Hari Sukan Negara 2023 – Peringkat Negeri & Kebangsaan

Berita baik! Hari Sukan Negara 2023 kembali lagi dengan pelbagai aktiviti, terbuka untuk semua.

Tahukah anda apakah itu Hari Sukan Negara dan mengapa ia disambut di Malaysia?

Jom kami kongsikan beberapa fakta tentang sambutan istimewa ini.

Pengenalan Hari Sukan Negara 2023

Secara asasnya semasa Hari Sukan Negara ni, kita nak satu Malaysia bersukan, bersenam dan beriadah.

Kita nak menyemai pembudayaan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat dengan amalan gaya hidup aktif dan sihat.

Paling syok, korang boleh sertai aktiviti-aktiviti di sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan/ negeri/ daerah/ bahagian/ kawasan!

OBJEKTIF

Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk
menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan bagi:

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
  • Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia
  • Memberi pengktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi

Sambutan Peringkat Daerah, Negeri & Kebangsaan

Bagi peringkat kebangsaan, Majlis Perasmian Sambutan HSN akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri seperti berikut:

  • Tarikh : 14 Oktober 2023 (Sabtu)
  • Masa : Mulai 6.30 Pagi
  • Lokasi / tempat : Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya

Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 akan diadakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri dan Bahagian di negeri Sarawak diselaraskan semula ke 28 Oktober 2023 (Sabtu) bagi menghormati Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menyasarkan sasaran penyertaan seramai 4.5 juta orang di seluruh negara bagi HSN 2023 dengan tema #FitMalaysia dan #HSN2023. 

Pelbagai program dan aktiviti sukan dan rekreasi akan dianjurkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bermula 13 hingga 15 Oktober 2023.

KBS menyeru semua pihak untuk bersama-sama memeriahkan penganjuran HSN termasuklah menerusi pelaksanaan program dan aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat masing-masing.

Jangan lupa tandakan siap-siap dalam kalendar telefon korang janji temu kita, 14 OKTOBER 2023 tau !

Pendaftaran Program Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri & Kebangsaan

ACARA PERINGKAT KEBANGSAAN

Jelajah Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan – Jom daftar di pautan https://www.heyjom.com/events/429

ACARA PERINGKAT NEGERI

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG

Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka

JBS Negeri Sembilan

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak 

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan  

Jabatan Belia Dan Sukan W.P.Labuan

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak – Rasmi

Jabatan Belia Dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan program peringkat negeri / Kebangsaan Hari Sukan Negara 2023, sila rujuk saluran berikut:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!