereka, menguji kepercayaan, prinsip dan harga diri kedua-dua belah pihak.

Billa yang tertekan dengan norma serta penilaian masyarakat, berdepan dilema apabila diuji dari segala sudut; emosi, maruah dan kasih sayang. Aldi pula mula goyah, dilema antara cinta dan tuntutan keluarga. 

Drama ini semakin berwarna dengan kemunculan watak Farah Zarani (Ayda Jebat) yang menambah konflik yang menjadikan setiap episod semakin dramatik dan sarat emosi. 

Drama Mandul Bukan Pilihan merungkai bagaimana kebahagiaan pasangan diuji, serta bagaimana cinta sejati mengharungi dugaan daripada masyarakat dan keluarga.

Barisan Pelakon

PelakonWatak
Hun HaqeemAldi Ibrahim
Mira FilzahBilla (Nabilla Intan)
Ayda JebatFarah Zarani
Ashraf MuslimDr. Elhan
Normah DamanhuriTok Ma
Chacha MaembongAlma
Keanu AzmanHaziq
Kuna MuzaniPuan Badriah
Wan Raja
Sharifah Shahora
Rahim Jailani
Qaiszerr Eshan
Khaty Azian
Shazia Rozaini

Tarikh & Waktu Tayangan

Drama Mandul Bukan Pilihan mula menemui penonton pada 14 Julai 2025, menggantikan slot drama sebelumnya, Dia Bukan Syurga. Anda boleh menyaksikan drama ini setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di Astro Ria, saluran 104. 

Drama ini turut boleh ditonton di platform Sooka dan Astro GO untuk pengalaman tontonan yang lebih fleksibel. 

  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
  • Saluran: Astro Ria (saluran 104)
  • Platform Penstriman: Astro GO & sooka

Lagu Tema (OST) Mandul Bukan Pilihan

1. Tajuk: Break

  • Penyanyi: Misha Omar
  • Komposer: Melly Goeslaw
  • Lirik: Melly Goeslaw

2. Tajuk: Peluk

  • Penyanyi: Hael Husaini & Nadeera
  • Komposer & Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh

Episod Drama Mandul Bukan Pilihan

EPISOD 1:

EPISOD 2:

EPISOD 3:

EPISOD 4:

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS