Piala AFF Mitsubishi Electric 2022: Keputusan, Jadual Perlawanan

Secara rasminya, Piala AFF 2022 akan dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Hal ini disebabkan penajaan oleh syarikat Mitsubishi Electric sebagai penaja rasmi bagi kejohanan ini.

Edisi kali ini akan menjadi edisi ke-14 Kejohanan AFF, kejohanan bola sepak negara yang bergabung dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), dan merupakan edisi pertama di bawah nama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Format Piala AFF Mitsubishi 2022

Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 akan mengikut format 2018, perubahan daripada format 2020 dengan venue berpusat akibat pandemik COVID-19 di Asia Tenggara.

Dalam format semasa, sembilan pasukan kedudukan tertinggi akan layak secara automatik dengan pasukan ranking ke-10 dan ke-11 bermain dalam kelayakan dua perlawanan.

10 pasukan itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan berlima dan bermain sistem round robin dengan setiap pasukan bermain dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Undian akan dibuat untuk menentukan di mana pasukan bermain manakala format pusingan kalah mati akan kekal tidak berubah.

Jadual Perlawanan Pasukan Malaysia (Harimau Malaya)

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung dari 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023 dan sudah pastinya kita mendoakan kejayaan pasukan Harimau Malaya.

Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Setiap kumpulan akan dianggotai oleh 5 pasukan negara seperti yang berikut:

Kumpulan A menempatkan juara bertahan Thailand bersama Filipina, Indonesia, Kemboja dan satu lagi pasukan, sama ada Brunei atau Timor-Leste yang akan ditentukan melalui perlawanan play-off. .

Pasukan negara kita, Harimau Malaya telah diletakkan dalam Kumpulan B bersama dua pesaing utama, Vietnam dan Singapura bersama-sama dengan Myanmar dan Laos yang melengkapkan 5 pasukan dalam Kumpulan B.

Hanya 2 pasukan dengan mata tertinggi akan layak ke peringkat seterusnya yang akan bermain secara kalah mati.

Jadual Perlawanan Kumpulan B Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

  • Yangon – 21 Disember
  • Kuala Lumpur – 24 Disember
  • Hanoi – 27 Disember
  • Kuala Lumpur – 3 Januari 2023

Artikel berkaitan: Piala Dunia 2022 Qatar: Pasukan, Jadual & Keputusan Perlawanan

Senarai Pemain Harimau Malaya

Berolit adalah senarai akhir 23 pemain Malaysia yang akan beraksi di Piala AFF Mitsubishi Electric bermula 20 Disember 2022.

Nampaknya semua muka-muka baru yang diberi peluang oleh Kim Pan Gon.

Selamat Maju Jaya Harimau Malaya!

Saksikan highlight perlawanan melalui video di bawah:

Youtube : AFF Mitsubishi Electric Cup

Senarai Juara Piala AFF Terdahulu (1996-2022)

 
TAHUNJUARASKORRUNNER-UP
1996Thailand1-0Malaysia
1998Singapura1-0Vietnam
2000Thailand4-1Indonesia
2002Thailand2-2 (aet)

(pen 4-2)
Indonesia
2004Singapura3-1, 2-1

(agg 5-2)
Indonesia
2007Singapura2-1, 1-1

(agg 3-2)
Thailand 
2008Vietnam2-1, 1-1

(agg 3-2)
Thailand 
2010Malaysia3-0, 1-2

(agg 4-2)
Indonesia
2012Singapura3-1, 0-1

(agg 3-2)
Thailand
2014Thailand2-0, 2-3

(agg 4-3)
Malaysia
2016Thailand1-2, 2-0

(agg 3-2)
Indonesia
2018Vietnam2-2, 1-0

(agg 3-2)
Malaysia
2020Thailand4-0, 2-2

(agg 6-2)
Indonesia
2022  TBC TBC TBC
Sumber: Goal.com

Venue Utama Perlawanan Piala AFF 2022

Walaupun keadaan semasa Stadium Nasional Bukit Jalil masih diragui, pihak FAM telah mengumumkan pemiliha Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue utama bagi pasukan kebangsaan Malaysia.

Diharapkan untuk Piala AFF Mutsibishi Electric 2022, pasukan Harimau Malaya dapat menampilkan sekali lagi persembahan cemerlang seperti yang ditampilkan ketika Kelayakan Piala Asia 2023 ketika Jun lalu.

TERKINI : KEMAS KINI HARGA TIKET AFF

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan penurunan harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Laos dan Singapura.

Atas rasa prihatin dan selepas mengambil kira keluhan penyokong Harimau Malaya serta mendengar pandangan daripada banyak pihak, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah mengarahkan Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Posa Haji Majais untuk membincangkan perkara berkenaan.

Selepas membuat pertimbangan sewajarnya, Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM telah membuat keputusan untuk harga tiket tempat duduk Terbuka diturunkan ke RM45, Premium diturunkan ke RM60 dan Grandstand diturunkan ke RM70. Bagaimanapun, harga tiket kanak-kanak kekal pada harga RM10.

Bagi penyokong yang telah pun membeli tiket berkenaan pada harga asal, proses pemulangan (refund) untuk amaun yang berlebihan itu akan diuruskan oleh pihak Ticket Hotline.

Semoga penurunan harga tiket ini akan dapat mengurangkan sedikit beban para penyokong untuk ke stadium bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan berkenaan.

Untuk makluman semua, Datuk Haji Hamidin sentiasa prihatin mendengar apa juga keperluan penyokong dan sangat menghargai sokongan tidak berbelah bagi yang telah diberikan oleh anda semua, penyokong setia Harimau Malaya yang sentiasa berada di belakang pasukan.

Noor Azman Hj Rahman

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Klik di sini untuk pembelian terus https://www.tickethotline.com.my/…/AFF…/19/FAM

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!