Pengumuman Dividen Tabung Haji 2023/2024 & Semakan

HIBAH / DIVIDEN TABUNG HAJI (TH) 2024: AGIHAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 & CARA SEMAKAN MELALUI THIJARI

Setelah diumumkan kadar pengagihan dividen ASB, ramai yang tertanya-tanya, bilakah pula pengumuman dividen / hibah Tabung Haji (TH) akan diumumkan.

Untuk makluman, Sidang Media Pengumuman Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah berlangsung pada 2 April 2024 (Selasa), di Menara TH, Kuala Lumpur.

Di sini dikongsikan info lanjut tentang jumlah agihan pendapatan TH 2023 / 2024 serta kadar yang diperolehi pada tahun-tahun sebelumnya.

Kriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2024

Pastikan semua kriteria ini dipenuhi bagi melayakkan pendeposit menerima Agihan Keuntungan / dividen TH 2024:

  1. Telah membuka akaun sebelum / pada 5 hb Disember bagi tahun kewangan terlibat
  2. Akaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat
  3. Pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat.

Pengumuman Dividen TH 2023 / 2024

TERKINI : Sidang Media Agihan Keuntungan TH telah diumumkan pada 2 April 2024 secara langsung di TV AlHijrah dan Astro Awani.

Sidang media pengumuman agihan keuntungan Tabung Haji 2023 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di Menara TH, Kuala Lumpur.

Lembaga Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2023 kekal pada kadar 3.10% setelah zakat 2.57 peratus dilunaskan bagi pihak pendeposit – Datuk Mohd Na’im Mokhtar

HIBAH keuntungan tabung haji 2024 2023

Tarikh Semakan Akaun

Semakan dividen Tabung Haji (TH) ini boleh dibuat mulai hari ini, 2 April 2024 jam 12.00 tengah hari melalui

  1. Portal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank
  2. THiJARI
  3. ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB
semakan th dividen

Cara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2023

Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2023 / 2024 secara online melalui portal THiJARI:

  1. Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my.
  2. Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
  3. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI. 
  4. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.
  5. Anda boleh semak pada ‘Penyata Akaun’ > Bulan Februari 2022 atau ‘Transaksi Terkini’.
    Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2023 (seperti dalam gambar di bawah).

NOTA:

Agihan keuntungan TH tahun 2023/2024 ini boleh disemak bermula jam 12.00 tengah hari, Sabtu, 2 April 2024 melalui saluran berikut:

  1. Semakan dividen TH melalui THiJARI
  2. Kaunter-kaunter Tabung Haji
  3. Saluran elektronik

Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Sejarah Dividen Tabung Haji Terdahulu (1994-2022)

TH telah mengumumkan kadar Agihan Keuntungan TH bagi tahun 2023 sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.

Berikut adalah sorotan pembahagian hibah / dividen Tabung Haji yang diumumkan pada tahun 2022 dan tahun-tahun sebelum ini.

  • 1994 : 9.5%
  • 1995 : 9.5%
  • 1996 : 9.5%
  • 1997 : 9.5%
  • 1998 : 8.0%
  • 1999 : 8.0%
  • 2000 : 5.5%
  • 2001 : 3.25%
  • 2002 : 3.5%
  • 2003 : 4.0%
  • 2004 : 4.3%
  • 2005 : 4.5%
  • 2006 : 4.75%
  • 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
  • 2008 : 5.0%
  • 2009 : 5.0%
  • 2010 : 5.5%
  • 2011 : 6.0%
  • 2012 : 6.5% + 1.5% Bonus
  • 2013 : 6.0% + 2.0% Bonus
  • 2014 : 6.25% + 2% Bonus
  • 2015 : 5% + 3% Bonus
  • 2016 : 4.25% + 1.50% Bonus
  • 2017 : 4.25% + 1.75%
  • 2018 : 1.25%
  • 2019 : 3.05%
  • 2020 : 3.10%
  • 2021 : 3.10%
  • 2022 : 3.10%
sejarah dividen tabung haji 2023 th 2022

Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji

Salah satu kelebihan membuat simpanan di Tabung Haji adalah, TH turut melunaskan pembayaran zakat.

Oleh itu, selain mendaftar Haji, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.

Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara.

Cara Pengiraan Dividen TH

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2023/2024 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2023 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2023.

Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2022 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Maklumat Lanjut

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji

Rujuk : Sidang Media Pengumuman Agihan Keuntungan 2022 TH

Soalan Lazim : https://www.tabunghaji.gov.my/ms

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!