Advertisements

Harimau Malaya : Pemain, Jersi, Logo, Lagu & Ranking Terkini

Advertisements

Pernah anda tertanya-tanya apakah ranking terkini pasukan Harimau Malaya?

Badan induk bola sepak dunia FIFA setiap mengemaskini ranking setiap pasukan bola sepak kebangsaan yang bernaung di bawahnya.

FIFA mempunyai sistem kiraan mata untuk menentukan kedudukkan atau ranking semasa setiap pasukan bola sepak kebangsaan termasukla pasukan Harimau Malaya.

Prestasi Harimau Malaya sejak di bawah kendalian jurulatih Kim Pan-Gon amat memberangsangkan dan sudah tentulah peminat Harimau Malaya berharap pasukan bol sepak negara kita dapat memperbaiki kedudukan kita dalam ranking terkini yang dikeluarkan oleh FIFA.

Senarai Pemain

Berikut senarai penuh 41 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 29 November 2022 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja dan Maldives, masing-masing pada 9 dan 14 Disember 2022 sebagai persiapan menjelang Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Lagu Harimau Malaya

Lagu rasmi Harimau Malaya (dahulunya Harimau Malaysia) merupakan lambang sorakan penyokong skuad kebangsaan yang setia memberi sokongan ketika menang ataupun kalah

Muat turun / dengar di sini : Harimau Malaya Song

Jersi Terbaru Harimau Malaya 2022-2024

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya tampil memperkenalkan jersi terbaharu edisi 2022-2024 daripada Nike yang bertemakan ‘Demi Lencana Di Dada’ iaitu semangat juang bermain untuk negara mengatasi segalanya.

harimau malaya

Jersi utama atau jersi ‘home’ edisi kali ini kekal menggunakan warna kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar bulatnya berwarna hitam manakala jersi kedua atau jersi ‘away’ juga terus dikekalkan warna hitam sebagai warna dominan.

Majlis pelancaran kedua-dua jersi tersebut telah berlangsung di Football Republic Sunway Pyramid, Selangor, hari ini dengan disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Logo Harimau Malaya / Harimau Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi memperkenalkan logo baharu skuad kebangsaan ‘Harimau Malaysia’ sempena perlawanan amal Hari Malaysia 2016 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

Logo ciptaan Muhammad Amzar Mohamed, 22, menjadi pilihan 20,000 peminat yang membuat undian dalam talian daripada 2,000 penyertaan yang diterima bagi peraduan anjuran FAM itu.

Muhammad Amzar, berasal dari Subang Jaya, Selangor, adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affandi Hamzah, berkata logo itu juga akan digunakan dalam penghasilan produk atau barangan yang akan dikeluarkan khususnya yang berkaitan dengan pasukan kebangsaan termasuk jersi pasukan.

Ranking terkini Pasukan Bola Sepak Malaysia

Setakat Disember 2022, pasukan Harimau Malaya berada di kedudukan ke 146 dunia.

Senarai penuh ranking terkini yang dikeluarkan oleh pihak FIFA boleh disemak di pautan rasmi di bawah:

https://www.fifa.com/fifa-world-ranking/men?dateId=id13792 – Laman ranking terkini FIFA

ranking harimau malaya

Apa itu Ranking bola sepak FIFA?

Ranking Dunia FIFA ialah sistem ranking untuk pasukan kebangsaan lelaki dalam bola sepak persatuan kebangsaaan, diketuai oleh Brazil pada 2022.

Ranking bola sepak FIFA ini disenaraikan berdasarkan keputusan permainan mereka dengan pasukan paling berjaya berada di kedudukan tertinggi.

SIstem ranking ini telah diperkenalkan pada Disember 1992,dan lapan pasukan (Argentina, Belgium, Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol) telah memegang kedudukan teratas di mana Brazil telah menghabiskan paling lama menduduki tempat pertama.

Keahlian FIFA telah berkembang daripada 167 kepada 211 sejak ranking bermula dan ini bermaka ranking ini menyenaraikan kedudukan 211 ahli termasuklah pasukan Harimau Malaya.

Ranking ini ditaja oleh Coca-Cola, oleh itu nama The FIFA/Coca-Cola World Ranking juga digunakan.

Sistem Pengiraan Ranking

Sistem ranking FIFA ini telah banyak kali berevolusi dan dikemaskini untuk memperbaiki sistem mata yang digunakan.

Sistem mata digunakan, dengan mata diberikan berdasarkan keputusan semua perlawanan antarabangsa penuh yang diiktiraf FIFA.

Sistem ranking telah dirombak beberapa kali, secara amnya menjawab kritikan bahawa kaedah pengiraan sebelum ini tidak secara berkesan menggambarkan kekuatan relatif setiap pasukan bola sepak kebangsaan.

Sejak 16 Ogos 2018, sistem ranking telah menggunakan sistem penarafan Elo yang digunakan dalam sukan catur.

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 3.5 / 5. Vote count: 4

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment