Badminton Terbuka Korea 2025, atau dikenali sebagai SUWON VICTOR Korea Open 2025, bakal berlangsung dari 23 hingga 28 September 2025 di Suwon, Korea Selatan.
Kejohanan berprestij ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai USD 475,000 dan menghimpunkan pemain-pemain terbaik dunia termasuk wakil Malaysia.
Siaran langsung / live streaming dijangka tersedia untuk peminat di Malaysia melalui saluran rasmi terpilih, membolehkan mereka mengikuti jadual perlawanan, keputusan [LIVE], serta menyaksikan aksi sengit sejak hari pertama hingga ke perlawanan akhir.
Ayuh kita terus memberikan sokongan padu kepada skuad badminton Malaysia yang bakal berjuang di pentas Korea Selatan kali ini!
Pengenalan Badminton Terbuka Korea 2025
Badminton Terbuka Korea 2025, secara rasmi dikenali sebagai SUWON VICTOR Korea Open 2025, merupakan salah satu kejohanan penting dalam kalendar BWF World Tour.
Kejohanan ini akan berlangsung dari 23 hingga 28 September 2025 dan menawarkan jumlah hadiah wang tunai bernilai USD 475,000.
Kejohanan ini bukan sahaja menarik perhatian pemain bertaraf dunia, tetapi juga menjadi pentas penting bagi pemain muda untuk membuktikan kehebatan mereka.
Dengan reputasi Korea Selatan sebagai salah satu kuasa besar dalam dunia badminton, suasana pertandingan dijangka meriah dengan sorakan peminat tempatan yang terkenal dengan semangat dan sokongan padu mereka.
Selain itu, SUWON VICTOR Korea Open 2025 turut berfungsi sebagai gelanggang penting bagi pemain mengumpul mata ranking dunia. Kedudukan ini akan mempengaruhi kelayakan mereka dalam kejohanan besar seterusnya, termasuk kejohanan akhir musim BWF.
Oleh itu, setiap perlawanan pasti sengit dengan aksi bertenaga yang mampu memikat penonton global.
Tarikh & Lokasi
Untuk Badminton Terbuka Korea 2025 edisi kali ini, ia akan berlangsung dengan ketetapan berikut:
- Lokasi: Suwon-si, South Korea
- Tarikh: 23 – 28 September 2025
Senarai Pemain Malaysia
Perseorangan Lelaki
- Leong Jun Hao
- Justin Hoh
- Teh Jing Hong – Kelayakan
Perseorangan Wanita
- K. Letshanaa
- Goh Jin Wei
Beregu Lelaki
- Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
- Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
- Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri
- Low Hang Yee-Ng Eng Cheong
- Lau Yi Sheng-Lim Tze Jian – Kelayakan
Beregu Wanita
- Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
Beregu Campuran
- Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
- Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
- Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien
- Loo Bing Kun-Go Pei Kee – Kelayakan
Jadual Perlawanan [26 SEPT]

Keputusan Terkini [26 SEPT]
Suku Akhir
Beregu Campuran
- Goh Soon Huat-Shevon Lai TEWAS kepada beregu dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dengan mata, 9-21 21-18 8-21
- Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien TEWAS kepada beregu dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Bøje dengan mata, 12-21 8-21
Siaran Langsung (LIVE) Badminton Terbuka Korea 2025
Perlawanan LIVE boleh ditonton melalui Stadium Astro 801 atau RTM dan TV Okey. Strim online di https://rtmklik.rtm.gov.my/, atau:
Untuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari Prospektus Rasmi dalam laman BWF di pautan berikut: https://bwfbadminton.com/
Baca juga:




